Saturday, February 26, 2011

22#Ai no Kotoba ~ keluar mulut buaya, masuk mulut naga???

Assalamualaikum...


just nak cakap, kali ni aku dan kawan2 aku betul2 cam keluar mulut buaya, masuk mulut naga
nak tau kenapa? 


heya! i'm the cutie croc~




kitorang baru aje lepas kem last week
dari 21-24 Feb kat Kem Kasturi, Gua Musang
cikgu siap book satu kereta api sebab nak bawa kitorang yang hampir 500 orang ni
bebudak PMR + SPM + STPM = 445 orang
memang best la, first time naik train
siap flying fox, river-crossing, mud crawling, jungle-tracking kat sana


yang membuatkan nape title post aku camtu ialah...
EXAM HARI SELASA NI!!!!!!!


kitorang memang kena bebetul struggle sebab masa nak study memang limit sangat!!!!
adoi2

Saturday, February 5, 2011

21#Ai no Kotoba ~ tak sedar diri lagi ke ni?

assalamualaikum...


last entry for this week
mana taknya, lepas Zohor ni aku akan bertolak balik ke hostel tersayang pulak
maybe tak balik time cuti Maulud Rasul tu
Inche Ben si KPA Aspura kata nak wat aktiviti hari tu
yang aku tahu, nak wat tayangan video sikit2 and pertandingan mereka puisi
insya-Allah akan berjalan dengan lancar




dalam cuti 5 hari ni, aku terfikir sal benda yang menakutkan aku end of this year
guess what?
SPM?
that's right
cuma...


aku ni cam tak sedar diri lagi tahun ni SPM
mana taknya, aku stayed out late night tapi dok menghadap lappy lagi, FB lagi
just tahun ni berbeza sikit sebab aku dah tak menulis
dalam aku dok hadap lappy sambil download MV2 Kpop
aku ganti masa aku dok menaip tu dengan wat homework+study
tu pon sikit2 je


kena improved lagi bab2 Mod Maths + Add Maths + Physics
aku memang lemah bab2 kena mengira ni
kalau Bio + Chemi + English + Sejarah + PAI
jenis bab2 menghafal
memang aku minat


kawan2 aku semua pelik nape aku minat subjek menghafal ni
entah? 
dalam banyak2 tu, paling aku minat Bio + Sejarah


balik hostel ni, nak sambung study Add Maths dengan Syirah
alhamdulillah ada gak jenis otak kira2 dalam dorm aku
sejak tahun lepas lagi bertapa dengan Syirah, cuma tak masuk otak betul2 lagi


doakan aku dan kengkawan aku berjaya dalam SPM 2011, ya?
memang dok mengidam nak ke Jepun untuk latihan guru ni
:)



春の花

Thursday, February 3, 2011

20#Ai no Kotoba ~ sad? crying?

assalamualaikum...


another week for me had past...
dalam satu hari tu, ada hari yang dah buatkan aku sedih+kecewa
nothing got to do with boys...
aku mana pernah bercinta
remember, hukum couple dalam Islam itu HARAM
even aku menulis love stories, tapi aku tak dapat nafikan hukum tu
ingat ya


kenapa aku sedih?
just masalah dalam pengurusan aspuri




hari Khamis malam Jumaat tu, MTi + AJK Aspuri buat roll call untuk bebudak form 1+form 2
memang tradisi betul, form 1+form 2 memang wajib diadakan roll call
memula tu bercakap hal bertugas di masjid
geram dengan certain girls yang wat donno aje bila dipanggil untuk bertugas


nasiblah
sebab yang tu memang tradisi kat Ahmad Maher
form 1+form 2 tak kira jantina memang wajib bertugas di masjid pada malam yang ditetapkan


kesian kat bebudak form 3 yang aku tugaskan untuk pantau sikit2
mana taknya, diorang ikhlas nak tolong pantaukan even tahun ni diorang sibuk dengan PMR
ada bebudak yang boleh masuk masjid dalam pukul 11.45???
OMO!
time tu gate pon dah nak tutup


sesetengah tu pulak banyak alasannya
time roll call tu pula, aku geram sangat2 dengan seorang budak form 2 ni
tahulah muda setahun aje dengan bebudak form 3 tu, tapi tolonglah hormat senior


dahlah time roll call tu aku tengah demam + pening kepala
tetiba je ringan mulut aku panggil nama budak tu
tengah2 ramai aku marah dia
rasa macam syaitan dah rasuk aku time tu
selama ni aku tak pernah bercakap 'aku, kau' dengan bebudak muda daripada aku, even dengan adik beradik sendiri pun tak pernah
terkeluar 'aku, kau' bila aku marah budak tu
Ya Allah
aku macam tak sedar dengan apa yang aku cakap masa tu




memanglah sebelum tu dah ada AJK yang panggil budak2 yang buat salah berdiri
tapi aku tak pernah terfikir aku sendiri akan buat macam tu


keesokkan hari, lepas solat Isyak
kawan aku (yang sama2 AJK) mari dekat dengan aku and say something yang buat aku lagi sebak
ada sesetengah form 5, yang sama form dengan aku
tak boleh terima aku jadi macam tu semalam
kalau kawan aku yang turut jadi AJK tu, diorang boleh terima kalau nak sound budak sebab kawan aku yang tu memang orang takut kalau dia marah
dia sendiri pun main cakap 'aku, kau' je dengan budak
tapi kalau aku, diorang tak boleh nak terima sebab selama aku duk kat Ahmad Maher ni, 
mana pernah aku cakap macam tu, aku naik marah camtu


tambah2 lagi, malam tu aku sound budak2 yang pakai tudung singkat dan selempangkan tudung ke bahu
diorang pon terasa hati gak sebab diorang pun wat benda yang sama
aku sound budak2, tapi diorang terasa sebab apa yang aku tengah sound tu diorang turut buat


aku bagitau kawan aku yang mari cakap dengan aku tu
masa nilah kita nak betulkan apa yang salah
dulu, kita mana ada kuasa nak buat semua ni, nak tegur apa yang salah
kalau bukan kita, siapa lagi yang nak betulkan keadaan
sudahlah semua ni amanah
aku tak nak tanggung dosa pecah amanah kat akhirat kelak
dengan diri aku sekarang ni pon, aku masih tak yakin dengan amalan aku



aku bukannya jenis yang bajet ustazah sampai pakai stokin, sarung tangan
tapi aku tahu kalau kita pecah amanah, berat dosa yang bakal kita hadapi di akhirat kelak
kawan aku tu senyum, dia setuju
nasib baik dia jenis yang mahir bab2 agama ni
kalau nak banding dengan aku, aku rasa banyak lagi yang aku kena belajar


then, kawan aku yang turut dengar apa yang kitorang bualkan pujuk aku
aku memang rasa nak nangis aje lepas tu
kadang2, aku rasa nak letak jawatan aje
biarkan semua ni kawan aku yang uruskan


Ya Allah
kuatkan hati kami
harap2, kami boleh menghadapinya

Broaden News