Friday, December 28, 2012

354#Ai no Kotoba ~ Finally... Home Sweet Home :)


5:15 pagi tadi sampai Pasir Mas. Alhamdulillah. Mid sem break for semester 2 begins now :)


Dah tiga minggu kot tak update blog (>__<)
Busy sangattttt for these three weeks!
Esok entri panjang, nak citer apa yang tak sempat nak citer lagi :P
Hee~

Till then.
Wassalam.

Friday, December 14, 2012

353#Ai no Kotoba ~ Salam Jumaat 1/2/34 Hijrah



1/2/34 Hijrah.
Cantik kan tarikh tu?
Jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari pula tu :)
Salam Jumaat Safar 1/2/1434 Hijrah (^__^)

Tuesday, December 11, 2012

352#Ai no Kotoba ~Tanggungjawab



Comel kan gambar tu? Rasa happy aje bila tengok budak-budak sibuk dengan pensil warna masing-masing. Advance sikit, guna water colour. Then, terbuka luaslah memory lane masing-masing. Teringat zaman kita riang ria kanak-kanak Ribena Orange Sunkist bagai. Pensil warna Luna di tangan kanan, water colour Buncho di tangan kiri. Pipi, hidung, dahi semua dah siap dengan macam-macam warna dah. Dah macam badut pun ada. Kan? Hehe :D

Tapi.

Itu dulu. Zaman kegemilangan kita sebagai kanak-kanak. Tak payah fikir masalah banyak-banyak. Main harung aje semua benda. Kalau kena marah dengan mama dan abah tu, memang nasiblah. Masa tu cuma fikir nak seronok aje. The consequences after that bukannya reti nak fikir. Teringat pulak masa Hana kena marah dengan mama sebab patahkan lipstick baru mama :P Terus pergi cari abah sebab abah yang tolong back up. Hehe :P Pleaselah. Masa tu lima tahun kot. Zaman dok tadika. Haha :D

Sekarang?

Sekarang? Dah tak ada masa nak main colour-colour macam tu. Bagi kat adik-adik aje. Sekarang sibuk dengan assigmentsnya, examnya, kuiznya, meetingnya bla bla bla. Zaman kegemilangan kanak-kanak Ribena dah tamat (T__T) No more playing around, no more cat bertempek kat muka, no more lepaking and stuffs tanpa buat sebarang kerja. Masa itu emas. Ada faham?

Bila umur makin meningkat, tanggungjawab makin banyak. So, the hypothesis is, semakin meningkat umur seseorang, semakin bertambah tanggungjawab yang perlu difikirkan, semakin cepat uban naik kat kepala sebab serabut fikirkan masalah. Eh? Eh? Eh? Ada jugak hypothesis macam tu? Haha :D Lawak aje, lawak aje. Kay, tak lawak (-__-)

Kalau masalah tak selesai, tanggungjawab tak habis, kita tak boleh salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri dulu. Siapa suruh main DOTA dan FIFA sampai tiga empat pagi? Sibuk kat Twitter sampai kena twitlimit? Habiskan masa berjam-jam untuk habiskan sebuah novel? Masa yang sepatutnya digunakan untuk selesaikan kerja, kita lencong pergi tempat lain. Memang salah sendirilah tu. Tak guna kalau kita blame each other without looking at our side first. Manage your time. That's it. Belajar untuk guna masa dengan sebaik mungkin.

Tanggungjawab tak akan pernah pergi dari hidup kita. Datang silih berganti. Sekejap dengan kerja ini, sekejap datang pula kerja itu, sekejap kerja yang sana pula memanggil. Jangan bertangguh-tangguh, merana nanti nak siapkan semua kerja dalam satu masa. Orang percayakan kita. Sebab tu kita diberi tanggungjawab. Kalau tak, tak ada maknanya mereka nak serahkan apa-apa pada kita.

Lecturers percayakan kita untuk siapkan assignments yang diberi, percaya yang kita boleh dapat markah tinggi untuk assignments mereka. Takkanlah mereka nak bagi markah free-free aje kat kita? Belajar daripada apa yang cuba nak disampaikan di sekeliling kita. Tak rugi.

Till then.
Wassalam.

Saturday, December 8, 2012

351#Ai no Kotoba ~ A Hectic Week -__-



Saja upload gambar comel ni sebab nak hilangkan stress (-__-)

Minggu ni memang Hana sibuk sangat sangat sangat sangat. Semuanya sebab English Week for next week and the upcoming Standardised Test. Test esok ya anak-anak! ESOK! Diulang sekali lagi, ESOK! 

Hana in-charge for Treasure Hunt dan banyakkkkkk sangat idea untuk Treasure Hunt kali ni :P Tak sabar nak tunggu the day for Treasure Hunt! Yalah, takkan nak buat Treasure Hunt yang macam kita main dolu-dolu kala kan? Kenalah advance sikit zaman camni. Zaman smartphones kan? Iya dak?

Esok, Hana ada test Chem, English dan Com. Lusa, Maths and Bio. Hukhuk. Berchentalah dengan buku-buku sekalian sempena test ni. Habis aje test hari Isnin ni, dah kena fokus balik pada Treasure Hunt. Mana nak print klu lagi, mana nak fikir pasal barang-barang untuk games lagi. 

In shaa Allah, all is well :) Have a nice day everyone!

Till then.
Wassalam.

Broaden News