Showing posts with label BSM. Show all posts
Showing posts with label BSM. Show all posts

Monday, January 20, 2014

594#Ai no Kotoba ~ Pergi Sekolah!


Memandangkan hari ni first week Haikal masuk Ahmad Maher, Hana ikut sekali pergi sekolah sebab dah lama tak jumpa cikgu-cikgu dan juniors yang lain. Seawal 7 pagi lagi dah sampai sekolah :p Hehe.

Sampai aje Maher terus pergi terjah Bilik BOSS sebab Cikgu Naeimah dah sampai. Cikgu kata beliau belikan nasi kerabu dan kuih untuk Hana x) Excited sangat sebab dah lama tak makan dengan cikgu!

Mahu seharian jugak ada kat sekolah. Sebab hari ni ada majlis anugerah untuk students yang cemerlang masa PMR 2013, so students yang lain dapat balik awal. Pukul 1 dah boleh balik. Hana ajak cikgu dan dua orang juniors Hana pergi Tesco. Beli barang sikit dan makan-makan. Isi perut yang kebuloq!

Tak pergi dinner BSM tahun lepas pun still dapat hadiah untuk dinner :p

Mula-mula singgah kedai buku dulu dekat dengan Tesco KB tu sebab cikgu nak beli barang-barang lukisan. Cikgu mengajar Kimia dan Seni, selalu beli barang kat situ sampailah pekerja kat kedai tu dah kenal cikgu :p Masuk aje Tesco kitorang serbu bahagian frozen dulu. Daripada dalam pukul 3 lebih sampai pukul 4:30 PM dok merayap dalam Tesco sebelum pergi serbu food court dalam tu :p


Makan fish & chips! Sebab mengidam yang Marrybrown punya :p Dah lama tak makan benda alah ni. Okeylah rasa fish & chips kat Tesco ni :) Tercapai jugak hasrat nak makan fish & chips :p

Aizan (pink) dan Lyn (purple) yang banyak sangat mulut, terutamanya Lyn :p

With Cikgu Naeimah :D The very person who was responsible for bringing me into an active world of co-curriculum, namely PBSM ;)

Nak buka cerita sikit. Kalau nak ikutkan Hana bukanlah seorang extrovert yang suka tonjolkan diri, Hana lagi suka buat hal sendiri dan tak suka join aktiviti ko. Tapi sejak kenal Cikgu Naeimah, penasihat persatuan BSM Maher, Hana mula slow slow aktif dalam aktiviti-aktiviti ko. Daripada yang tak suka berkhemah, Hana suka join perkhemahan yang BSM anjurkan. Tak kisahlah peringkat daerah atau lain-lain.

And guess what? 

I succeeded and enjoying myself for almost one whole week of an international level camping. And I also went to Kuching, Sarawak as one of the representatives of Kelantan state for a national level co-curriculum award ;)

So nak cakap, kalau korang aktif dalam kokurikulum pun tak bermaksud korang tak dapat high achievements in academic. Brace yourself. Melalui kokurikulum, insya-Allah banyak sangat pengalaman berharga dan baru yang korang boleh dapat. Pencapaian dalam akademik bukan segala-galanya ;)

Till then.
Wassalam.

Friday, June 22, 2012

297#Ai no Kotoba ~ Rindu



Saya rindu kawan-kawan saya.
Saya rindu 'happy family' saya dalam BSM Maher.
Saya rindu junior saya.
And...
Saya rindu mama, abah and the rest of my beloved family :')



yang ni bukan kelab buku teks, semua ahli BSM yang bertugas membersihkan dan menghias kembali bilik buku teks ni~ hehehe~

*Selamat Hari Jumaat*

Tuesday, May 8, 2012

286#Ai no Kotoba ~ Hari Apa Ni Ya? Ada Yang Special Ke?



