Showing posts with label me myself n' i. Show all posts
Showing posts with label me myself n' i. Show all posts

Monday, September 4, 2017

714#Love Note ~ Minggu Yang Produktif


Last week is my busiest week so far. Hari Selasa lepas Mak Su contact Hana, tanya nak kerja kat kedai kawan Mak Su tak. I just said yes since I didn't get any call from the place I went for an interview. Kedai kawan Mak Su tu kiosk makanan. Keesokan hari, Hana terus ke sana sebab nak belajar cara bancuh air dan sediakan makanan semua before one of the staffs resign.

Sebab Hana ada pengalaman kerja kat kiosk makanan MESTECH dulu, Hana dah tahu serba sedikit macam mana nak uruskan kiosk makanan yang ini. Tapi sebab ada banyak menu, ambil masa jugalah nak ingat semua benda ni. Tak apa, kita belajar aje.


The kiosk itself is clean. Kebersihan memang terjaga. Kiosk ni dekat dengan kedai Mak Su and her husband, jadi tak kekoklah nak kerja kat sini. Lagi pun masa Hana intern kat KPJ Perdana sebelum ni pun, Hana selalu singgah kedai Mak Su setiap hari Khamis. So agak biasalah dengan kawasan ni.

I'd take a bus to go to work since I still didn't have a driving license. Insya-Allah akan mula belajar dalam masa yang terdekat. Buka kedai pukul 9 so Hana naik bas pukul 8. Dalam 8:30 dah sampai Kota Bharu. I could use the remaining time for preparation. 


Hari kedua, Hana balik dengan Sandy, my elementary-to-high-school friend. Rumah kami pun dekat so Hana tumpang Sandy sebab abah pergi Terengganu nak ambil adik kat Unisza. I could take a bus but I was afraid it'd raining or getting dark already by the time I reached home. Satu family tak ada kat rumah so memang risau nak balik rumah lambat. Sandy kerja kat KB juga so senang boleh tumpang dia. Tapi agak jauh jugalah tempat kerja kami. 


The monthly wage is below RM1k but I'm satisfied with it. Bolehlah daripada mereput kat rumah tak buat apa. At least dapat juga duit poket. Tak adalah nak meminta duit dengan abah hahaha. Cari pengalaman banyak banyak. Walaupun kita ada diploma atau degree, jangan memilih kerja. Mana tahu dengan pengalaman kerja yang biasa biasa tulah boleh asah our soft skills lepas tu jadi aset masa pergi interview kerja.

Till then.
Wassalam.

Friday, June 2, 2017

694#Love Note ~ Finally! INTRA Dah Habis


Alhamdulillah. INTRA dah habis lepas empat bulan.

Lega. Serius lega.

I did my internship at KPJ Perdana Kota Bharu. Well, since it was quite close to my home. Dekatlah kan kalau setiap kali pergi ambil masa tak sampai 30 minit. 

Kalau nak ingat balik pasal internship placament ya Allah tak tahulah nak cakap apa. I didn't get any place till the last minute! Alhamdulillah ada housemate dia dapat sini tapi she decided to opt for HRPZ instead. So here I was for 4 months.

I learned quite a lot. No. Seriously a lot. Semua staff kat lab mesra dan senang nak mintak tunjuk ajar. I've heard a good deal about them from my senior yang pernah intern kat sini and I was like, thank you Allah for these good people!

Pagi semalam ada lecturer visit from MESTECH. Nasib baik juga ada lecturer visit, kalau tak kena pergi Kajang semata mata nak present benda ni aje. And I enjoyed (even though a bit nervous) the presentation. The lecturer assigned to visit us was very good. Part yang tak banyak soalan lagilah kami suka. Thank you Dr. Haida :)



With Dr. Norhaida and Encik Faiz, our SV here


Thank you so much for these 4 months (kecuali Kak Mila & Encik Kama takde in the picture)

My convocation is should be on October 21st, but I still didn't know the details. Sekarang ni fikir nak rehat jap sempena Ramadhan dan fikir pasal kerja lepas ni. I want to work and earn my own money. And I want to continue writing stories lepas setahun tak tulis apa-apa sebab bercinta dengan thesis punya pasal.

Till then.
Wassalam.

Nota: I don't know why tapi bila komen kat other blogs tak keluar komen. Sebab interface baru ke?

