Friday, October 6, 2017

724#Love Note ~ Spring Cleaning My Room


Bila dah kerja ni nak betul-betul fokus kemas bilik pun susah. Asalkan kemas aje cukup tapi dah lama Hana betul-betul nak bersihkan bilik. Sebab Hana cuti hari Jumaat aje jadi memang kena buat hari ni juga. So today before I went to the toilet untuk bersihkan diri sebelum solat Subuh, awal awal lagi Hana ambil satu kerusi kat ruang tamu. Maklumlah saya ni budak tak cukup tinggi, memang kena ada kerusi kalau nak capai apa apa benda kat atas tu. After Subuh Hana terus mulakan operasi.

I took down all the books on my wall shelf because I wanted to dust off the shelf, including my other book shelves on the floor. Nak susun balik buku-buku tu juga. Sebelum lap mana mana yang perlu dilap, Hana ambil semua perhiasan atas rak-rak buku dan letak atas katil. Terkejut abah bila mari jenguk hahaha ingatkan anak dia ni nak memberontak apa bilik macam tongkang pecah masa tu.

Ada lagi yang bersepah atas katil :p

I started with dusting off the wall shelf, bagi habuk habuk turun bawah dulu. Lepas tu lap pula dua rak kat bawah. Barulah boleh susun balik semua buku tu. Siap aje dengan book shelves, Hana kemaskan dua wall shelf kat atas katil dan dekat cermin juga. Lepas tu tanggalkan kipas meja. My room doesn't have a ceiling fan, memang macam tu since duduk rumah ni 14 years ago. Sebab duduk asrama je, so I didn't even think to install a ceiling fan. Tapi memang nak kena pasang dah sebab dah habis belajar kan. Bila sempat bolehlah cari tukang. Abah pun sibuk aje sekarang ni. Tunggu cuti sekolah kot.

Adalah beza sikit daripada sebelum ni

I think I have more space for new books ;)

 Baru aje lekat guna salotape. Abah tak tengok lagi so telinga selamat daripada bebelan (for now)

Did I tell you I've started loving skincare routine?


Macam para aje tempat Hana letak skincare products ni. Abah beli satu set wall shelves yang lain lain panjangnya. Yang paling pendek abah lekat kat bawah cermin. Kat bilik Hana tak ada pun meja solek. Jimatlah juga space guna wall shelf ni.

A cute cup to place my lip balms, lipstick and roll on perfumes

Simpan cotton pad dalam bekas cantik ni ;)

Asalnya nak beli kotak comel from Mr. DIY but I think I'd just settle with this

Ada certain books yang ada hidden dust, rasa tak smooth aje cover buku tu jadi Hana guna Garnier Micellar Water nak remove the dust. Memang menjadi hahaha so now micellar water has extra benefits for me.

Till then.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News