Saja je tajuk macam tu. Firstly Hana nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Palang Merah/Bulan Sabit Merah Sedunia! Ucapan ni khas ditujukan kepada semua sukarelawan Palang Merah/Bulan Sabit Merah tak kira lah korang menetap kat mana. Khususnya kepada Cikgu Naeimah, rakan-rakan Majlis Penasihat BSM Maher (Faiz, Juniey, Faisal, Syawal, Iqa, Apiz) dan Abe Mie, sukarelawan BSM Malaysia/Kelantan. 


Kerana kenal dan aktif dalam BSM, Hana mula berani berdepan dengan orang ramai. Kalau tak, memang sure tak nak bercakap in public. Hana juga kenal semangat kesukarelawan yang tak dapat dibayar dengan apa-apa. Memang puas hati kalau dapat menolong orang. Betullah apa yang orang cakap, aktif dalam kokurikulum atau mana-mana badan NGO sedikit sebanyak membantu kita yakin pada diri sendiri selain daripada dapat menimba pelbagai pengalaman, belajar skill yang tak pernah kita cuba dan mengenali semua orang.

Jadi, Selamat Hari Palang Merah/Bulan Sabit Merah Sedunia! Insya-Allah, kita akan bertemu lagi 8 Mei yang akan datang. Chill~ (^.^)v




(^.^)v




Tuesday, May 1, 2012

273#Ai no Kotoba ~ Buat Camera Case Pulak!


Dalam entri INI, Hana tunjuk my very own handmade netbook sleeve kan? Boleh lah bawak ke KMKN XD Ha ha. Tak sabar tunggu 13 Mei ni, hari daftar for FIST. He he. Kawan-kawan asyik tanya tak nervous ke dah nak sambung study? Nervous sikit aje lah. Banyak tertumpu pada tak sabar nak ke sana. Jadi orang Kedah lah for 1 tahun 2 bulan :P

Okey, okey, back to post title. Yang ni first time Hana buat camera case. Camera case ni direquest oleh Cikgu Naeimah. Korang yang setia baca blog ni tentu agak familiar dengan nama cikgu Hana yang ni *bajet fofularr*. Cikgu mintak Hana buat sebab camera case cikgu yang asal dah hilang. Padahal sebelum ni cikgu request buat electrolysis cell tapi tak sempat nak buat. Hajatnya Hana nak buat electrolysis cell tu dan dibingkaikan jadi macam lukisan :P . Cikgu Naeimah ni cikgu Kimia, sebab tu terkeluar request pasal electrolysis cell ni.


Sebijik sama dengan cikgu punya kamera...

Yang ni lah camera case yang Hana buat :D
Ada bulan sabit lagi sebab kitorang from PBSM *semangat PBSM*

Takde lah ambik masa banyak pun untuk siapkan camera case ni. Cuma sebab banyak hal lain, hari ni baru siap. Sepatutnya dah siap tengah hari semalam. Alhamdulillah, menjadi. He he~ Cuma jahitan kurang kemas kat bulan sabit tu (=.=)

Lepas siap then edit gambar tu jadi macam tu, letak watermark bagai *kali ni rajin letak watermark*, terus post kat FB. Kebetulan cikgu memang tengah online. Hana happy sebab cikgu suka camera case ni. Tak caya? Tengok bawah ni :P


Janji nak jumpa cikgu kat KB Mall 6 Mei ni. Sambil-sambil Hana outing dengan kawan-kawan yang lain. Nak shopping sikit sebelum ke KMKN. Barang-barang yang lain dah ready, kain for baju kurung pun dah hantar untuk dijahit. Tunggu siap aje. 

nota comel : Tolong klik Donate atau SINI boleh? Wee~

Saturday, April 28, 2012

266#Ai no Kotoba ~ Bowling dan PCB


Makin lama makin malas nak update blog. Sebab sibuk uruskan persiapan untuk ke KMKN jugak ni. Hari Khamis tu Hana ajak Kak Aretien (kak sepupu) Hana shopping barang-barang ni. Mama dan Neesa pun ada sama. Kebetulan Kak Aretien tak kerja pagi hari tu. Kitorang pergi ke Tesco, kiranya settle almost everything kat sana. Tak payah ke sana ke mari. Hampir semua barang dah beli termasuklah kain for baju kurung :P. Ha ha.

