Friday, March 18, 2016

691#Love Note ~ Mencari Rumah Sewa di Hidup.my


Golongan yang masih belajar, baru aje bekerja atau bina rumah tangga, kebanyakannya memang selalu pening kepala fikir nak cari rumah sewa, kan? Bila dapat yang murah, jauh dari tempat belajar/kerja. Dapat yang dekat dengan tempat belajar/kerja pula, sewa pula yang mahal. Masa Hana dan housemates nak cari rumah sewa dulu pun pening kepala. Alhamdulillah jumpa rumah yang selesa, sewa murah dan dekat dengan kampus.

Nak memudahkan pencari rumah sewa dan juga tuan rumah sewa, sekarang ni ada satu website yang khusus untuk mencari atau mengiklankan rumah sewa. Biasanya kita akan cari di Facebook atau pun kat Mudah.my, atau daripada mulut mulut orang tapi website ni akan lebih memudahkan pencarian kita.


Hidup.my masih lagi baru tapi insya-Allah boleh memudahkan urusan sesiapa yang nak mencari rumah sewa. Bukan itu aje, bakal penyewa pun boleh cari mana-mana bakal housemates untuk tinggal bersama-sama dalam rumah sewa tu. The price range is from RM0 to RM2000. Hidup.my ni boleh dikatakan dapat membantu golongan low or middle income mencari tempat tinggal apatah lagi zaman sekarang ni memang susah nak cari rumah sewa yang murah. 

Hidup.my interface is mobile-friendly. Hana dah cuba buka guna phone, memang mudah nak guna, tak leceh langsung. Bonus points sebab Hidup.my masih tiada aplikasi yang boleh di-download. Korang boleh buka nak cari rumah sewa sama ada guna laptop atau phone. 


Zaman ekonomi tengah gawat ni, antara langkah yang bijak untuk urus kewangan dengan baik adalah dengan mencari rumah sewa yang murah dan berpatutan harganya. Ini tidak, kalaulah gaji RM1.5k, sewa rumah pula RM1k macam manalah nak hidup dengan baki duit gaji tu? Setidak-tidaknya, bila dapat cari rumah sewa dengan price range yang berpatutan, bolehlah buat jimat duit tu.

Till then.
Wassalam.

Note: I'm gonna review the books I've read later. Thank you!


Tuesday, March 8, 2016

690#Love Note ~ Mama Sakit


Tengah hari semalam dapat berita tak best. Mama WhatsApp kata baru balik dari hospital. Biasanya mama pergi check up sebab ada darah tinggi dan diabetes. Hana tak expect pula yang kali ni bukan untuk check up. Mama kena strok ringan pagi tu, abah bawa pergi hospital terus.

Mama kena diagnose dengan 'Right CVA with left hemiparesis.' Bahagian kiri tubuh mama dah tak kuat macam dulu. Even strok ringan, tapi still bahaya macam strok biasa. Nak berjalan pun dah perlahan. Apatah lagi nak buat benda berat.



Hana balik cuti mid sem lambat lagi. Tak senang duduk dibuatnya walaupun mama kata tak ada apa-apa. Macam mana tak risau kan? Ni bukan darah tinggi biasa, tapi dah masuk ke strok. Tak tahu macam mana nak describe bila Hana dapat tahu. Mula takut kalau Allah nak ambil mama lebih cepat daripada yang Hana bayangkan. Hana minta jauh sangat. Umur mama baru 46 tahun tapi Allah dah uji dengan penyakit macam ni. Alhamdulillah setakat ni abah tak ada sakit apa-apa, kecuali pernah kena gout sekali dulu. Teringat kat arwah Tok Mek, nenek Hana belah mama yang meninggal tahun 2005. Tok Mek dulu pun strok juga.

Kat rumah sekarang ada abah, Imi yang Form 5 dengan Neesa kecik tu. Yang perempuan lain tak ada. Adik perempuan Hana kat Terengganu, dia pun lambat lagi cuti. Tak tahulah macam mana kerja rumah tu. Harap harap mama tak buat kerja berat sangat dah.

Minta tolong doakan mama Hana ya? Terima kasih.

Till then.
Wassalam.


Sunday, March 6, 2016

689#Love Note ~ Makan Sedap di Kenduri Kahwin


Dah hampir seminggu tak ber-update blog ni. Nak buat scheduled post pun tak menyempat. Maaflah sebab tak dapat balas balik kunjungan korang sebelum ni. Insya-Allah Hana selesaikan satu satu nanti. 

Weekend lepas Hana teman kawan pergi kenduri kahwin sepupu dia kat Selayang. Uish jauh sungguh dari Kajang ni ha. Pergi bertiga; Hana, Iza dan Bad. Kitorang kawan satu batch lepas tu sama sama SRC sebelum ni. Bertolak dalam pukul 6:30 PM sebab takut jam pula jalan tu. Masuk aje KL hujan lebat turun. Nasib tak terlanggar divider masa nak masuk Tol SMART tu sebab tak nampak. Kalau tak ya Allah tak tahulah nak cakap apa. Memang hujan memanjang sampailah kitorang dah lepas tol nak masuk kawasan Gombak/Selayang.




Mula-mula kitorang singgah solat kat kawasan perumahan sebelah Hospital Selayang. Asalnya nak berhenti solat masa awal Maghrib tapi sebab hujan lebat sangat kitorang tunggu sampai Selayang. Alang alang waktu Isyak pun dah nak masuk, kitorang tunggu Isyak dulu sebelum pergi ke tempat kenduri. Pukul 9 PM macam tu sampailah kat dewan tempat kenduri.




Kenduri kahwin sepupu kawan Hana tu dibuat kat Ideal Convention Center Selayang. Ni first time Hana datang Selayang dan dewan ni. Mula-mula masuk dewan tu rasa macam masuk wedding yang tayang kat TV3 tu haha. Dahlah awkward tak kenal orang. Dewan besar sangat tapi semua meja tak penuh pun. Senanglah nak cari meja untuk makan.

Hidangan disediakan secara buffet. Kami makan nasi dulu. Memang rambang mata nak memilih haha ada udang butter, rendang daging, ayam berempah dll. Nasi pula nasi beriani :p Ambil sikit aje sebab Hana lagi fokus kat dessert hahaha banyak dessert menarik. Bertambah tambah makan dessert lepas tu. Maaf ya tuan punya kenduri haha sedap sangat. Pandai betul pilih catering untuk majlis.






Lama juga kami kat situ. Duduk sana sampailah pukul 11 PM lebih macam tu. Orang pun dah tak ramai. Sempatlah tengok pasangan pengantin duet sebuah lagu. On the way balik ke Kajang, Iza nak singgah Dataran Merdeka so singgahlah kat sana. Ramai juga orang tengah tengah malam macam tu pun. Yang datang dengan family pun ramai. Seronok juga ambil angin malam ni. Hana pun dah lama tak ke Dataran Merdeka waktu malam macam tu. 




Balik aje dari dataran tu Hana memang tak sedar apalah. Tidur aje kat belakang kereta. Sedar-sedar dah sampai rumah sewa. Nasib baik tak mimpi makanan sedap sedap tadi :p Boleh kata inilah first time Hana pergi kenduri kahwin macam ni. Yalah, memang jarang pergi kenduri pun sebab malas. Kalau bukan Iza yang ajak memang tak akan pergilah :p

Till then.
Wassalam.


Broaden News