Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Tuesday, July 18, 2017

697#Love Note ~ Aidilfitri Dengan Sahabat



Hari ni dah 24 Syawal. Lagi berapa hari berganti dengan Zulkaedah pula. Sempatlah Hana berjumpa dengan kawan kawan yang dah lama tak jumpa. Yalah, semua sibuk dengan study masing masing. Alhamdulillah, hampir semua dah nak habis belajar.


Meeting up with Hanun and Sandy. Tak rancang pun. Tiba tiba aje dapat WhatsApp Sandy ajak pergi majlis kahwin kakak kawan sekolah rendah dulu. Pergi pun dah lambat. Dalam pukul 6 baru sampai tempat majlis. Ikut ajelah. And then dapat tahu Hanun ada kat KB, ambil dia pula lepas kenduri. Merayaulah sampai AEON. 


Again, the masterminds were Sandy and Hanun. Ajak pergi beraya rumah Chik. Dapat kawan baru pula tu, kawan satu universiti dengan Sandy. Kami kawan satu asrama since Form 1 kat Ahmad Maher dulu. Kecuali Sandy tu kawan sejak sekolah rendah lagi. Sekelas masa Darjah 6 tapi masuk sekolah menengah baru mula rapat. Memang dah kenal dah perangai masing masing macam mana. 



Lepas rumah Chik, pergi rumah Najwa makan lemang dan rendang ayam sedap. Najwa kawan sekelas Darjah 6 sampailah masuk Ahmad Maher ambil kelas elektif Bahasa Jepun. Sekelas lagi sampai Form 4. Hanun pun sama kelas elektif ni juga. Sandy dah masuk MRSM lepas PMR tu. Sama sama perah otak sehari sebelum exam penting MOE and Japan Foundation masa akhir Form 4. Tapi sempat lagi pasang movie tengok dalam bilik Jepun dengan classmates lain.

Dah lebih 10 tahun kenal mereka ni. Harap harap boleh kekalkan lagi hubungan ni.

Till then.
Wassalam.


Sunday, March 6, 2016

689#Love Note ~ Makan Sedap di Kenduri Kahwin


Dah hampir seminggu tak ber-update blog ni. Nak buat scheduled post pun tak menyempat. Maaflah sebab tak dapat balas balik kunjungan korang sebelum ni. Insya-Allah Hana selesaikan satu satu nanti. 

Weekend lepas Hana teman kawan pergi kenduri kahwin sepupu dia kat Selayang. Uish jauh sungguh dari Kajang ni ha. Pergi bertiga; Hana, Iza dan Bad. Kitorang kawan satu batch lepas tu sama sama SRC sebelum ni. Bertolak dalam pukul 6:30 PM sebab takut jam pula jalan tu. Masuk aje KL hujan lebat turun. Nasib tak terlanggar divider masa nak masuk Tol SMART tu sebab tak nampak. Kalau tak ya Allah tak tahulah nak cakap apa. Memang hujan memanjang sampailah kitorang dah lepas tol nak masuk kawasan Gombak/Selayang.




Mula-mula kitorang singgah solat kat kawasan perumahan sebelah Hospital Selayang. Asalnya nak berhenti solat masa awal Maghrib tapi sebab hujan lebat sangat kitorang tunggu sampai Selayang. Alang alang waktu Isyak pun dah nak masuk, kitorang tunggu Isyak dulu sebelum pergi ke tempat kenduri. Pukul 9 PM macam tu sampailah kat dewan tempat kenduri.




Kenduri kahwin sepupu kawan Hana tu dibuat kat Ideal Convention Center Selayang. Ni first time Hana datang Selayang dan dewan ni. Mula-mula masuk dewan tu rasa macam masuk wedding yang tayang kat TV3 tu haha. Dahlah awkward tak kenal orang. Dewan besar sangat tapi semua meja tak penuh pun. Senanglah nak cari meja untuk makan.

Hidangan disediakan secara buffet. Kami makan nasi dulu. Memang rambang mata nak memilih haha ada udang butter, rendang daging, ayam berempah dll. Nasi pula nasi beriani :p Ambil sikit aje sebab Hana lagi fokus kat dessert hahaha banyak dessert menarik. Bertambah tambah makan dessert lepas tu. Maaf ya tuan punya kenduri haha sedap sangat. Pandai betul pilih catering untuk majlis.