Around 12, Kak Aretien hantar Hana ke KB Mall. Sebab Faisal dan Syawal sibuk ajak Hana main bowling. Dahlah tak pernah main. Memang nak kena lah budak berdua tu. Harap je dah lepas sekolah, tak matured langsung (=.=). I'm the only girl! Nasib baik Cikgu Naeimah sudi teman sebab Hana seorang aje perempuan. Yalah, dah ajak mengejut camtu macam mana Hana nak ajak kawan perempuan tolong temankan. Tapi relaks je sebab budak-budak dalam Bulan Sabit Merah yang ramai. So tak kisah sangatlah.

Lepas main bowling, pergi shopping lagi. Sikit aje sebab tak sempat nak beli kasut. Then, cikgu hantar Hana ke PCB (Pantai Cahaya Bulan) sebab ada BBQ Pertima (Persatuan Tingkatan Lima). Kalau cikgu tak offer hantar Hana ke sana, tentu tak dapat pergi sebab tak ada transport. Malam tu tidur kat rumah cikgu. Sempat jugak kitorang shopping kat Pantai Timor Hypermarket lepas pulang dari PCB. He he.





Asyik masuk longkang je (=.=) Kali kelima tetiba dapat strike. Ha ha ha. Nasib totally amateur yang tak pernah main bowling.

Kejatuhan Empayar Faisal Rahman.. padan muka :P

 Cikgu sorok yang beliau nak beri hadiah! Ha ha. 
Syawal (bertopi) tempat pertama, Hisyam (kemeja koko) tempat kedua, Ben (ber-Tshirt hitam) tempat ketiga.



 Kat PCB

Pemandangan senja :)


Saturday, April 21, 2012

256#Ai no Kotoba ~ Sepetang Di Rantau Panjang Dengan Cikgu Naeimah


*ini merupakan entri cerita + bergambar*

Tajuk bukan main lagi panjang. He he. Masa tengah tengok movie Barbie As Island Princess tadi, tetiba dapat call from Cikgu Naeimah. Nasib baik perasan sebab masa tu Neesa tengah syok main Colouring Princess ke apa kat handset Hana. Cikgu ajak ke Rantau Panjang! Yeehaaa! Excited betul rasa. 

Sebab dah lama cikgu janji nak bawa Hana jalan-jalan ke Rantau Panjang. Tapi sebab cikgu asyik sibuk aje, Hana tak kisah sangat lah. Dapat gak jalan-jalan dengan cikgu petang ni. Syok betul shopping kat sana. Murah-murah sebab kawasan bebas cukai. Kalau korang datang Kelantan, singgah + shopping lah kat Rantau Panjang ya? :)

Kat gerai Lok Chi, makanan yg dipanggang macam sate. Macam-macam ada :)

Yang ni Hana beli Lok Chi sate ikan :) Best! 


 Sempat lagi snap :)


BoboiBoy pon ada~ dah lah lembut.. sedap nak peluk :)

Saya tau saya pendek. Kstop :-|

Beg Angry Bird untuk Neesa. RM 20 aje :) Dah la kain dia lembut, macam baldu gitu :)

Sempat lagi snap kat Masjid Cina, masjid yang reka bentuknya macam bangunan lama di China. Kat Rantau Panjang gak ni :)

Penat tol jalan-jalan. Lepas shopping, cikgu bawa ke rumah tok saudara dia lak. He he. Suka betul suasana kampung macam tu. Bila dah Maghrib baru sampai rumah. Thanks cikgu for the T-shirt :)