Tuesday, March 8, 2016

690#Love Note ~ Mama Sakit


Tengah hari semalam dapat berita tak best. Mama WhatsApp kata baru balik dari hospital. Biasanya mama pergi check up sebab ada darah tinggi dan diabetes. Hana tak expect pula yang kali ni bukan untuk check up. Mama kena strok ringan pagi tu, abah bawa pergi hospital terus.

Mama kena diagnose dengan 'Right CVA with left hemiparesis.' Bahagian kiri tubuh mama dah tak kuat macam dulu. Even strok ringan, tapi still bahaya macam strok biasa. Nak berjalan pun dah perlahan. Apatah lagi nak buat benda berat.



Hana balik cuti mid sem lambat lagi. Tak senang duduk dibuatnya walaupun mama kata tak ada apa-apa. Macam mana tak risau kan? Ni bukan darah tinggi biasa, tapi dah masuk ke strok. Tak tahu macam mana nak describe bila Hana dapat tahu. Mula takut kalau Allah nak ambil mama lebih cepat daripada yang Hana bayangkan. Hana minta jauh sangat. Umur mama baru 46 tahun tapi Allah dah uji dengan penyakit macam ni. Alhamdulillah setakat ni abah tak ada sakit apa-apa, kecuali pernah kena gout sekali dulu. Teringat kat arwah Tok Mek, nenek Hana belah mama yang meninggal tahun 2005. Tok Mek dulu pun strok juga.

Kat rumah sekarang ada abah, Imi yang Form 5 dengan Neesa kecik tu. Yang perempuan lain tak ada. Adik perempuan Hana kat Terengganu, dia pun lambat lagi cuti. Tak tahulah macam mana kerja rumah tu. Harap harap mama tak buat kerja berat sangat dah.

Minta tolong doakan mama Hana ya? Terima kasih.

Till then.
Wassalam.


Sunday, March 6, 2016

689#Love Note ~ Makan Sedap di Kenduri Kahwin


Dah hampir seminggu tak ber-update blog ni. Nak buat scheduled post pun tak menyempat. Maaflah sebab tak dapat balas balik kunjungan korang sebelum ni. Insya-Allah Hana selesaikan satu satu nanti. 

Weekend lepas Hana teman kawan pergi kenduri kahwin sepupu dia kat Selayang. Uish jauh sungguh dari Kajang ni ha. Pergi bertiga; Hana, Iza dan Bad. Kitorang kawan satu batch lepas tu sama sama SRC sebelum ni. Bertolak dalam pukul 6:30 PM sebab takut jam pula jalan tu. Masuk aje KL hujan lebat turun. Nasib tak terlanggar divider masa nak masuk Tol SMART tu sebab tak nampak. Kalau tak ya Allah tak tahulah nak cakap apa. Memang hujan memanjang sampailah kitorang dah lepas tol nak masuk kawasan Gombak/Selayang.




Mula-mula kitorang singgah solat kat kawasan perumahan sebelah Hospital Selayang. Asalnya nak berhenti solat masa awal Maghrib tapi sebab hujan lebat sangat kitorang tunggu sampai Selayang. Alang alang waktu Isyak pun dah nak masuk, kitorang tunggu Isyak dulu sebelum pergi ke tempat kenduri. Pukul 9 PM macam tu sampailah kat dewan tempat kenduri.




Kenduri kahwin sepupu kawan Hana tu dibuat kat Ideal Convention Center Selayang. Ni first time Hana datang Selayang dan dewan ni. Mula-mula masuk dewan tu rasa macam masuk wedding yang tayang kat TV3 tu haha. Dahlah awkward tak kenal orang. Dewan besar sangat tapi semua meja tak penuh pun. Senanglah nak cari meja untuk makan.

Hidangan disediakan secara buffet. Kami makan nasi dulu. Memang rambang mata nak memilih haha ada udang butter, rendang daging, ayam berempah dll. Nasi pula nasi beriani :p Ambil sikit aje sebab Hana lagi fokus kat dessert hahaha banyak dessert menarik. Bertambah tambah makan dessert lepas tu. Maaf ya tuan punya kenduri haha sedap sangat. Pandai betul pilih catering untuk majlis.






