Showing posts with label my wish. Show all posts
Showing posts with label my wish. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

566#Ai no Kotoba ~ Wishlist : How to Fall in Love?


How to fall in love?

Eceh.

Yang ni bukan pertanyaan, tajuk novellah :p Hee.

Cecelia Ahern's new novel! How to Fall in Love. Baru aje released 7th November lepas kat UK and has yet arrive in Malaysia. 


Synopsis :

She has just two weeks. Two weeks to teach him how to fall in love – with his own life.
Adam Basil and Christine Rose are thrown together late one night, when Christine is crossing the Halfpenny Bridge in Dublin. Adam is there, poised, threatening to jump. Adam is desperate – but Christine makes a crazy deal with him. His 35th birthday is looming and she bets him she can show him that life is worth living before then. 

Despite her determination, Christine knows what a dangerous promise she’s made. Against the ticking of the clock, the two of them embark on wild escapades, grand romantic gestures and some unlikely late-night outings. Slowly, Christine thinks Adam is starting to fall back in love with his life. 

But has she done enough to change his mind for good? And is that all that’s starting to happen?


One of my favourite English authors! Can't wait to grab this!

According to MPH, harga novel ni RM 64.50, tapi kalau beli online dapat discount 20%. Harga RM 51.92. Takde duit lagi nak beliiiiii (T__T)

Kepada peminat Cecelia Ahern, jangan lupa dapatkan her new novel :D 

Till then.
Wassalam.

Wednesday, April 17, 2013

402#Ai no Kotoba ~ Gembiranyaaaa :D



Alhamdulillah!

Dua berita gembira kot. He he :D
Alhamdulillah, berjaya juga Hana siapkan manuskrip yang ingin dihantar ke Kaki Novel. Harap-harap dapat publish sebagai my second novel :) I put many efforts in this second manuscript. Insya-Allah. Kalau dah tertulis sebagai rezeki, manuskrip itu akan diterbitkan juga. Aamin.

Kedua, dah dapat balasan e-mel daripada Zalora! Ha ha :D Insya-Allah, dapat kupon RM 50 untuk dibelanjakan di Zalora. Lepas baca entry NI di blog Mama Mia, terus tertanya-tanya. Sebab makin lama makin ramai bloggers bercerita mengenai kupon RM 50 yang diterima daripada Zalora. Rupa-rupanya ini antara marketing strategy oleh pihak Zalora yang membabitkan para bloggers. 

Dah lama survey sehelai blaus ni kat Zalora. Insya-Allah, harap-harap adalah rezeki tu. He he :D

Till then.
Wassalam.

Friday, April 5, 2013

384#Ai no Kotoba ~ Teringinkan Second Baby :)



Alhamdulillah!

Hana cuma mampu tersenyum selebar-lebarnya sebaik sahaja masuk bab terakhir yang perlu dirombak :) Tak sangka, dapat siapkan proses rombakan pada malam ini juga. Malam Jumaat yang mulia :) Selepas tiga minggu berpenat lelah memerah otak untuk mencari idea sambil-sambil membuat rombakan pada manuskrip, selesai juga tugas itu dengan jayanya :D

Insya-Allah, esok Hana akan memulakan proses mengedit. Edit mana salah eja, tambah apa yang patut. Lepas betul-betul berpuas hati, barulah Hana akan hantar kepada pihak editor untuk proses penilaian. Harap-harap dapat green light daripada pihak editor untuk terbitkan baby kedua ni (T__T) Sob3.

Hana berharap sangat sebab Hana lebih berpuas hati dengan manuskrip kedua ni berbanding novel pertama Hana. Lagipun, masa zaman mengarang manuskrip untuk novel pertama tu, Hana main aci taram belasah aje. Sebab masa tu mengarang hanya untuk suka-suka. Budak yang kebosanan tak tahu nak buat apa lepas PMR tamat (-__-) Yeah, that's me.

Kalau boleh, tolonglah doa-doakan sekali untuk Hana ya? Minta-minta dilembutkan hati pihak editor tu untuk menerbitkan second manuscript ni :) Jealous bila tengok senior-senior dah banyak terbitkan novel-novel baharu. Hana pula baru terkial-kial nak siapkan second manuscript (-__-)

Oh ya, kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar manuskrip ke Penerbitan Kaki Novel, boleh e-melkan karya anda di hantarmanuskrip@kakinovel.com. Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh ajukan kepada admin e-mel itu atau pun terus PM kat Cik KN di FB Kaki Novel atau di Fan Page Kaki Novel.

Till then.
Wassalam.

