Showing posts with label Adat. Show all posts
Showing posts with label Adat. Show all posts

Wednesday, August 9, 2017

702#Love Note ~ Merajakan Anak Lelaki




Terbaca tweet one of my acquaintances kat Twitter pasal beratnya tugas sebagai kakak sulung. I'm the eldest as well so I was intrigued. Rupanya pasal setiap kali dia balik ke rumah masa cuti semester, tugasnya dah macam jadi bibik kat rumah. She's the only girl dan adik-adik semua lelaki. I don't have anything to say about her doing houseworks, tapi yang kasihan bila adik-adik tak ada yang menolong. Hanya dia seorang yang membantu ibu buat kerja.

Perkara ni selalu jadi isu, tambah tambah musim raya lepas bab cuci pinggan. Rasanya raya tahun lepas pun timbul isu ni. Yang jadi isu bila anak-anak dan cucu-cucu perempuan bertungkus lumus kat dapur basuh pinggan dan kemas rumah sedangkan yang lelaki keluar melepak. Memang hanginlah jawabnya.

Ramai lagi keluarga Melayu yang merajakan anak lelaki dan menghambakan anak perempuan. Kalau perempuan tak reti masak atau buat kerja rumah mulalah dilabel anak dara pemalas. Tapi bila anak lelaki kerjanya hanya melepak kat luar atau main phone depan TV, tak ada teguran langsung.

I know that biasanya anak lelaki ditugaskan dengan tugas lebih berat macam baiki kepala paip, tukar tayar atau tukar mentol lampu but those aren't daily works. I feel sorry to my friends and anyone out there yang ada masalah ni. 


I'm the eldest child and a girl. But I won't let my brothers bermalas-malasan aje tanpa buat apa-apa. Masing-masing dah besar, dah remaja. Takkan basuh pinggan sendiri pun tak reti? I would assign them to fold the clothes, hang the laundry, sweep the floor and wash the dishes kalau mereka ada kat rumah. Alhamdulillah mereka tak melawan. Kalau lambat sikit pun, kerja tetap jalan.

My late mother was a housewife so memang kerja rumah banyak mama yang buat. Bab buang sampah, daun-daun kering kat halaman rumah pula biasanya abah yang settlekan. And bila mama kena strok kali pertama, abah ambil alih tugas laundry dll yang agak berat. I'm so glad sebab abah bukannya seorang bapa yang anggap tugas-tugas dalam rumah ni tugas kaum perempuan aje. And now, even though I'm still jobless dan duduk aje kat rumah, abah would still help around the house. Tapi taktaulah kot abah fikir takleh nak harap lagi ke anak dia ni haha :p Kalau Hana masak, biasanya abah yang basuhkan kuali semua tu. Yalah, kat rumah ni ada Hana, abah dan Neesa si bongsu aje. Yang lain-lain semua kat asrama. Thank you for the help, abah.

Tapi wujud juga abang dan adik lelaki yang dah puas disuruh tapi buat dek aje. Once, I read a confession about this issue. The confessor is the second child, a brother if I'm not mistaken. Dia cerita pasal ibu dan kakak dia yang penat dan stress sampai jatuh sakit sebab the men in the house langsung tak membantu. Semua kerja diuruskan oleh ibu dan si kakak. Mula-mula dia ego, fikir tak ada apa-apa pun and then when he heard his sister said 'The only time I'd be happy is when I'm away from home. Jauh daripada korang', he started to change. Alasannya? Dia tak nak hilang ibu dan kakak dia. Dia mula kerah adik-adik yang lain tolong buat kerja juga. Using his authority as a brother at its best. 


Apa salahnya kalau kita mengajar anak-anak atau adik-adik untuk buat kerja sama-sama? Bila yang perempuan memasak, yang lelaki tolong basuhkan periuk dan kuali. Bila yang lelaki sapu sampah, yang perempuan tolong sidaikan kain. Insya-Allah kalau dilatih dari kecil tak akan timbul isu macam ni. Biasanya anak yang diasuh untuk ringan tulang nilah anak-anak yang banyak membalas jasa ibu bapa mereka. Jangan sampai mereka dah berkeluarga pun ibu-bapa yang tanggung.