Lama juga kami kat situ. Duduk sana sampailah pukul 11 PM lebih macam tu. Orang pun dah tak ramai. Sempatlah tengok pasangan pengantin duet sebuah lagu. On the way balik ke Kajang, Iza nak singgah Dataran Merdeka so singgahlah kat sana. Ramai juga orang tengah tengah malam macam tu pun. Yang datang dengan family pun ramai. Seronok juga ambil angin malam ni. Hana pun dah lama tak ke Dataran Merdeka waktu malam macam tu. 




Balik aje dari dataran tu Hana memang tak sedar apalah. Tidur aje kat belakang kereta. Sedar-sedar dah sampai rumah sewa. Nasib baik tak mimpi makanan sedap sedap tadi :p Boleh kata inilah first time Hana pergi kenduri kahwin macam ni. Yalah, memang jarang pergi kenduri pun sebab malas. Kalau bukan Iza yang ajak memang tak akan pergilah :p

Till then.
Wassalam.


Wednesday, February 24, 2016

686#Love Note ~ Kesibukan




Nampak gaya lepas ni kena buat scheduled posts, tak menyempat nak blogging. Walaupun jadual kelas tak adalah pack sangat, tapi sebab dah start FYP tak payah nak mimpilah nak tidur awal bangun tengok Running Man. Tajuk tak finalise lagi. Tadi jumpa supervisor, bila beritahu pasal rough idea untuk tajuk yang Hana nak, supervisor kata macam susah. Boleh aje buat tapi agak renyahlah. So sekarang kena fikir tajuk baru. Bersyukur sangat dapat supervisor yang memahami, tak paksa nak buat tajuk yang susah susah.

Sekarang ni memang kena bergelumang dengan previous papers yang senior buat dan jurnal jurnal yang sepatutnya. Dahlah nak faham ayat dalam jurnal tu bukan main susah. Dengan terms yang memang tak tahulah nak kata level apa haha sabar ajelah. Kan best kalau all those thesis papers dalam bentuk cerita yang menarik? :p

Till then.
Wassalam.


Friday, February 19, 2016

685#Love Note ~ 25 Things That Make Me Happy


Thank you Kim Chaa dan Budak Vanilla sebab tag Hana untuk game ni :) Sekarang baru menyempat nak buat. Seronok juga baca apa yang korang tulis tu hehe :)



Rules

  • Create a new post and insert the theme picture above.
  • List 25 things that make you happy most of the time, it could be in any language.
  • Mention the blog(s) that have tagged you.
  • Tag another five bloggers and make sure they know about this!
  • You might share your favourite quotes of the weeks if you want it :)

Bolehlah kita mula sekarang :p Seronok juga dapat main game macam ni. Kalau rajin bacalah ya haha.

  • My family
  • My friends yang satu kepala suka buat drama tapi tak susahkan orang
  • Jamer's presence in my life even sekejap :')
  • Kacau adik bongsu
  • My precious collection of books!
  • Bila ada duit lebih untuk beli buku baru :p
  • Duit banyak dalam bank account even tak selalu hahaha
  • Dapat hadiah tak kira masa :p
  • Ada geng nak borak pasal buku kegemaran
  • Kelas tak ada waktu pagi boleh sambung tidur
  • Balik rumah setiap kali cuti
  • Jalan jalan cari makan 
  • Tengok binatang atau apa apa benda yang comel 
  • Tengok video kucing yang comel geramnya nak cubit pipi tu!
  • Baca online manga
  • Tengok anime
  • Fangirling tengok drama Korea/Jepun lagi lagi dengan kawan kawan
  • Dapat makanan free orang belanja :p
  • Dark chocolate and cakes!
  • Freshly cut apple dan jambu sedapnya!
  • Internet yang laju!
  • Bau roti dan pastri from a bakery
  • Chatime!
  • Daydreaming~
  • Bila pergi kelas tak payah gosok tudung dan baju

Actually Hana tak tahu nak tag siapa. Sesiapa yang teringin nak buat tu buat ajelah ya :) Lepas tu bolehlah share ramai ramai :)

Till then.
Wassalam.

Wednesday, February 17, 2016

684#Love Note ~ Pening Dengan FYP



Agak lama menyepi lepas previous post pasal Jamer tu :'( Sedih memang sedih tapi takkan asyik nak menangis aje kan? Agaknya kalau Jamer boleh bercakap pastu datang dalam mimpi mesti dia bising sebab asyik sedih aje. Kenalah terima yang dia dah pergi :'( Bukannya tak boleh teruskan hidup pun.