Lama juga kami kat situ. Duduk sana sampailah pukul 11 PM lebih macam tu. Orang pun dah tak ramai. Sempatlah tengok pasangan pengantin duet sebuah lagu. On the way balik ke Kajang, Iza nak singgah Dataran Merdeka so singgahlah kat sana. Ramai juga orang tengah tengah malam macam tu pun. Yang datang dengan family pun ramai. Seronok juga ambil angin malam ni. Hana pun dah lama tak ke Dataran Merdeka waktu malam macam tu. 




Balik aje dari dataran tu Hana memang tak sedar apalah. Tidur aje kat belakang kereta. Sedar-sedar dah sampai rumah sewa. Nasib baik tak mimpi makanan sedap sedap tadi :p Boleh kata inilah first time Hana pergi kenduri kahwin macam ni. Yalah, memang jarang pergi kenduri pun sebab malas. Kalau bukan Iza yang ajak memang tak akan pergilah :p

Till then.
Wassalam.


Friday, February 19, 2016

685#Love Note ~ 25 Things That Make Me Happy


Thank you Kim Chaa dan Budak Vanilla sebab tag Hana untuk game ni :) Sekarang baru menyempat nak buat. Seronok juga baca apa yang korang tulis tu hehe :)



Rules

  • Create a new post and insert the theme picture above.
  • List 25 things that make you happy most of the time, it could be in any language.
  • Mention the blog(s) that have tagged you.
  • Tag another five bloggers and make sure they know about this!
  • You might share your favourite quotes of the weeks if you want it :)

Bolehlah kita mula sekarang :p Seronok juga dapat main game macam ni. Kalau rajin bacalah ya haha.

  • My family
  • My friends yang satu kepala suka buat drama tapi tak susahkan orang
  • Jamer's presence in my life even sekejap :')
  • Kacau adik bongsu
  • My precious collection of books!
  • Bila ada duit lebih untuk beli buku baru :p
  • Duit banyak dalam bank account even tak selalu hahaha
  • Dapat hadiah tak kira masa :p
  • Ada geng nak borak pasal buku kegemaran
  • Kelas tak ada waktu pagi boleh sambung tidur
  • Balik rumah setiap kali cuti
  • Jalan jalan cari makan 
  • Tengok binatang atau apa apa benda yang comel 
  • Tengok video kucing yang comel geramnya nak cubit pipi tu!
  • Baca online manga
  • Tengok anime
  • Fangirling tengok drama Korea/Jepun lagi lagi dengan kawan kawan
  • Dapat makanan free orang belanja :p
  • Dark chocolate and cakes!
  • Freshly cut apple dan jambu sedapnya!
  • Internet yang laju!
  • Bau roti dan pastri from a bakery
  • Chatime!
  • Daydreaming~
  • Bila pergi kelas tak payah gosok tudung dan baju

Actually Hana tak tahu nak tag siapa. Sesiapa yang teringin nak buat tu buat ajelah ya :) Lepas tu bolehlah share ramai ramai :)

Till then.
Wassalam.

Tuesday, June 24, 2014

608#Ai no Kotoba ~ 2014 June Intake MSR Week


Kedatangan adik adik baru. Kononnya. Ahaks! :p

Alhamdulillah MSR session dah hampir tamat. Sekarang ni jadual budak budak tu semua penuh dengan briefing aje. Academic, MARA loan, finance briefing bla bla bla~ Nasib korang la budak.

My tag ;)



With some of the OCs and facis


Tak ramai pun diploma intake, hampir 60. Tapi kalau degree mau masuk sampai 200 orang. Barulah pening kepala faci dan OC sekalian nak urus diorang. Haha :p

Just a short update. 

Till then. 
Wassalam.

Sunday, March 16, 2014

600#Ai no Kotoba ~ Sebulan Lebih Menghilang


Ehem. Ehem.

Baru sekarang dapat update blog :( Mahu sebulan lebih jugaklah Hana tak jenguk blog langsung.

Banyak benda nak update tapi kena tunggu mid term break ni lah. Insya-Allah Hana balik Kelantan malam 20 April ni ;) Balik kampung!

Moderated comments pun Hana tak sempat nak publish lagi. Minta maaf sangat-sangat kat Nadia Syairah dan Ayumaira Bridal sebab tak dapat tolong edit blog korang :( Maaf sangat-sangat! Memang Hana langsung tak buka Blogger account ni sejak masuk Sem 2 hari tu.

