Saturday, June 4, 2011

28#Ai no Kotoba ~ [PART 1] Sukbel 2011 totally BEST!!! :D

Assalamulaikum...


dalam previous entry, aku ada cakap sal Sukbel 2011 kan? yang aku nak sangat join tu
nak dijadikan cerita, kem tu tetap berlangsung dari 28 Mei until 3 Jun
aku bertolak ke sana dari Tok Bali, memandangkan hari Jumaat 27 Mei tu sekolah abah aku mengadakan sambutan Family Day
so, aku takleh nak pergi sama2 bebudak nie
malam sebelum pergi tu, memang handphone aku tak henti2 berdering, dengan SMSnya, dengan calling-nya, nak tanya macam2

dalam kul 10, aku bertolak
Tok Bali tu dekat aje dengan Kem BSMM Kandis tu
kami berkumpul reramai, lepas cikgu sampai baru kami sibuk cari tempat nak dirikan khemah
girls semua ada 6 orang, so kami pau dua khemah sekolah
satu khemah yang sepatutnya boleh tidur 6 orang, kami tidur dalam 3 orang
selesa tu~

kami dibagikan tag nama kem itu sambil2 syok tengok foreigners datang
foreigners datang dari Jepun, South Korea, Brunei, Thai, Phillipine, India, Bangladesh, Vietnam, Mongolia, Pakistan, Indon, Timor Leste and so on... (yang ni aje yang aku ingat)
first day tu memang kerja kitorang tunggu kontinjen lain datang aje
majlis pembukaan pulak berlangsung second day tu

Skill Station ada lapan semua
sepatutnya kitorang ada Skill Station Kawad Kebakaran, tapi diganti dengan Skill Station Meladam Kuda
so, ini peluang kitorang nak tengok macam mana ladam kuda dihasilkan

tiap2 tengah hari pulak masa break before 2.30 pm, kerja aku cari Cikgu Naeimah aje
cikgu PBSM kami yang cukup komited
cikgu bertugas kat Khemah Sekretariat, so kerja aku memang ke sanalah tetiap tengah hari
bukan apa, kitorang keluar kejap pergi cari ais and so on..
mana ada sekolah lain buat macam tu
kitorang siap bawa bekas tempat simpan ais tu lagi
sayang cikgu :)

satu malam tu pulak, cikgu tempah burger dekat dengan rumah dia
aku tengok burger tu cam Krabby Patty, bulat gemuk semacam
siap dengan mayonis banyak lagi
kitorang makan reramai, tidur dalam kul 2
cikgu join tidur kat khemah aku, so Kyla tidur kat khemah yang satu lagi

kitorang balik 2 Jun, bukan 3 Jun
majlis penutup berlangsung pada 2 Jun, so kalau kitorang nak chow lepas tu pun takpe
tapi, still ada yang balik 3 Jun gak
apa yang paling kitorang happy, Kontinjen Kelantan menang keseluruhan
pertandingan kawad kaki dan UUKA (Undang2 Kemanusiaan Antarabangsa) dimenangi oleh Kontinjen Kelantan
tapi, Kebersihan dan Keceriaan dimenangi Kontinjen Perlis
ada yang beritahu aku, sejak Sukbel 2008-Sukbel 2011 (Sukbel 1-Sukbel 4), Kontinjen Kelantan yang asyik memang untuk keseluruhan, tapi aku tak surelah
nak kena tanya orang lain pulak

dalam on the way balik ke sekolah tu, kitorang tidur aje
sunyi aje coaster tu
:p

okey, actually aku agak malas nak tulis bebanyak nie
not in mood yet
so, korang layan ajelah gambar2 ni ya?


masa memula sampai


proses mendirikan khemah


taking pictures ngan dua orang South Korean Red Cross :)


Kontinjen Kelantan (actually, ramai lagi)


yang baju putih tu Palang Merah Indonesia, yang baju hijau tu South Korean Red Cross (comey tak? cute~)


South Korean Red Cross member (yang baju hijau)


peserta yang terpilih untuk Disaster Simulation (memang nampak real woo..)


tapak pasar untuk Sukbel 2011.. tak macam camping pun
burger ada, ice-blended ada, chezzy wedges ada, memacam..
kalau nak online pun boleh gak :D


tee, bag, pasport and name tag :)


tee and beg Sukbel 2011 :D


pasport Sukbel 2011 n' name tag


i'm in Team C!!!


Skill Station yang tersenarai...


aku pi letak kat uniform PBSM aku.. leh tayang time pakai (kitorang wajib pakai uniform ko setiap Selasa :D)


actually, banyak lagi pics, tapi sekarang ni aku malas nak upload bebanyak
nanti aku kongsi len kali pulak ya?
chow~


春の花

2 comments:

  1. gerai den pown nampak dalam gamba tu.
    hahaha.
    :D

    ReplyDelete
  2. gerai jual megi goreng? tak cam la.. haha.. banyak sangat gerai kat situ.. tak macam camping pun :D

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News