About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Sunday, December 14, 2014

628#Ai no Kotoba ~ [Novel Review] Hatiku Dicuri Lanun


First of all thanks to Nanad Nonoid yang hadiahkan buku ni sebagai hadiah belated birthday. Ni pun Hana yang beli sendiri tau. Dia hulurkan duit. Ha ha :p

Hatiku Dicuri Lanun? Apa apakah buku ini?

Hatiku Dicuri Lanun adalah sebuah kompilasi cerita pendek genre fantasi. Ya. Fantasi. Penerbitan sulung oleh Melarik Enigma Publications, sebuah rumah penerbitan kisah kisah fantasi yang pertama di Malaysia. Tahniah kepada Kak Izza Aripin the big boss *big clap*



Rating: 4.5/5

Ada 6 buah cerita yang terkandung dalam buku ini:

1. Hatiku Dicuri Lanun by Que Sera Sera
Setiap kali bulan mengambang penuh, ada suatu misteri yang menghantui Danika Mae (Danika). Pastinya Kapten Ken yang baru dikenalinya itu jadi penyebab kepada segala misteri yang berlaku kepadanya kerana setiap kali bulan mengambang, Danika akan dibawa menaiki Mumba Hitam merentasi gelombang jingga untuk bertemu Kapten Ken. Dan bila sedar keesokan harinya Danika bagaikan terlupa apa yang telah berlaku kepadanya sebelum itu. Kemudian muncul pula Dr. Eskandryan yang mirip Kapten Ken dalam kehidupan nyatanya. Siapa agaknya mereka berdua ni dan apakah yang dimahukan daripada Danika?

2. Ada Dia by Fara H
Night Crawlers kembali lagi! Bagi yang sudah membaca The Untold Story, ini adalah kesinambungan kisah Aidan and the gang. Kali ini mereka kembali dengan cabaran untuk menyelamatkan Nael dan Amy (seorang penulis kisah fantasi yang secara tak sengaja telah menemui kisah di sebalik kewujudan Gardian). Pihak Gardian memburu mereka untuk mendapatkan kembali jurnal tentang Gardian yang berada di dalam simpanan Amy. Berjayakah Aidan menyelamatkan mereka berdua tanpa merisikokan hubungan cintanya dengan Aira?

3. Skypirate by Izza Hani
Setelah kemusnahan Kerajaan Illyra, Mireya mendapat suaka politik untuk menetap di bawah lindungan Kerajaan Amaranth. Walaupun layak mendapat pelbagai layanan istimewa, Mireya lebih rela hidup sebagai rakyat biasa. Memegang janji yang pernah dipatri sewaktu bersama Zander, Mireya nekad untuk memilih kerjaya sebagai tentera udara Kerajaan Amaranth. Cuma bila dirinya menjadi rebutan antara Kapten Luke dan Putera Ziyad, Mireya bertindak memilih untuk menyertai Skypirate yang kemudian menemukannya dengan seseorang yang telah dinanti sejak sekian lama. 

4. Cinta Sayap Hitam by Que Sera Sera
Ruqya Amni (Kea), merupakan anak gadis kepada Rihanna dan Addi (Kau Kekasih Gelapku). Sejak kecil, hidupnya sentiasa dilindungi oleh individu di sekelilingnya kerana bimbang sesuatu yang buruk menimpanya disebabkan keistimewaannya itu. Kemunculan Rif Aryan, lelaki bersayap makin menyukarkan hidup Kea. Sekalipun Rif Aryan sudah berterus terang tentang tujuan kemunculannya untuk melindungi Kea, tegakah Kea meninggalkan kehidupannya untuk bersama Rif Aryan? 

5. Butterfly-X by Fara H
Bila kemakmuran dan kekayaan Elipsie musnah di tangan pemimpin korup dan kotor, muncul kumpulan pemberontak yang menggelarkan diri mereka Butterfly-X. Mereka berhasrat untuk memusnahkan barisan kepimpinan korup dan mengembalikan kemakmuran Elipsie seperti 20 tahun lalu. Namun bila kenangan lampau muncul Airis harus membuat pilihan sama ada untuk meneruskan perjuangannya atau akur dengan permintaan Kyrian yang mahukan mereka kembali seperti dahulu. 

6. Hessa My Roses by Que Sera Sera
Hessa, salah seorang perisik puak pembebasan berhasrat untuk menyelamatkan Putera Hayden, yang juga merupakan abang kandungnya. Pertemuannya dengan Mejar Razien, salah seorang pemimpin tentera Ilunati bagaikan pembuka jalan buatnya menyiasat tentang kedudukan Putera Hayden. Berjayakah Hessa menyempurnakan misinya?


Hana suka kesemua kisah dalam buku ni serius! Ha ha.

Cuma tak puas hati sebab ada sesetengah kisah kena tunggu sambungan yang lain. Paling best Hessa My Roses sebab kisah ni serius lawak. Hessa yang asyik nak kasi jurus nama pelik pelik aje kalau Razien mula buat miang dengan dia. Tapi Razien ni romantis ;) He's the knight in shining armour for Hessa.

Insya-Allah tahun depan Melarik Enigma Publications akan terbitkan sebuah novel penuh dengan judul Vampira Hidupkan Cintaku. Cover yang menarik sesuai dengan tajuk dan sinopsis kisah itu. Tak sama dengan kisah vampire yang biasa. Baca sinopsis aje dah penuh dengan suspense. 

Silakan singgah di mana mana bookstore untuk dapatkan HDL ni ;)

Insya-Allah buku ni tak akan menghampakan peminat kisah kisah fantasi yang jarang baca kisah fantasi dalam Bahasa. I'm satisfied. And you? 


Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

4 book page(s) ♥:

nana liena said...

wah ..kompilasi tu ,suka bku macam ni ,ada banyak cerita..penerbit baru ya

BudakVanilla said...

waaahh, bestnya. .BV suka novel genre fantasi macam nie. . :D

Eimma FM said...

cuti beli novel. hahha

Azwar Syuhada said...

Bestnya, belum pernah baca lagi.. sekarang tengah kering tak dapat beli buku..haha

p/s: Ada je dekat bawah entry komennya.. :)

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)