Till then.
Wassalam.


Wednesday, February 3, 2016

674#Love Note ~ [Review Buku] Gadisku, Wan Adnin


Sebab dah lama tak review buku tempatan, kali ni Hana nak review karya Noor Suraya berjudul Gadisku, Wan Adnin. Hana memang peminat buku-buku keluaran Jemari Seni (termasuk Jemari Seni Adiwarna). Sebelum ni pernah baca Jaja & Din karya Kak Su masa zaman sekolah menengah dulu. Jaja & Din memang best :) 



Read: From April 3 to 7, 2015
Rating: 4.8/5

cinta itu kurniaan Allah
jatuh dalam hati-hati hamba-Nya

Wan Adnin satu-satunya cucu perempuan Wan Suhaidah. Neneknya itu wanita aristokrat yang hidup dalam zaman yang salah. Dia mahu tentukan pasangan hidup Adnin. Dia mahu Adnin mendapat suami yang sedarjat. Satu per satu pinangan orang Wan Suhaidah tolak sehinggalah hadirnya Ahmad Akhtar...

Jadi apa yang Adnin pilih? Ikut rasa Tok Bondanya, atau ikut kata hati! Tapi kata peribahasa lama pula, ikut rasa... binasa, ikut hati... mati!


Adnin hidup menumpang kasih Tok Bondanya sejak dari kecil lagi. Tok Bonda memang asuh Adnin untuk jadi perempuan Melayu terakhir. Dengan sopan santunnya selalu berbaju kurung dan bertudung bawal, pandai hal-hal rumah tangga dan juga menekat benang emas. Tak pernah Adnin langgar kata-kata Tok Bonda walaupun dia selalu juga memendam rasa.

Bila timbul isu siapa yang layak menjadi suami Adnin, Tok Bonda memang tegas. Tok Bonda cuma mahukan lelaki yang berketurunan darah biru sama sepertinya juga. Bagi Tok Bonda lelaki daripada keturunan marhaen langsung tidak layak untuk Adnin walaupun Adnin lebih mementingkan hati budi. Bila Akhtar muncul, sekali lagi Tok Bonda cuba menghalang lelaki keturunan marhaen seperti Akhtar meminang Adnin. Tapi Akhtar bukan sebarangan lelaki. Tok Bonda tersilap langkah.

Masa baca buku ni, memang Hana rasa geram sangat dengan Tok Bonda. Tak kisah pun kalau Tok Bonda nak pentingkan adat dan tradisi, tapi bagi Hana patutnya Tok Bonda pentingkan perasaan Adnin sebagai cucu kesayangannya. Bukannya sebarangan memberi arahan yang memang Adnin tak akan bantah.

Selain Akhtar, Raja Izhar turut nak meminang Adnin. Tok Bonda memang berkenan pada Raja Izharlah sebab keturunannya. Walaupun Hana suka Akhtar dengan Adnin tapi Raja Izhar pun lelaki yang baik. Walaupun Tok Bonda yang memilih Raja Izhar, tapi kalau Adnin disatukan dengan Raja Izhar pun tak mengapa. Alahai. Akhtar dan Raja Izhar dua-dua lelaki yang baik :) Betullah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Adnin memang bertuah.

Pada masa yang sama, Adnin terjumpa surat-surat lama dari zaman Kedah berperang dengan Siam dalam teratak Tok Bonda itu. Rasanya kalau jelaskan lagi kisah Wan Yusuf penulis surat-surat itu lagi best :) Walaupun sekejap aje, tapi rasa sangat Wan Yusuf pernah hidup pada zaman perang Kedah-Siam itu.

Berbalik pada kisah Adnin, siapa sangka ada halangan besar untuknya disatukan dengan Raja Izhar. Semuanya berkaitan dengan kisah lama Tok Bonda dengansalah seorang ahli keluarga Raja Izhar. Adakah selepas semua ini, Akhtar mampu menawan hati Tok Bonda untuk membenarkan dia meminang Adnin pula? Bagaimana pula dengan Tok Bonda? Adakah beliau akan berubah? Boleh dapatkan buku ni kalau nak tau :p

Till then.
Wassalam.



Broaden News