Me and Nanad :) 
Second sem of BCLS 13/17

Tak sangka dah nak masuk pertengahan Sem 2 dah :) Alhamdulillah sebab masih bernafas even banyak kerja dah sekarang (T__T) nasiblah hidup seorang student. Assignments, quizzes, tests and lecturers. Tu tak campur aktiviti kelab lagi tu.

Pengalaman hidup. Ya tak? :p

Till then.
Wassalam.

#PrayForMH370

Saturday, January 25, 2014

598#Ai no Kotoba ~ Sebelum Final Tamat


Hana nak share cerita sebelum last paper final exam yang lepas tamat :p Dah berminggu-minggu tapi baru nak share :p

Last paper, Introductory to Clinical Laboratory Science akan mula tarikh 7th Jan jadi kitorang ada tiga hari free sebelum last paper. Hari Sabtu 4th Jan tu kitorang ramai-ramai pergi bersukaria kat The Mines. Memang sungguh-sungguh bersukaria dari pagi ke malam macam final exam dah tamat :p

With Nanad Nonoid. Paksa dia teman makan okonomiyaki :p

Yummy yum!

Okonomiyaki ni sejenis makanan Jepun. Sesiapa yang pernah makan takoyaki, rasa okonomiyaki ni ada nak sama dengan takoyaki cuma okonomiyaki biasanya ada sayur dalam tu ;)

Ingat anatomy untuk manusia je penting? Anatomy of ayam penyet pun sama pentinglah :p


 Akmal sorang je laki :p Padan muka. *kau fly nanti elok elok, nanti kami tolong jagakan orang Malaysia*


Hana banyakkkkkkk sangat makan masa keluar ni :p He he. Duit banyak habis kat makan je. Suka jugak pergi Mines sebab cuma naik satu stesen aje dari Kajang terus turun kat Serdang. Takdelah susah sangat nak pergi sini.

Till then.
Wassalam.

Saturday, December 7, 2013

573#Ai no Kotoba ~ Sara Skirts @ The Minn's Collection


Kepada kaum Hawa di luar sana, anda penggemar skirt? Sukakan gaya feminin dengan skirt labuh yang anda gayakan tetapi kadang kadang skirt itu agak jarang dan tidak menarik? Apa kata anda terjah page The Minn's Collection untuk melihat koleksi Sara Skirts.

Ehem.

Dah, cukup dengan gaya formal pelik kat atas tu :p


The Minn's Collection (TMS) ni milik sahabat Hana zaman sekolah rendah dan sekolah menengah dulu. Beliau baru mula berniaga. Produk pertama yang ada di page beliau adalah Sara Skirts iaitu thick lycra pleated skirts yang terdiri daripada 13 pilihan warna. 13 PILIHAN WARNA! Bukan satu atau dua aje hookayyyy :p He he.


Flowy, tidak jarang dan banyak pilihan warna yang menarik adalah antara daya penarik Sara Skirts kepada penggemar-penggemar skirt labuh di luar sana. Lai lai, mari beli mari beli :D Boleh mix and match dengan blaus dan kemeja yang dah ada dalam almari tu ;) Boleh gayakan ke kelas, masa outing dengan kawan-kawan atau semasa menghadiri majlis-majlis keramaian.


Kepada yang berminat nak menjadikan salah satu (atau lebih) Sara Skirts sebagai tambahan di wardrobe anda, anda boleh terjah sendiri di The Minn's Collection atau contact empunya TMS ni sendiri, sama ada melalui FB atau WhatsApp :) Info boleh tengok dekat gambar yang kedua tu.

Personal FB : Athirah Abdul Sattar 

Jangan lupa terjah!

Till then.
Wassalam.

Friday, December 6, 2013

572#Ai no Kotoba ~ Banjir


Isu banjir terutama di Kuantan dan Kemaman memang banyak di FB sekarang. Kesian dengan mangsa banjir, terutama warga emas dan kanak-kanak yang kesejukan di pusat pemindahan. Ada yang kena berpindah sekali lagi sebab pusat pemindahan yang asal dinaiki air.

Alhamdulillah kawasan rumah Hana tak pernah banjir walaupun dekat dengan kawasan Pasir Mas yang selalu banjir kalau musim tengkujuh macam ni :)

Dalam rumah (hostel) Hana ada sorang asal Kemaman. Kesian Rafee sebab kawasan rumah dia banjir. Cuma sekarang family dia kat hospital memandangkan ibu dia masuk hospital sebelum banjir. 

