Sunday, April 5, 2015

639#Love Note ~ Melawat Istana Jahar

 
 
15 Mac 2015 yang lepas Hana pulang ke Kelantan. Cuti seminggu untuk mid sem break. Awal awal cuti tu memang tak ke mana-mana. Hari Sabtu dekat nak balik kampus tu barulah dapat pergi berjalan. Itu pun berdua aje dengan kawan Hana sebab kawan kawan yang lain semua dah nak balik uni masing masing.

Alkisahnya Thirah WhatsApp malam sebelum tu, ajak temankan dia pergi meeting Syria Care kat Masjid Muhammadi. Alang alang dah ada kat area tu, kami pergilah Muzium Negeri Kelantan aka Istana Jahar. Dekat dengan Kampung Kraftangan.

Memang tak pernah jejak Muzium Negeri Kelantan ini padahal bayaran RM2 aje untuk sekali masuk. 





Kamar beradu untuk pasangan diraja.

 Pitis. Syiling lama negeri Kelantan.


Kebanyakan barang dalam muzium ni barangan diraja dahulu kala. Daripada kereta kuda, senjata senjata yang digunakan dahulu sehinggalah kamar beradu untuk pasangan pengantin baharu. Ukiran dan seni bina Istana Jahar ini cantik dan masih terpelihara walaupun istana ini sudah lama dibina.

Till then. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)