Thursday, July 27, 2017

699#Love Note ~ [Resipi] Kek Keju Oreo Bakar


Sejak jadi penganggur secara tak rasmi ni, rajin betul Hana bertukang kat dapur tu. Kalau sebelum ni ya ampun jejak dapur sebab nak makan aje. Adalah dua tiga minggu ni Hana cuba buat cinnamon rolls dengan doh pizza. Dan semalam masa singgah Giant beli barang, Hana beli bahan nak buat kek sekali. Tekak rasa nak makan Oreo cheesecake tapi rasanya yang kat Secret Recipe tu yang non bake punya. I love the baked one better, lagi puas hati :p

Ni first time Hana buat Oreo cheesecake. Memang mengkaji resipi aje sebelum ni sebab banyak variasi. Resipi untuk Oreo cheesecake ni Hana amik daripada blog Umie Jazz. Tapi resipi kat bawah tu resipi yang Hana olah ikut suka hati sendiri.

Oh ya sebelum tu, yang ni nama aje Oreo cheesecake tapi Hana guna Cream-O Vanilla Sandwich Cookies daripada Jack 'n Jill tu sebab lagi murah daripada Oreo vanilla sandwich cookies. Hana beli dua paket panjang 132g. Rasanya sedap bila dibuat cheesecake. Tapi kalau ada yang tak nak derhaka dengan Oreo bolehlah guna biskut Oreo :p  



Untuk base:
  •  1 paket biskut (buang inti, hancurkan)
  • 1/4 blok mentega (cairkan)

Untuk filling:

  •  250g cream cheese
  •  1 biji telur
  •  1/4 cawan natural yogurt
  •  1/4 cawan gula halus
  •  1/2 sudu teh esen vanila
  •  Vanilla fillings (inti biskut yang dibuang untuk base)
  •  10 keping biskut (patah patahkan) 

 Untuk hiasan: 

  • 7 keping biskut (buang inti)
  •  2 keping biskut (hancurkan tanpa buang inti)


I like how the surface turned out. Nampak moist


Cara-cara:

1. Panaskan oven 130 degree.
2. Hancurkan biskut untuk base. Boleh masukkan dalam beg plastik/zip lock bag dan ketuk banyak kali guna rolling pin.
3. Pindah crusched cookies dalam mangkuk. Gaulkan dengan mentega yang dah dicairkan sampai sebati. Mampatkan pada baking pan sampai padat. Masukkan dalam oven for 10 minutes, ketepikan.
4. Pukul cream cheese, vanilla fillings dan gula sampai sebati dan lembut. Tambahkan yogurt. Kacau sampai sebati.
5. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sampai sebati. Tambahkan biskut yang dah dipatah-patahkan. Kacau lagi sampai sebati.
6. Masukkan dalam baking pan. Hias dengan kepingan biskut tanpa inti dan crushed cookies. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak pada 130 degree.
7. Biarkan sejuk dahulu sebelum simpan dalam fridge.


Lepas masak, Hana ingatkan kek ni bantat rupa-rupanya sebab loyang agak besar untuk kek ni. Cheesecake memang akan padat dan gebu, lain lah kalau buat Japanese cotton cheesecake. Ini pun dapat info kat group Masak Apa Hari Ini sebab risau kek ni bantat aje. Rasa memang sedap. Creamy and cheesy. Even tambah vanilla fillings pun, rasa cheese lagi kuat. Tak terasa sangat manisnya. Memang puas hati. Bolehlah buat lagi lain kali.

Till then.
Wassalam.    

3 comments:

Rasya said...

nampak sedap. selalu buat cheese cake freeze je, tak pernah try yang bakar punya resepi

Aimi Syafiqah said...

Dapnyaaaaaa :)

https://aimisyafiqah.blogspot.my/2017/08/announcement-5-terawal.html

Shahida Dzulkafli said...

Bestnya.. Sedap.. Gebu je keknya..

Post a Comment

Recent Posts