Harap harap kerajaan lebih peka dengan isu banjir ni. Katanya Malaysia negara terbaik uruskan mangsa banjir kan? Kalau dapat buat macam negara Jepun dan Thailand yang sediakan khemah plastik (yang comel kalau tengok Jepun punya) lebih elok. Dapat jaga privasi mangsa-mangsa banjir sedikit sebanyak.

Sudah sudahlah dengan perang politik. Waktu macam ni lah YB setiap kawasan patut turun padang dan usahakan yang terbaik untuk mangsa-mangsa banjir di kawasan jagaan mereka.

Jangan lupakan mereka dalam setiap doa kita :)

Till then.
Wassalam.

nota : Tak sabar nak pergi Big Bad Wolf esok x) Insya-Allah kalau takde aral melintang ;)

Tuesday, May 21, 2013

462#Ai no Kotoba ~ Sahabat Tika Senang dan Susah



Jujurnya, Hana bukan peminat Najwa Latif. Tambah-tambah bila dengar lagu Cinta Muka Buku tu. Telinga dan otak memang tak boleh nak seiring untuk terima lagu tersebut. Maaf, peminat Najwa Latif. Cuma, bila Najwa Latif released lagu Kosong, barulah boleh terima slow slow lagu-lagu Najwa Latif. 

Kosong is a nice song. Deep meaning :)


Dan, lagu Najwa Latif bersama-sama Syam Kamarul dan SleeQ ni juga antara lagu kegemaran Hana. Hana suka maksud di sebalik lagu ni. Sahabat di saat senang dan juga susah. Itulah erti sebenar sahabat. Sahabat, kawan dan rakan mempunyai maksud yang berbeza walaupun seakan-akan sama :)

Terima kasih untuk semua sahabatku. Terima kasih untuk semuanya ^^

Till then.
Wassalam.

Friday, April 5, 2013

385#Ai no Kotoba ~ Hari Terakhir | 14032013


Teringat.

Teringat hari last Hana kat KMKN yang lepas :) 14 Mei 2013. Tepat pukul 1.30 PM, habis aje kertas Kimia 1, maka sahlah kami batch ke-9 FIST UniKL SPT sebagai bekas pelajar di Kolej MARA Kuala Nerang. Happy sebab dah habis foundation (our foundation will be really over once dah habis praktikal) dan dah boleh balik rumah cuti tapi sedih juga. Sedih sebab nak tinggal tempat yang dah 10 bulan jadi rumah kedua kami :) We miss you, KMKN. 

And here the pictures are :

Yang ni, teman Along jumpa ehem ehem dia :) He he. Kalau nak buat jahat, memang Hana siar dah gambar diorang tu. Tapi takleh. Kang ada jugak yang kena bebel (-__-)

Lama gak kitorang borak. Along bagi nasihat sekali dengan mengutuk. Memang nak kena (-__-) Jagalah bila dah jumpa balik. Sibuk kacau mereka sebenarnya :P Ha ha ha!


Dan petang tu dalam pukul 5.30, kitorang ramai-ramai keluar. Lepas serbu CIMB dan kedai kek D'Bagus, kitorang pergi makan cendol dan ABC :) He he. Dalam lapan orang semuanya. Cuma takde gambar semua orang :) He he. Tak jumpa kat FB :P


Hana minum cendol pulut. Best x) Tambah-tambah dalam cuaca panas macam ni. He he :D Nampak tak gambar kartun owl kat sebelah tu? Yang tu cupcake :) Hana beli untuk si Neesa kecik memandangkan mama, abah dan Neesa akan sampai tengah hari esok (Jumaat).



Kitorang sampai kolej dalam pukul 7 lebih. Sempat lagi snap gambar kat depan Dewan Badlishah. Nanti rindu pula kat dewan besar ni :) He he. Sungguh! Rindu kolej ni :) Rindu suasana sekitarnya.



Ha ha! Konon-konon nak posing. Tapi kekok sebenarnya tu :P He~ Kitorang ambil jalan belakang rumah felo. Kawasan belakang tu cantik. Cuma ambil masa sikitlah nak sampai blok kediaman kalau nak banding jalan depan surau. Snap-snap jugak kat sini.


Yang ni Bella (tudung kuning), Fini (tudung kelabu) dan Nad (tudung purple). Ada yang dah balik sebelum kami :) Nampak tak suasana kat belakang tu? Yang tu padang. Yang ni masa kitorang jalan kat kawasan belakang rumah felolah ni :)

Rindu kolej :)

Till then.
Wassalam.

Broaden News