Insya-Allah, hati ni boleh kuat.

Minggu ni Hana sibuk dengan FYP juga sebenarnya. Dah jumpa supervisor tapi sekarang masih pening nak pilih tajuk apa. Yang penting supervisor nak buat pasal cell culture dengan cancer cells. Semester ni Hana akan sibuk dengan FYP1, more to propose the title I would choose sebelum sibuk masuk lab semester depan untuk FYP2. FYP2 ni pula mulalah kena main masak masak dalam lab tu dengan semua jenis alat untuk dapat results. Sabar sabar, tiga semester aje lagi sebelum Hana grad dengan jayanya insya-Allah.

Kim Chaa ada tag Hana. Insya-Allah Hana buat weekend ni ya :) Nak review buku juga. Nanti Hana balas kunjungan sebelum ni ya?

Till then.
Wassalam.


Tuesday, February 9, 2016

680#Love Note ~ Cuti Chinese New Year @IOI City Mall Putrajaya


Memandangkan semalam public holiday sebab Chinese New Year, memang sah sah tak ada kelas. Hana duduk kat rumah sewa guling guling dengan Jamer aje kerjanya. Kesian Jamer makanan dah habis haha kena makan roti dan keropok. Sorry ya Jamer.

Lepas Asar, Hana ikut housemates dan kawan lelaki kitorang keluar makan. Dah tak tahu nak pergi mana, kitorang pergi IOI Putrajaya ajelah. Ingatkan tak ramai orang, rupa-rupanya ramai sangat. Yalah, manalah tahu semua pakat balik kampung ke. Sesak betul dalam mall tu. 

Sebab masing masing dah lapar kitorang makan di Chicken Rice Shop dulu. Hampir semua restoran penuh dengan orang. Nasib aje ada tempat kosong. Siap makan kitorang jalan jalan ajelah kat dalam mall tu. Nak balik rumah, bosan pula tak tahu nak buat apa. Masuk ajelah mana mana kedai tengok apa yang menarik. Bukannya nak shopping sangat pun. Hana masuk Tesco kejap cari wet food untuk Jamer. Keluar nak bersuka ria pun kena ingat lagi anak kat rumah tu haha. 



Hana berpecah dengan kawan kawan sebab masa Hana ke Chatime beli air, diorang masuk Parkson. Takkanlah nak bawa masuk air pula dalam tu. Sudahnya Hana duduk aje kat Chatime tu isi masa baca my current read. Kalau tak mahu terkebil kebil duduk seorang diri depan Parkson haha. Lama jugalah tunggu diorang datang. Entah apalah yang menarik sangat dalam Parkson tu :p



Lepas tu, kitorang turun ke The Symphony Walk. Nak tengok musical fountain kat situ. Terhibur betul rasanya haha. Selama ni datang IOI Hana tak pernah singgah lagi tengok musical fountain tu. Siap ambil video dan hantar kat group WhatsApp family lagi. Tak boleh pula nak upload kat sini :( 

Dekat pukul 10 malam baru kitorang balik. Masing masing dah penat dan mengantuk. Hari ni cuti lagi. Esok baru ada kelas. Lusa Hana ada FYP workshop dari pukul 2 sampai 5:30 petang. Penatnya rasa haha macam tak puas cuti lagi ni.

Macam mana cuti CNY korang? :)

Till then.
Wassalam.


Monday, February 8, 2016

679#Love Note ~ Bermalas-malasan Dengan Jamer


Semalam tinggal Hana seorang aje kat rumah sewa. Ramai yang balik rumah sebab cuti CNY lepas tu ada yang ke PD dan keluar makan. Sebab mengantuk dan penat tak hilang lagi travel balik Kajang tengah hari semalam, Hana duduk rumah aje layankan si Jamer tu main.

Jamer dah makin manja sekarang haha dah kurang dah pasif dia tu. Bagus bagus. Azam tahun baru ya Jamer? Makin syok la nak mengacau si bulu oren ni.

