Friday, December 26, 2014

634#Ai no Kotoba ~ Pisang Goreng Cheese


Petang Rabu lepas, Hana ikut housemates, Kak Dijah dan Una pergi print kertas kat Purple Print Seksyen 4 tu. Masa tu belum makan berat lagi tau. Dari pukul 6 am sampai 5 pm tu perut cuma terisi dengan cereal aje (T__T). Tak. Hana tak diet. Takkan sesekali.

Tak makan lagi sebab hari tu cam malas gila nak turun beli makanan. Stok biskut pun dah habis. Maggi? Hana kurang sikit dengan Maggi, lainlah kalau teringin nak makan. Jaga perut ya anak anak. Bayangkan wax (lilin) yang kasi Maggi tu elok berbentuk dalam plastik atau cup tu bertimbun dalam perut sebab ambil masa nak hadam. Bukan senang nak hadam wax tu. Kasihanilah perut kita.

Melalut pula dah. Okey, kita balik pada tajuk.

Kat area tu memang ada banyak gerai tepi jalan. Kat situ ada satu gerai pisang goreng cheese. Dah berhari-hari mengidam nak makan benda alah tu tapi hajat tak kesampaian lagi. Bila dah jumpa depan mata, apa lagi. Takkan nak tunggu kan? Grab aje lah.

Menarik betul dengan coklat rice warna warni tu.

Sebab tak tahan lapar sangat, terus makan dalam kereta. Rasanya? Sedaplah jugak. Tapi agak kurang sikit, mungkin sebab coklat tu manis? Kalau pahit macam dark chocolate tu mungkin sedap lagi rasanya. Tambah lagi pisang goreng tu dah manis. Cheese dia? Sedap :)

Sempat lagi beli coconut shake sedap kat area tu ;)

Balik dari Purple Print, terus pergi makan nasi. Order lagi nasi goreng tomyam padahal pisang goreng cheese ni dah habis makan dah. Nak katanya lapar sangat hari tu (T__T) Menyeksa perut betul. Kasihan perutku.

Kalau ada sesiapa yang teringin nak makan, yang duduk kat area Kajang-Bangi ni, bolehlah singgah kat gerai pisang goreng cheese ni. Kat Seksyen 4, area cendol yang famous tu. Tak pun boleh singgah downtown Reko. Ada juga kat sana.

Till then.
Wassalam.


6 comments:

  1. sedapnya pisang cheese. BV belum merasa lagi nie . .hehehe :)

    ReplyDelete
  2. wahhhhhh byknya bhn dia letak kat pisang greng tu. hehe saya pun tak merasa lagi. hehe :D

    ReplyDelete
  3. Wah, sedapnya :( can i have one? Sorry, i tak jumpa cbox you ><
    http://fairytaleeeeeee.blogspot.com/2014/12/novel-745-bab-7.html

    ReplyDelete
  4. tak pernah try lagi pisang goreng cheese. merata nampak. hehe

    ReplyDelete
  5. nampak sedap tu...tak penah ase ag. hihi.. btw, alhamdulillah..umah kak ima ok lagi setakat ni. harap hujan x berpanjangan. kalau x, banjir gak :(

    ReplyDelete
  6. buat sendri lagi puas,tp tak pernah rasa lgi.. batter utk salut pisang goreng tak menjadi..suka yg jenis ranggup2..hehehe

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News