Saturday, January 22, 2011

19#Ai no Kotoba ~ Watashi no Yume wa Nihon Go no Sensei ni Naritaidesu :)

kali ini aku mahu cakap sal impian aku pulak~
apa impian aku ya?
aku nak jadi...


Nihon Go no Sensei!!!!!
sama dengan sensei aku, Petani Sensei^^
kitorang panggil Pet sensei aje


korang agak yang mana satu sensei aku? yang baju hitam, coklat atau putih?
sudah semestinya yang berbaju putih tu~
kecik molek je tuannya
:D


memang aku minat betul2 dengan Nihon Go nie..
tambah2 lagi lepas aku selesai je menduduki Japanese National Exam last year untuk mendapat sijil national 
kata sensei, kalau nak apply uni kat Aussies ke, UK ke, boleh gak dengan sijil tu
tak semestinya kalau nak ke Jepun aje..
bak kata sensei kesayangan kami ni, jadi aset penting la sebab bukan semua orang ada sijil bahasa asing~

time Pet sensei kat Jepun
3 bulan dok kat Jepun beberapa bulan before aku PMR
dahlah elaun untuk 3 bulan tu dapat banyak
jealous
:p

semalam, aku tengah dok kat dapur sebelum tiba2 aje abah aku panggil
aku keluar dari dapur, then duduk tercongok depan TV
aku tanya, " nape?"
abah aku suruh je duduk depan TV
lambat gak menunggu sebelum abah suruh aku baca caption yang ada kat bawah time Buletin Utama tu
memang tak berkelip mata aku baca caption tu
nak tau caption apa?
hehe~

Kerajaan Jepun Menawarkan Biasiswa Bagi Pelajar Malaysia Untuk Pengajian Jepun, Latihan Guru di Jepun

rasa cam tak caya aje bila baca caption tu
aku pun tunggu lagi, tunggu caption tu u-turn balik
lama menunggu, barulah ada balik caption tu

aku nak!!!!!!!!!!!

awal pagi lagi aku cari info sal benda nie
then, aku jumpa artikel ni kat website

o

Tawar Program Latih Guru Bahasa Jepun'
PROGRAM Praperkhidmatan Bahasa Jepun perlu diperkenalkan bagi meningkatkan jumlah tenaga pengajar bahasa berkenaan di sekolah menengah.
Ketua Jabatan Bahasa Antarabangsa, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA), Dr Zahedah Abdul Hafiz, berkata program latihan guru itu wajar dilaksana dengan kerjasama universiti di Jepun dan ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menerusi program dicadangkan dilaksana enam tahun itu, katanya, pelajar akan menjalani program asasi, tahun pertama dan akhir di IPGKBA, sementara tahun kedua dan ketiga di universiti Jepun. 
Beliau turut mencadangkan seramai 15 calon program itu diambil setiap tahun, sekali gus membolehkan tambahan 15 sekolah lagi melaksanakan pengajaran bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga setiap tahun.
“Seramai 116 guru bahasa Jepun dihasilkan menerusi program sama di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam sejak 1990 hingga 1998 dan daripada jumlah itu, hanya 29 masih berkhidmat di sekolah.
“Mulai 1999 pula, IPGKBA dipertanggungjawab melatih guru tempatan mengajar bahasa Jepun menerusi Kursus Dalam Perkhidmatan Program Guru Bahasa Jepun dan 44 guru daripada program itu kini kini berkhidmat di sekolah, sementara 15 masih dalam latihan. 
“Dengan hanya 73 guru bahasa Jepun berkhidmat di 76 sekolah yang melaksanakan pengajaran bahasa itu ketika ini, IPGKBA mencadangkan Program Praperkhidmatan Bahasa Jepun diwujudkan sebagai penyelesaian bagi memastikan kelas bahasa Jepun di sekolah dapat ditambah setiap tahun,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau mengulas kenyataan Kementerian Pelajaran yang merancang meningkatkan jumlah sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah harian yang melaksanakan pengajaran bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga setiap tahun.
Kenyataan itu yang memetik Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, sebagai berkata pertambahan kelas bahasa Jepun itu bergantung kepada jumlah tenaga pengajar dihasilkan menerusi program pensiswazahan guru bahasa Jepun JPA serta latihan guru di IPGKBA.
Zahedah berkata, buat masa ini, Kursus Dalam Perkhidmatan Program Guru Bahasa Jepun akan diteruskan dengan pengambilan 15 guru setahun bagi memastikan pengajaran bahasa itu dapat diperluas ke sekolah harian, selain sebagai mata pelajaran elektif di SBP. 
Namun, katanya, komitmen keluarga guru berpengalaman yang menyertai program itu diambilkira dalam proses penempatan tempat mengajar, sekaligus boleh membuatkan jumlah sekolah yang melaksanakan pengajaran bahasa Jepun tidak seimbang bagi setiap negeri.
“Sebab itu, IPGKBA mencadangkan program baru ini ditawarkan kepada lepasan SPM kerana mereka belum banyak komitmen dan lebih mudah menerima jika ditempatkan di negeri yang masih kurang melaksanakan pengajaran bahasa Jepun di sekolah.
“Menerusi kerjasama dengan universiti di Jepun pula, program itu dapat melahirkan tenaga pengajar lebih mantap kerana mereka bukan saja mempelajari bahasa, malah memahami budaya masyarakat negara matahari terbit itu, sekali gus dapat memberi pengetahuan lebih luas mengenainya,” katanya.

sumber : maklumat Berita Harian

okey...
aku memang berminat...
aku memang berminat!!!!!
ya Allah, aku memang dah out of control ni!
tak sabar nak dapat sijil national exam tu
then
bolehla tanya sensei nak apply camne^^
harap2 boleh jadi Nihon Go no Sensei
amin...

2 comments:

  1. Hana mengingatkan Hana(Norisa) pada kawan Hana(Norisa)..
    dia pun minat sangat bahasa Jepun...
    dia pun nak jadi sensei bahasa Jepun...

    =)

    ReplyDelete
  2. kawan Hana pun nak jadi lecturer bahasa Jepun...
    sama lah korang berdua nie...

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News