Hari ni dah 24 Syawal. Lagi berapa hari berganti dengan Zulkaedah pula. Sempatlah Hana berjumpa dengan kawan kawan yang dah lama tak jumpa. Yalah, semua sibuk dengan study masing masing. Alhamdulillah, hampir semua dah nak habis belajar.
Meeting up with Hanun and Sandy. Tak rancang pun. Tiba tiba aje dapat WhatsApp Sandy ajak pergi majlis kahwin kakak kawan sekolah rendah dulu. Pergi pun dah lambat. Dalam pukul 6 baru sampai tempat majlis. Ikut ajelah. And then dapat tahu Hanun ada kat KB, ambil dia pula lepas kenduri. Merayaulah sampai AEON.
Again, the masterminds were Sandy and Hanun. Ajak pergi beraya rumah Chik. Dapat kawan baru pula tu, kawan satu universiti dengan Sandy. Kami kawan satu asrama since Form 1 kat Ahmad Maher dulu. Kecuali Sandy tu kawan sejak sekolah rendah lagi. Sekelas masa Darjah 6 tapi masuk sekolah menengah baru mula rapat. Memang dah kenal dah perangai masing masing macam mana.
Lepas rumah Chik, pergi rumah Najwa makan lemang dan rendang ayam sedap. Najwa kawan sekelas Darjah 6 sampailah masuk Ahmad Maher ambil kelas elektif Bahasa Jepun. Sekelas lagi sampai Form 4. Hanun pun sama kelas elektif ni juga. Sandy dah masuk MRSM lepas PMR tu. Sama sama perah otak sehari sebelum exam penting MOE and Japan Foundation masa akhir Form 4. Tapi sempat lagi pasang movie tengok dalam bilik Jepun dengan classmates lain.
Dah lebih 10 tahun kenal mereka ni. Harap harap boleh kekalkan lagi hubungan ni.
Till then.
Wassalam.
Happy jumpa kawan2. selamat hari raya farhana..")
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Hana! Lamanya tak blogwalking sini. Sihat? ;)
ReplyDeleteSalam Aidilfitri hana.. Semoga ukhwah Hana dan kawan-kawan berkekalan..
ReplyDelete