Baru nak tengok movie dia dah datang mengacau nak duduk atas laptop

Oh I'm sleepy~

Jangan ganggu please 

Biar pun kucing tak boleh balas apa yang kita cakap tapi syok bercakap dengan kucing ni. Jamer tengok aje dengan muka malas nak campur tapi bila dah kena peluk memang tak boleh nak larilah :p Kerja si gendut ni makan tidur main. Tak payah nak risau masalah lain.

Cuti CNY ni memang relaks ajelah kerjanya. Hana bangun solat Subuh lepas tu turun bawah bagi Jamer makan. Lepas layankan budak gendut tu naik atas sambung tidur balik haha mengantuknya tak tahulah nak kata macam apa. Lepas bagi Jamer makan (lagi sekali ya), jemur baju barulah boleh breakfast. Itu pun Jamer tengah bising sebab pallet dia dah habis kitorang lupa belikan semalam. Nasib baik ada wet food dua plastik kecil. 

My favourite choco milk. Sedap, lemak lemak rasanya ;)

Malam semalam meriah dengan bunyi fireworks. Jamer nak keluar buat pelaburan sendirian berhad kat belakang rumah tu terkejut, terbantut terus hajat dia hahaha. Lawak bila ingat balik muka terkejut dia tu. Sorry eh Jamer banyak mengata pula dalam ni haha.

Happy Chinese New Year to all Chinese bloggers!

Till then.
Wassalam.


Sunday, February 7, 2016

678#Love Note ~ Kembali ke Kajang


Lepas tiga minggu semester break + seminggu lagi cuti sendiri akhirnya sampai juga Hana kat Kajang ni balik :p Ingatkan dah tak nak jejak dah, nak duduk aje kat rumah tapi kena sedar diri semester ni dah start dengan FYP. Tak boleh nak mengada sangat.

Sebab flight Hana tadi pukul 8 pagi, memang kena awallah pergi airport. Punyalah berangan nak tidur awal sebab tak nak mengantuk, sekali tu blackout dari pukul 12 tengah malam sampailah masa Hana nak ke airport pun elektrik tak ada lagi. Tak tahulah nak kata tidur macam apa semalam. Asyik tersedar aje sebab panas. Tapi berjaya jugalah tidur dengan lena dua jam sebelum pukul 6 pagi tu. Ingatkan taman perumahan aje yang blackout, rupa-rupanya kawasan kat jalan raya pun gelap tak ada elektrik. Agaknya dekat 1 KM atas jalan tu baru jumpa rumah-rumah dan tiang-tiang elektrik yang ada cahaya sinar menyinari alam hahaha :p

Mengantuk sangat dalam flight tadi, memang tidur aje kerja Hana. Sampai aje KLIA2 terus cabut dari arrival hall sebab lapar nak cari makan. Biasanya Hana makan kat Texas Chicken atau Uncle Lim's Cafe tapi kali ni rasa nak makan kat tempat lain pula. Singgahlah kat Wendy's.


Sebab masa tu baru pukul 9 pagi lebih, ada breakfast menu aje. Hana pilih set nasi ayam, ada nasi ayam, hash brown dengan pilihan air sama ada teh panas atau iced lemonade. Nasi ayam Wendy's sedap :) Lembut aje ayamnya tak ada nak risau sudu dan garfu plastik tu patah :p 

Alhamdulillah Hana sampai Kajang dalam pukul 12:30, transit ERL kat TBS lepas tu tukar KTM ke Kajang. Penat memang penat. Even dah tidur lepas Zohor tadi pun rasa mengantuk lagi ni. Nanti bila free Hana jenguk blog korang ya? 

Till then.
Wassalam.


Friday, February 5, 2016

676#Love Note ~ Bila Dah Nak FYP



Tengah hari semalam ingatkan nak tidur lepas Zohor sebab mengantuk, tapi bila dapat WhatsApp daripada housemates yang kata students of batch September 2013 dah boleh tengok senarai nama untuk FYP supervisors, tak lena tidur dibuatnya. Lagi lagi bila subjects tak ada lagi kat student portal. Tidur tidur ayam la jadinya :( Setiap kali bangun mesti bukak phone.

Akhirnya bila dah nak dekat Asar tu ada housemates hantar gambar senarai nama tu. Alhamdulillah Hana dapat lecturer yang Hana nak :) Senarai nama tu ikut susunan nama students dalam batch dan bermula dengan Dean hinggalah lecturer biasa. Hana dapat Miss Isnida, lecturer yang ajar Cell Biology dan Genetic masa Year 1 dulu :) Bila tanya senior, katanya Miss Is suka buat cell culture.

