Showing posts with label Aidiladha 2017. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha 2017. Show all posts

Monday, September 11, 2017

718#Love Note ~ [Resipi] Daging Masak Merah


Bila dah masuk Aidiladha ni, bekalan daging korban kat dalam peti ais mesti banyak berbanding sebelum ni. Hana tak pernah beli daging lembu. Biasanya beli daging ayam, kambing atau ikan. Daging kambing memang perap sos BBQ aje sebab abah suka makan macam tu. So Aidiladha is the month I could polish my cooking skills involving meats hahaha kalau tak mahal nak beli sendiri. 

Me and my family love daging masak merah. Kalau pergi restoran masakan Thai biasanya akan order tomyam ayam, daging masak merah, kailan ikan masin dan telur dadar. Sedap makan panas panas dengan nasi. So I thought to make daging masak merah hari ni. Lupa pula nak buat telur dadar sekali. Kalau tak lagi best rasanya.

I used Puan Azie's recipe. Ada sedikit berbeza sebab ada bahan yang Hana tak ada kat dapur dan ada Hana tambah bahan lain. Kena pandai pandai adjust sendiri. Puas hati juga dengan rasanya. Lebihan daging korban lain Hana macam teringin nak buat bihun sup. Insya-Allah kalau sempat.  



Kredit: Puan Azie


 Bahan-bahan:

  • 500g daging lembu (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1/2 cawan air
  • 1 batang lobak merah (hiris)
  • 1 biji capsicum (hiris)
  • Pewarna merah
  • Garam dan gula

Cara-cara:

1. Rebus daging yang telah dihiris dengan sedikit pewarna merah. Rebus sehingga empuk.
2. Goreng daging di dalam kuali sehingga kuning sedikit. Ketepikan.
3. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kisar. Kacau sehingga garing.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan lada sulah. Kacau hingga sebati. Masukkan air.
5. Masukkan daging, lobak merah dan capsicum. Kacau. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Hidangkan bersama-sama nasi putih.


Masakan ini senang dan boleh dibuat sesiapa yang baru belajar masak. Daging tu sebenarnya Hana nak hiris nipis nipis sebab suka macam tu tapi abah dah potong dadu hahaha guna ajelah mana yang patut, takkan nak membazir pula.

Apa yang korang cadang nak masak dengan daging korban tu? :)

Till then.
Wassalam.


Saturday, September 2, 2017

713#Love Note ~ Aildiladha Tahun Ini


Aidiladha tahun ni tak terasa meriah sangat. Syikin, my younger sister tak balik sebab tengah praktikal kat Pahang and since September 2nd would mark my mama's first year since she was gone for good, we didn't really feel like celebrating Aidiladha.

Lepas solat raya, pergi rumah Mak Idah, my abah's elder sister. Mak Idah buat nasi kerabu for pagi raya. Makan sikit aje sekadar nak alas perut. Lepas tu pergi rumah Mak Ani, my late mama's eldest sister. Kebetulan Mak Su ada sekali, meriah sikit rasanya dok bercerita hahaha. Memang Hana lagi banyak bercerita dengan my mom's side. Rapat lagi dengan sepupu belah sana juga. But I don't have bad relationship with my dad's side, it's just an okay relationship. Entah kenapa ada awkward sikit dengan sepupu belah abah padahal ramai perempuan juga.


My cousin, Kak Anah tengah menggulung roti jala. Mak Ani tempah roti jala tapi kuzi ayam buat sendiri. Memang tak sah kalau tak ada roti jala dan kuzi ayam kat rumah Mak Ani. Rumah Mak Ani sama aje dengan rumah Mak Su, banyak kucing so seronoklah main dengan anak anak bulus tu. I love to have a cat and I got to live with Jamer and Baby for a while kat rumah sewa tapi teringin juga nak bela kat rumah but my mama was always afraid of cats so sah sah lah tak boleh bela. Pujuk juga abah bela konon bagi alasan ada kucing teman abah nanti tapi abah tolak mentah mentah hahaha tunggulah I'd keep a cat or two in the future :p

I don't know why tapi Neesa suka sangat senyum camtu hahaha macam konon konon malu nak senyum :p

I'd get back to work on Saturday. I'll post a short entry about my first job. It's a temporary job but I think it's better than I'm lazing around doing nothing in my home. Hope you guys have a blessed Aidiladha! Jangan makan daging banyak sangat, nanti ada juga yang sakit kalau makan tak berjaga-jaga.

Till then.
Wassalam.

Broaden News