Friday, June 9, 2017

696#Love Note ~ [Resipi] Nasi Goreng Tomyam


Alkisahnya, dari next week lagi Hana mengidam nak makan nasi goreng tomyam. Macam boleh rasa aje pedas pedas masam tomyam tu haha dahlah tengah puasa masa tu. Harap tak makhruh lah jadinya. And yesterday I bought tomyam paste, original from Thai punya. Kiub tomyam Knorr berbaki lagi dalam peti tapi rasa tak upmhh, kena guna tomyam paste jugak.

Dah lama tak makan nasi goreng sebab I'm on diet since the last three months. Tapi sebab dah nak hampir my target weight, kira cheat day lah dengan nasi goreng tomyam ni. Nasi goreng memang ada banyak kalori! So tak boleh makan selalu.

So, untuk berbuka semalam kitorang makan nasi goreng tomyam plus sirap cincau. Dah bosan makan nasi putih sebenarnya. It was my first time cooking in Ramadhan haha tak beranilah takleh nak rasa rasa ni. Saya kan budak baru belajar.

Alhamdulillah menjadi even campak campak aje. Abah siap tambah dua pinggan (atau mungkin sebab lapar :p). Tak apalah yang penting jadi. So here it is. Resipi ikut ingatan aje lah ya. Sedap kalau makan panas panas ni.


Bahan bahan (4-5 orang):
  •  Nasi putih 1 mangkuk 
  • Bawang merah 2 biji (cincang)
  •  Bawang putih 4 ulas (cincang)
  •  Cili merah 1 biji (potong)
  •  Serai 2 batang (titik & potong)
  • Tomyam paste 2 1/2 tbsp
  •  Kicap manis 1 tbsp
  •  Sos tiram 1 tbsp
  •  Air 1/2 cawan
  •  Olive oil 2 tbsp (palm oil pun okey)
  •  Udang (buang kulit)
  •  Crab stick (potong)
  •  Daun limau purut (potong dua, buang urat tengah)
  •  White pepper 1/2 ts 
  •  Sayur (ikut citarasa. Hana guna sawi)
  •  Garam (Hana tak guna, paste + sos tiram dah ada garam) 


Masak:
  •  Panaskan olive oil dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  •  Bila dah naik bau, masukkan tomyam paste, kicap manis dan sos tiram, cili merah dan daun limau purut. Kacau. Masukkan air.
  •  Masukkan udang dan crab stick. Kacau.
  •  Masukkan nasi dan sayur. Letak white pepper. Kacau hingga sebati. Hidangkan.


Turutan tu ikut apa yang Hana rasa nak buat :p Boleh letak lauk lain kalau suka. Sotong ke, ayam ke. I don't favour sotong jadi tak letak. Kalau nak kalori yang baik, boleh guna olive oil instead of palm oil. I used olive oil sebab tengah diet haha. Daun limau purut tu racik pun boleh tapi sebab Hana tak suka telan sekali dengan nasi, Hana potong dua. Kena buang urat kat tengah tu, barulah makin naik bau tomyam tu ;) Sama kes dengan serai. Kalau tak nak telan silalah potong besar sikit, jangan halus halus. Senang nak buang. And garam. Kalau memang suka letak garam, boleh letak sikit. Kandungan garam dalam paste, kicap dan sos tiram dah tinggi. Sebolehnya elak.

Mana yang terkurang atau terlebih tu mohon dimaafkan ya. Selamat mencuba!

Till then.
Wassalam.   


Monday, June 5, 2017

695#Love Note ~ Serikan Baju Dengan Manik



Alang alang dah mula cuti ni, I decided to make one of my blouses look new. Konon konon transformasi lah ni. Dah lama intai intai nak beli beads yang cantik menawan, tapi sekarang baru berkesempatan. Yalah, sebelum ni memang tak akan sempat bila nak buat leasure activity macam ni. Kononnyalah. Padahal pemalas.

I ordered some beads from LBRS. Memang selalu usha hasil kerja dan beads yang diorang jual sebab semuanya cantik dan murah. I WhatsApped the admin and alhamdulillah, cepat aje beliau balas. Beads ni baru sampai petang semalam. Lepas Asar terus buat sesi menjahit manik.

Jahit kat tepi baju, tapi buang balik. Nak jahit kat shawl pula :p

 Dekat sleeve baju

I bought six flowers (two different designs), six resin matte (batu kecik pink macam teardrop tu) and two iron-on roses lain warna (yang ni nak lekat kat tudung adik) for RM15.50 tak termasuk postage. Semua manik dia senang nak jahit. The flower ones pulak memang dah jadi satu macam tu. Tak payah susah-susah nak amik satu kelopak ni nak cantum dengan kelopak lain. Tak tahulah kedai lain jual macam mana, sebab pernah tengok housemate bought some beads untuk projek dia, semuanya kena jahit satu satu. Nampak leceh dan makan masa.




Kalau nak usha hasil projek LBRS, boleh terus ke lbrsmy. Selain jual beads, mereka ambil khidmat jahit manik secara pukal juga. Memang cantik tengok hasil yang mereka shared on their IG. Baju yang nampak lama boleh nampak baru dan makin cantik ;)




Kalau rasa nak tengok beads apa yang dijual, boleh ke lbrscatalog. Kat sini boleh tengok gambar dengan jelas siap dengan kod, saiz dan harga sekali. Resin matte yang kecik kecik tu boleh beli dalam kuantiti yang sikit. Tak perlu beli pukal sebab saiz macam tu. Harga pun tak sampai 50 sen satu.

Memang rasa nak beli lagi lepas ni because I love how beads could make a blouse/skirt look new and elegant. Tapi jangan letak banyak sangat pula. Nanti nampak semak.

Till then.
Wassalam.


Friday, June 2, 2017

694#Love Note ~ Finally! INTRA Dah Habis


Alhamdulillah. INTRA dah habis lepas empat bulan.

Lega. Serius lega.

I did my internship at KPJ Perdana Kota Bharu. Well, since it was quite close to my home. Dekatlah kan kalau setiap kali pergi ambil masa tak sampai 30 minit. 

Kalau nak ingat balik pasal internship placament ya Allah tak tahulah nak cakap apa. I didn't get any place till the last minute! Alhamdulillah ada housemate dia dapat sini tapi she decided to opt for HRPZ instead. So here I was for 4 months.

I learned quite a lot. No. Seriously a lot. Semua staff kat lab mesra dan senang nak mintak tunjuk ajar. I've heard a good deal about them from my senior yang pernah intern kat sini and I was like, thank you Allah for these good people!

Pagi semalam ada lecturer visit from MESTECH. Nasib baik juga ada lecturer visit, kalau tak kena pergi Kajang semata mata nak present benda ni aje. And I enjoyed (even though a bit nervous) the presentation. The lecturer assigned to visit us was very good. Part yang tak banyak soalan lagilah kami suka. Thank you Dr. Haida :)



With Dr. Norhaida and Encik Faiz, our SV here


Thank you so much for these 4 months (kecuali Kak Mila & Encik Kama takde in the picture)

My convocation is should be on October 21st, but I still didn't know the details. Sekarang ni fikir nak rehat jap sempena Ramadhan dan fikir pasal kerja lepas ni. I want to work and earn my own money. And I want to continue writing stories lepas setahun tak tulis apa-apa sebab bercinta dengan thesis punya pasal.

Till then.
Wassalam.

Nota: I don't know why tapi bila komen kat other blogs tak keluar komen. Sebab interface baru ke?

Broaden News