Actually I couldn't believe I would start FYP soon :p Semester ni baru FYP1 yang involve paper writing and presentation, masuk FYP2 ni barulah kami masuk lab. Memang tak boleh nak percaya tapi kena percaya juga :p Macam baru semalam aje masuk MESTECH alih alih batch kami pula jadi batch paling senior. 

Doakan semuanya berjalan dengan lancar ya? :) Yang pasti memang Hana akan bertambah sibuk lepas ni. Tengok senior sebelum ni pun sibuknya kemain (-_-')

Till then.
Wassalam.



Monday, February 1, 2016

671#Love Note ~ Day Out with Mama @Pasar Siti Khadijah


Semalam dah keluar berjalan kat KB Mall, hari ni pun Hana keluar lagi. Tapi hari ni keluar dengan mama pula :) Kami pergi Pasar Siti Khadijah dengan misi membeli bekalan makanan untuk Hana bawa balik Kajang hujung minggu ni :p Yalah bukan senang nak cari makanan dari Kelantan kat sana. Nanti kempunan pula.

Sebab dua dua tak pandai drive, kami cadang nak naik bas aje ke Kota Bharu tapi alang alang ada pak cik prebet kami naik prebet ajelah. Nasib baik jalan tak jam macam semalam. Hana dan mama sampai dekat area Parkson KB pun dah dekat pukul 10:30 pagi. Tapi itu pun boleh tahan ramai dah orang kat sana.

Mula-mula kitorang pergi ke tingkat 2 Pasar Siti Khadijah tu. Kalau nak cari makanan macam serunding, keropok keping dan macam macam lagi makanan kering bolehlah cari kat sana. Nak cari budu dan sos pencicah yang sedap pun boleh :p Mama belikan serunding, agar agar kering (sedap!), kismis dan gula gula kepala (yang tradisional punya). Itu pun mau habis RM50 sebab beli banyak. 


Lebih kurang macam ni lah kedai kedai kat tingkat 2 Pasar Siti Khadijah

Siap beli barang, kami ke kedai Mak Su Hana yang dekat bawah pasar. Mak Su asalnya berniaga kat Arked Uda, tapi sebab tempat tu kena renovate ke apa entah Mak Su pindah sini. Sibuklah tengok ramai orang datang beli emas dengan Mak Su hehe. Yang paling best mestilah sebab Mak Su belanja macam macam :p Dahla semalam Mak Su dah datang rumah bawa tomyam dan paprik sedap :p Dasar anak sedara kuat makan haha.


Ni antara guard pemalas kat kedai Mak Su. Tidur aje kerjanya.

Dekat pukul 12 tengah hari tu, Hana dan mama gerak ke stesen bas sebab nak balik rumah. Tapi mama ajak singgah Zon Ria kat area stesen bas tu. Merasalah dapat baju baru haha thank you mama :) Semalam masa kat KB Mall dah nak beli blaus tapi macam mahallah pulak. Blaus yang design lebih kurang Hana nak beli semalam dapat harga kurang 50% kat Zon Ria tu. Kalau kat tempat lain memang dalam RM40-RM60 harganya. Banyak pilihan pakaian, beg dan kasut kat situ. Bolehlah lain kali ajak mama ke situ lagi. Kalau tak fikir nak kena save duit untuk kolej memang shopping banyaklah tadi :p

Balik rumah memang penattt tapi puas hati :p Teringat zaman berhingus mama bawak naik bas kalau nak ke KB masa weekday sebab abah kerja. Even dah besar tapi tetap kenangan tu :) 

Till then.
Wassalam.