Saturday, March 17, 2012

170#Ai no Kotoba ~ Heidi dan Rumah Idaman~


Korang pernah baca citer Heidi tak? Ala.. citer yang boleh kata mungkin sezaman dengan Oliver Twist semua tu. Pasal seorang budak perempuan, Heidi yang kena hantar ke rumah datuk dia di Alps Mountain. Serius best citer tu! Panjang lagi sebenarnya tapi kalau korang nak tahu, Google aje. Tak pun klik kat nama Heidi ni.

Hana baca yang versi bergambar. Masa kecik-kecik dulu dah baca and last year jumpa lagi kat library sekolah. Cover sebijik macam ni. Dah cover sebijik tu, memang isi kandungan sama lah dengan isi dalam ni.


Bila baca masa Heidi dihantar ke rumah datuk dia di Alps Mountain, serius jatuh cinta dengan ilustrasi tu even cuma gambar semata-mata. Bayangkan, wooden cottage di pergunungan yang serius comel, rumput menghijau, the fresh air, memang Mother's Nature, kan? Rasa tenang dan damai aje kalau boleh tinggal tempat macam tu.



Memang heaven kan? Tapi dalam mimpi aje lah nak dapat rumah macam ni. Kat Malaysia ada ke tempat macam ni? Mungkin tak ada kot. Scene comel biasanya kat Swiss atau New Zealand. Suka tengok Lord of the Rings sebab setting dia yang teramat sesuai dengan cerita. Mountains, fresh air, rumput yang menghijau, kawasan lapang. Suka! XD

Saturday, January 22, 2011

19#Ai no Kotoba ~ Watashi no Yume wa Nihon Go no Sensei ni Naritaidesu :)

kali ini aku mahu cakap sal impian aku pulak~
apa impian aku ya?
aku nak jadi...


Nihon Go no Sensei!!!!!
sama dengan sensei aku, Petani Sensei^^
kitorang panggil Pet sensei aje


korang agak yang mana satu sensei aku? yang baju hitam, coklat atau putih?
sudah semestinya yang berbaju putih tu~
kecik molek je tuannya
:D


memang aku minat betul2 dengan Nihon Go nie..
tambah2 lagi lepas aku selesai je menduduki Japanese National Exam last year untuk mendapat sijil national 
kata sensei, kalau nak apply uni kat Aussies ke, UK ke, boleh gak dengan sijil tu
tak semestinya kalau nak ke Jepun aje..
bak kata sensei kesayangan kami ni, jadi aset penting la sebab bukan semua orang ada sijil bahasa asing~

time Pet sensei kat Jepun
3 bulan dok kat Jepun beberapa bulan before aku PMR
dahlah elaun untuk 3 bulan tu dapat banyak
jealous
:p

semalam, aku tengah dok kat dapur sebelum tiba2 aje abah aku panggil
aku keluar dari dapur, then duduk tercongok depan TV
aku tanya, " nape?"
abah aku suruh je duduk depan TV
lambat gak menunggu sebelum abah suruh aku baca caption yang ada kat bawah time Buletin Utama tu
memang tak berkelip mata aku baca caption tu
nak tau caption apa?
hehe~

Kerajaan Jepun Menawarkan Biasiswa Bagi Pelajar Malaysia Untuk Pengajian Jepun, Latihan Guru di Jepun

rasa cam tak caya aje bila baca caption tu
aku pun tunggu lagi, tunggu caption tu u-turn balik
lama menunggu, barulah ada balik caption tu

aku nak!!!!!!!!!!!

awal pagi lagi aku cari info sal benda nie
then, aku jumpa artikel ni kat website