Friday, April 20, 2012

251#Ai no Kotoba ~ Al Fatihah Pada Almarhum Dato' Wan Azhar b. Wan Ali


Agak terkejut bila buka News Feed, ternampak status Abang Mie yang mengatakan Dato' Wan Azhar b. Wan Ali telah pun dijemput Ilahi, pada malam Jumaat yang mulia ini. Yang dijanjikan oleh Allah SWT bahawa sesiapa yang meninggal pada hari ini akan terhindar daripada azab kubur. Banyak jasa yang arwah taburkan sepanjang berkhidmat dalam organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia. Selain merupakan Pengerusi Bulan Sabit Merah Kelantan, arwah juga merupakan Naib Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia. Hanya sekali sahaja Hana sempat bersua muka dengan arwah. Iaitu sewaktu Sukbel 2011

Arwah seorang yang komited dengan tugasnya, berdikari walaupun arwah sudah lama sakit sehingga memerlukan kerusi roda, bertanggungjawab dan juga mementingkan agama Islam. Teringat kata-kata arwah sewaktu beliau datang melawat peserta Sukbel tahun lepas. " Sesiapa yang belum solat, pergi lah dahulu. Kita berjumpa selepas ini. Laksanakan yang penting dahulu." Arwah sanggup menunggu walaupun mengambil masa :')



Antara aktiviti yang arwah pernah anjurkan.




Ya Allah, kau tempatkan beliau dalam golongan hamba yang menaati-Mu, bersama-sama penghuni jannah-Mu, Ya Allah. Banyak jasa beliau kepada kami Ya Allah. Kau berikan ganjaran setimpal dengan perbuatan beliau sewaktu beliau masih hidup. Amin Ya Rabbal Alamin..

Friday, April 13, 2012

235#Ai no Kotoba ~ Pengalaman Jadi Sukarelawan


Dari 10-12 April Hana berkhemah kat Kem Kijang. Ala, seperti yang Hana beritahu kat previous entries lah. Seriously memang best! Ha ha. Tapi kali ni Hana pergi sebagai sukarelawan, bukan sebagai peserta. Dan Hana ditugaskan kat dapur sepanjang perkhemahan tu. OMO! Dapur? Masak pun malas. He he. Serius cakap Hana memang tak suka memasak, menjahit tak apa. Seru tak sampai lagi nak rajin memasak. Tapi okey aje sepanjang   3 hari 2 malam ni. Potong daging ayam jadi kecil-kecil, blend bahan-bahan yang nak masak, buat air, tahan air mata sebab kupas bawang dll. Enjoy aje kerja memasak ni. Tapi bila dah sampai rumah, M-A-L-A-S lah jawabnya. 

Bukan Hana seorang aje yang join jadi sukarelawan kat dapur ni. Hana ajak kawan Hana sekali, Alya. Dia bersungguh-sungguh nak ikut. Sayangnya, dia terpaksa balik malam last tu kerana perkara tertentu. Tak apalah. Asal boleh merasa. Malam pertama tu Hana tidur dalam khemah, sekali dengan Alya sebab budak-budak ni ajak tidur sekali. I mean, junior Hana dalam PBSM Maher, sekolah Hana dulu. Malam keesokannya, Hana tidur dalam chalet dengan Cikgu Naeimah dll. Sayangnya Alya dah balik.

Asyik tersilap sebagai peserta aje. Then, setiap sekolah menengah yang join kem ni kena hantar 6 orang peserta untuk Dapur Bergerak. Dapur Bergerak tu dapur yang Hana join tolong sekali lah. Nama aje Dapur Bergerak, tak bergerak pun. He he. Mereka ditugaskan untuk menolong kami kat dapur mengikut turn. Tapi, semua peserta Dapur Bergerak mesti fikir Hana ni peserta dan called me 'adik'. What the??? I'm older than all of you okey? (=.=) Asyik kena tanya dia " Adik Form berapa? Akak dah lepas sekolah" kalau nak hentikan dia panggil Hana ni adik. Sadis betul. Tahulah Hana ni tak cukup ketinggian.

Okey, enough with story. Jom tengok gambar sepanjang perkhemahan tu. He he :D



It's me. Last day. Time jenguk budak-budak ni masa Majlis Penutup. Lama giler layan budak-budak ni bercakap. Orang dok bercakap kat depan, mereka bercakap kat belakang.


















Broaden News