Sunday, January 31, 2016

670#Love Note ~ No Internet + Sushi Craving


Nak dijadikan cerita tengah malam Selasa lepas wifi kat rumah Hana buat hal. Habis musnah harapan impian nak tengok Cheese in the Trap Episode 7 and Episode 8 (T_T) Nak update blog, tengok drama online apatah lagi. Maaf ya tak balas blogwalking korang, insya-Allah Hana akan cuba trace balik mana-mana link sebelum ni :)

Sepanjang tak ada internet hampir seminggu ni memang kerja Hana habiskan buku yang current read dan tengok drama dan anime yang memang ada stok dalam hardisk. Dapatlah tengok Who Are You: School 2015 yang dah lama terperuk dalam hardisk tu sebelum Hana tengok Akatsuki no Yona, Akagami no Shirayukihime dan Kamisama Hajimemashita Season 2. Hana baca manga aje untuk Akatsuki no Yona dengan Akagami no Shirayukihime tu, sekarang baru tengok anime sebab manga lagi jauhhhh ke hadapan :p Kamisama Hajimemashita pun sama Hana baca manga, cuma dah tengok Season 1 sebelum ni.

Dalam pukul 10 pagi tadi Hana ke KB Mall. First time jejak kaki ke sana sepanjang cuti sem ni. Pergi pun bukan apa sebab adik yang ajak lagi pun Hana memang nak beli barang juga. Alang alang tengah mengidam nak makan sushi, ajaklah budak sorang tu pergi Sushi King. Kitorang jadi first customer :p

First time makan di Sushi King KB Mall, boleh tahan besar juga restorannya. Sebelum ni pernah makan di MetroPoint Kajang dengan The Mines aje. Ingatkan nak makan sushi dengan mixed bento, tapi kalau makan bento tu sah sah dah kenyang so Hana makan sushi aje.


Ambil lima piring, tapi makan tiga aje dah kenyang 

Mungkin Hana akan review buku yang Hana baru habiskan lepas ni. Rindu betul bila tak boleh blogging minggu lepas :(

Till then.
Wassalam.

Tuesday, January 12, 2016

655#Love Note ~ 16 Personaliti, Yang Mana Satu?


Pernah dengar 16 Personalities Test tak?

Ujian ni diadakan untuk lihat kita tergolong dalam personaliti mana. Ada enam belas personaliti kesemuanya dan terbahagi dalam empat kumpulan - The Analysts, The Diplomats, The Sentinels and The Explorers.

Sebelum ni Hana terdengar aje pasal ujian ni tapi tak pernah buatlah pula. Kemudian ada kawan Hana shared the link untuk buat personaliti test ni. Alang alang tu buat ajelah kan?  

Walaupun kita dah tahu kita tergolong dalam kumpulan mana tapi ingat, apa yang dipaparkan lepas habis jawab semua soalan tu hanyalah arah kita, kat mana personaliti kita lebih terserlah sebab each one of us still act based on the influences of environments, experiences and individual goals. This personalities test is just to show, indicate our tendencies. 


Ada dalam 100 soalan semuanya, insya-Allah tak ambil masa yang lama. Cuma kalau nak ambil ujian ni kita kena betul betul jujur. Akan ada soalan yang kita rasa 'Erghh nak pilih mana satu ni?' tapi cubalah cari pilihan yang hampir tepat.

I got Defender (ISFJ-T). Surprisingly the results were almost accurate. Rasa macam kena baca lak haha :p Memang semua traits untuk Defender ada kat Hana, bab introvert memang nombor satu. Tapi tak adalah extreme sangat, kalau dah ada dengan my bestfriends memang menggila jugalah jadinya.
 


Bahaya betul banyak ikut emosi masa buat keputusan tu :( And yes I prefer to do things in order, memang patutlah tinggi kat Judging. Rasa tak selesa kalau buat sesuatu tanpa plan apa apa. I will feel more comfortable when the decisions have been made and organised. I'm not the type to do spontaneous things. Kalau tinggi kat Prospect maknanya korang suka buat benda secara spontan, tak kisah tak ada buat plan pun. 

The Turbulent is quite high too haha. Memang Hana lebih kepada self-conscious perfectionist, risau sangat kalau buat benda tak perfect dan risau macam mana orang lagi fikir Hana ni camne :p Walaupun ada pro dan kontra lagi rasa macam bahaya kot kalau terlebih lebih self-conscious nya.

Kalau nak cuba boleh pergi ke SINI. Jawab dengan jujur tau ;)

Till then.
Wassalam.

Monday, January 11, 2016

654#Love Note ~ Lebih Mewah atau Tidak Mampu?