o

Tawar Program Latih Guru Bahasa Jepun'
PROGRAM Praperkhidmatan Bahasa Jepun perlu diperkenalkan bagi meningkatkan jumlah tenaga pengajar bahasa berkenaan di sekolah menengah.
Ketua Jabatan Bahasa Antarabangsa, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA), Dr Zahedah Abdul Hafiz, berkata program latihan guru itu wajar dilaksana dengan kerjasama universiti di Jepun dan ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menerusi program dicadangkan dilaksana enam tahun itu, katanya, pelajar akan menjalani program asasi, tahun pertama dan akhir di IPGKBA, sementara tahun kedua dan ketiga di universiti Jepun. 
Beliau turut mencadangkan seramai 15 calon program itu diambil setiap tahun, sekali gus membolehkan tambahan 15 sekolah lagi melaksanakan pengajaran bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga setiap tahun.
“Seramai 116 guru bahasa Jepun dihasilkan menerusi program sama di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam sejak 1990 hingga 1998 dan daripada jumlah itu, hanya 29 masih berkhidmat di sekolah.
“Mulai 1999 pula, IPGKBA dipertanggungjawab melatih guru tempatan mengajar bahasa Jepun menerusi Kursus Dalam Perkhidmatan Program Guru Bahasa Jepun dan 44 guru daripada program itu kini kini berkhidmat di sekolah, sementara 15 masih dalam latihan. 
“Dengan hanya 73 guru bahasa Jepun berkhidmat di 76 sekolah yang melaksanakan pengajaran bahasa itu ketika ini, IPGKBA mencadangkan Program Praperkhidmatan Bahasa Jepun diwujudkan sebagai penyelesaian bagi memastikan kelas bahasa Jepun di sekolah dapat ditambah setiap tahun,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau mengulas kenyataan Kementerian Pelajaran yang merancang meningkatkan jumlah sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah harian yang melaksanakan pengajaran bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga setiap tahun.
Kenyataan itu yang memetik Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, sebagai berkata pertambahan kelas bahasa Jepun itu bergantung kepada jumlah tenaga pengajar dihasilkan menerusi program pensiswazahan guru bahasa Jepun JPA serta latihan guru di IPGKBA.
Zahedah berkata, buat masa ini, Kursus Dalam Perkhidmatan Program Guru Bahasa Jepun akan diteruskan dengan pengambilan 15 guru setahun bagi memastikan pengajaran bahasa itu dapat diperluas ke sekolah harian, selain sebagai mata pelajaran elektif di SBP. 
Namun, katanya, komitmen keluarga guru berpengalaman yang menyertai program itu diambilkira dalam proses penempatan tempat mengajar, sekaligus boleh membuatkan jumlah sekolah yang melaksanakan pengajaran bahasa Jepun tidak seimbang bagi setiap negeri.
“Sebab itu, IPGKBA mencadangkan program baru ini ditawarkan kepada lepasan SPM kerana mereka belum banyak komitmen dan lebih mudah menerima jika ditempatkan di negeri yang masih kurang melaksanakan pengajaran bahasa Jepun di sekolah.
“Menerusi kerjasama dengan universiti di Jepun pula, program itu dapat melahirkan tenaga pengajar lebih mantap kerana mereka bukan saja mempelajari bahasa, malah memahami budaya masyarakat negara matahari terbit itu, sekali gus dapat memberi pengetahuan lebih luas mengenainya,” katanya.

sumber : maklumat Berita Harian

okey...
aku memang berminat...
aku memang berminat!!!!!
ya Allah, aku memang dah out of control ni!
tak sabar nak dapat sijil national exam tu
then
bolehla tanya sensei nak apply camne^^
harap2 boleh jadi Nihon Go no Sensei
amin...

Saturday, August 14, 2010

12#Ai no Kotoba ~ Lovin' You publish? betul ke?

 saja gatal nak letak pic ni. comey sangatttt :)


kali ni aku nak cakap sket pasal apa yang dah jadi kat aku whole day ni. yalah, dah lama sangat aku tak menulis kat blog ni. awal pagi semalam, aku dapat check gmail account aku yang hanakimi7 punya then aku dapat tau aku terima emel daripada admin@kakinovel. dia nak minta pengesahan daripada aku pasal novel LY yang aku hantar sebelum ni. mula2 tu aku terkejut jugak sebab aku dah lupa pasal hal ni. pihak editorial tanya sebab nak tau aku tiru citer Goong n' BOF ke? aku balas tak, maybe nampak sama sebab perangai Kira n' Kotomi tu cam Shin n' Chae Kyung dalam Goong n' watak2 dalam LY tu study kat elit school.

pastu, dia mintak biodata aku, nama pena, blurb+copywrite, no tel sume tu. dalam hati tak payah nak cakaplah sebab rasa happy even aku sendiri tak sure betul ke diorang nak publish LY tu. aku balas balik emel tu n' dioarang mintak manuskrip penuh LY. aku balas jugak. aku tanya, betul ke LY akan dipublish sebab kalau betul, aku nak buang LY yang aku letak kat blog n' admin tu cakap mereka akan bagi jawapan kat aku minggu depan. so, aku kena sabar.

perkara ni just Najwa je yang tau sebab aku tak nak heboh2 lagi. dibuatnya tak jadi, kecewa aku. bukannya apa, aku hairan kenapa admin nak mintak biodata aku n' sume2 perkara pasal aku kalau benda tu belum tentu lagi confirm. seolah-olah aku simpan harapan menggunung, kalah gunung Evererest. lebih baik diorang mintak je manuskrip penuh n' then lepas tu baru mintak sume info pasal aku kalau benda tu dah confirm. aku betul2 harap jawapan yang akan aku terima next week tu positif, iaitu LOVIN' YOU DITERIMA DAN AKAN DIPUBLISH DALAM VERSI CETAK. tulah harapan aku sebab aku tak nak kecewa sebab diorang dah bagi aku harapan lepas diorang mintak semua info tu. 

tulah yang aku harapkan sekarang ni. aku harap sangat2 LY boleh dipublish ke versi cetak melalui jawapan yang akan admin bagi kat aku next week. Amin...

Broaden News