Beberapa hari ni kecoh dengan kisah pelajar yang pinjam duit tabung masjid, tidak makan sampai terkoyak usus, tak boleh makan sebab tak ada duit. Ada yang bersimpati tapi ada yang pukul semua pelajar universiti sama rata - pelajar lebih banyak habiskan duit belanja dengan bermewah-mewahan sampai tiada duit. Tapi betul ke?



As an uni student myself, memang terasa juga dengan statement macam ni. Memanglah Hana tak adalah ikat perut sampai kena masuk ER, kena pinjam duit tabung masjid tapi faham perasaan pelajar yang kena ikat perut tu. Walaupun elaun MARA masuk setiap bulan tapi lepas tolak duit rumah sewa, duit printing, duit Unifi, cuma tinggal beberapa ratus aje lagi. Itu tak campur kalau kena tolong parents bila mereka memerlukan. 

Memang ada uni students yang hidup mewah, dapat aje duit belanja terus pergi shopping, makan di restoran mahal atau beli gadjet baru. Tapi apa yang ditunjukkan pada Instagram, Facebook dan Twitter mereka tu tak bermaksud semua pelajar sama sahaja. Malah mungkin apa yang ditunjukkan di media social mereka itu pun tak seperti apa yang kita fikir. Apa yang kita tahu di sebalik gambar yang mereka tunjukkan itu? Mungkin gambar atau status itu sekadar melepaskan craving mereka lepas lama ikat perut?

Tak tahulah pasal JPA dengan PTPTN, tapi MARA students memang ramai makan Maggi lah tiap hujung bulan hehe


Ambil contoh daripada pengalaman Hana sendiri, bukannya tak pernah dapat elaun terus ajak kawan makan ke tempat yang best sikit, contohnya Nando's. Memang makan kat situ mahal tapi kalau sekali atau dua kali sebulan rasanya tak salah. Kita pun ada craving masing masing, bukannya ibu mengandung aje ada :p Tak salah pun uni students nak merasa makan di tempat macam tu asalkan bertempat jugalah masanya. Kalau dah tiap tiap hari atau tiap tiap minggu manalah duit belanja tak cepat habis.

We as uni students kena pandai bahagi peruntukan belanja. Hana akan beli stok makanan kering dan basah setiap kali dapat elaun masuk. Sekurang-kurangnya dengan masak kat rumah sewa tu bolehlah kurangkan makan di luar. Tapi kalau dah buat macam tu pun duit belanja tak cukup nak buat macam mana. Ada aje perkara lain yang memerlukan duit walaupun kita cuba nak berjimat.

Harap harap akan lebih banyak suspended food program diadakan di mana mana IPT. Dapat bantu pelajar yang memerlukan sedikit pun jadilah. Kesian sangat bila baca ada yang sampai terpaksa pinjam duit tabung masjid :(

Till then.
Wassalam.



Friday, January 8, 2016

651#Love Note ~ Tiada Lagi Semester 5


Mula mula nak minta maaf sebab Hana tak dapat nak balas kunjungan rakan bloggers lain. Pagi tadi ada last paper for Semester 5 lepas tu Hana terus rushed pergi airport takut terlepas flight. Kang terlepas menangis tak berlagulah kat airport tu hehe.

Alhamdulillah pada pukul 11 pagi tadi dengan rasminya Hana dah tamat pengajian untuk Semester 5. Sungguh, macam tak percaya ada tiga semester saja lagi, dua semester untuk FYP dan semester akhir untuk intra. Rasa macam baru semalam jadi pelajar Sem 1.


Me and some of my housemates YGG13. Ada yang dah balik kampung. Jumpa empat minggu lagi!

Sekarang ni mulalah cuak fikir nak buat FYP pasal apa, dapat supervisor macam mana, nak bahagikan masa untuk study lagi. Kalau boleh rasa nak putar masa balik ke Sem 1. As I'm turning 22 this year I could feel the responsibilities on me. Bukan nak kata sebelum ni tak ada sense of responsibility tapi bila dah makin meningkat usia ni rasa makin banyak benda kena fikir. Boleh beruban rasa kepala ni hahaha.


The picture from above. Cantik sungguh :)

Tak apalah, apa pun Hana nak enjoy cuti empat minggu ni. Lepas ni mana boleh enjoy sangat dah. Nanti Hana balas blogwalking korang ya :) Insya-Allah akan join mana mana GA dan segmen korang tu. 

Till then.
Wassalam.


Broaden News