Popular Posts
Showing posts with label Awesome Muslim. Show all posts
Showing posts with label Awesome Muslim. Show all posts
Sunday, November 16, 2014
Tuesday, January 21, 2014
Saturday, January 18, 2014
592#Ai no Kotoba ~ Syukur
Syukur kerana masih diizinkan untuk bernafas hari ini.
Syukur kerana Dia masih beri kita peluang untuk cari jalan demi beratkan timbangan belah kanan di Padang Mahsyar nanti.
Surat Al-Baqarah ayat 152 : "Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku".
Selalu sangat kita lupa untuk mengucap syukur kepada Pencipta kita.
Selalu sangat kita ulang balik dosa yang kita buat.
Selalu sangat kita lupa Dia Maha Pengampun.
Bersyukurlah sebab Dia Maha Mengampuni dosa-dosa kita, sama ada dosa kecil atau dosa besar.
Kita dapat makan makanan yang sedap, dapat tidur di katil yang empuk, dapat luangkan masa dengan keluarga kita jadi bersyukurlah. Ramai lagi di luar sana yang mengimpikan untuk hidup dalam suasana yang aman macam kita. Insya-Allah.
Kanak-kanak di Syria kesejukan dan kelaparan padahal kita mampu tersenyum sebab dapat makan masakan ibu yang sedap dan tidur berselimutkan gebar tebal.
Kanak-kanak di Palestin menangisi kematian ibu bapa mereka sebab kezaliman Israel laknatullah padahal kita mampu bergelak tawa dengan ahli keluarga yang lain.
Maka, bersyukurlah.
Till then.
Wassalam.
Wednesday, December 25, 2013
582#Ai no Kotoba ~ Weekenders' Reach : Cook & Feed @ Rumah Anak Yatim Nasuha
Ini Nadia. Budak yang paling pendiam sekali sepanjang aktiviti ni. Kecik aje orangnya. Hana ingatkan dia baru aje masuk rumah anak-anak yatim tu sebab tengok dia senyap aje, jarang senyum dan gelak rupanya dia dah lama masuk. Ada kakak yang kata Naufal tu abang dia. Naufal salah seorang penghuni rumah anak-anak yatim ni :)
Siap bawa buku resipi pancake! Hee :D
Menarik tak? Ada banyakkkkk sangat toppings yang Kenders sediakan :) Ada marshmallows, Hershey's Chocolate Syrup, whipping cream, sliced bananas, chocolate chips, strawberry jam etc!
Pancake kasih sayang :)
Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Ini pancake Hana! Letak semua hampir toppings :p Tamak oh tamak. Hahaha :p
Saturday, July 13, 2013
532#Ai no Kotoba ~ Stokin Wuduk, Sarung Lengan T-shirt
Nampak tak garisan tu? Rupa-rupanya itulah celah lubang nak keluarkan kaki kita masa nak ambil wuduk nanti. Me so lame. He he :D
Stokin wuduk yang Hana beli ni agak panjang, sampai paras bawah lutut. Dah dekat sebulan kot beli, tapi baru nak pakai sebab stokin lama elok lagi. Tak payah nak membazir. Beli pun sebab nak buat spare. He he :D
Setakat ni puas hati dengan material untuk stokin wuduk ni. Kain dia tebal, tak jarang. Selesa aje nak pakai :) Stokin ni memudahkan kita kalau nak ambil wuduk, tak perlu nak buang stokin macam biasa. Tambah-tambah kalau rasa tempat tu insecure, ramai orang dan risau stokin hilang dalam ramai-ramai orang tu.
Yang ni Hana beli masa singgah MetroPoint Kajang dulu. Harga dalam RM 3.90, beli tiga dapat RM 10. Murah kan? Kalau rasa susah nak jumpa, boleh beli daripada Koleksi Barakah atau Abaya Maratussolehah.
Second, Hana nak review pasal hand sleeves pula. Hand sleeves ni lain daripada hand socks, sebab ianya tak melekat pada lengan seperti hand socks. Material untuk hand sleeves pun lain juga. Hand sleeves ni dibuat daripada material yang sama seperti T-shirt, kiranya kain cotton T-shirt lah.
Hand sleeves ni Hana beli daripada Kak Muja. Dah lama dah, dah nak masuk setahun kot. Tapi sekarang baru nak buat review (-__-) Hand sleeves ni Hana pakai dengan T-shirt lengan pendek. Biasanya dengan T-shirt batch masa Form 5 dulu. Err... sebenarnya T-shirt tu aje yang Hana pakai dengan hand sleeves ni. Sebab T-shirt lain semua lengan panjang. Tapi kalau korang nak jahit terus pada T-shirt pun boleh.
Yang Hana beli ni saiz M, tapi kalau nak jahit terus pada T-shirt rasanya better beli saiz L kot. Kalau rasa diri kecik tu belilah saiz M :P He he.
Untuk maklumat lanjut pasal hand sleeves ni, korang boleh klik SINI. Ada macam-macam warna lagi untuk hand sleeves ni. Untuk apa-apa soalan boleh direct tanya Kak Muja. Harga untuk sepasang pun berpatutan, RM 10 sepasang. Material pun tahan lasak, sama dengan T-shirt cotton kita :)
Itu aje kot yang Hana nak review :) Bolehlah jenguk blog dan FB mereka untuk maklumat lanjut ya? ^^
Till then.
Wassalam.
Thursday, June 13, 2013
Tuesday, June 4, 2013
489#Ai no Kotoba ~ Isteri Tuan Guru Nik Aziz Solat Tanpa Telekung
Isteri Tuan Guru NIK AZIZ Solat TIDAK BERTELEKUNG
Islam itu Indah
Walaupun tidak ada kain sembahyang yang lengkap (telekung), beliau mendidik umat Islam boleh menunaikan solat asalkan menutup aurat. Sekali lagi persoalan yang taboo bermain di fikiran ramai orang, 'Bolehkah wanita bersolat tanpa telekung?'
Sebelum itu, suka saya ingatkan bahawa entri ini sama sekali tidak bermaksud ingin menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman, cuma ia sekadar ingat mengingatkan dan nasihat menasihati sesama kita. Buat pengetahuan semua, di Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sering memperbetulkan salah faham berkaitan isu telekung ini menerusi kuliah mingguannya di Dewan Zulkifli Muhammad Kota Bharu.
Katanya, telekung dan warna putih bukanlah syarat untuk bersolat. Ia cuma kebiasaan masyarakat terutamanya di sekitar Nusantara. Kata Tok Guru lagi, boleh sahaja bersolat tanpa memakai telekung asalkan menutup aurat.
Apakah hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung?. Solatnya adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis.
Aurat bagi wanita ketika bersolat sama sahaja dengan aurat di luar solat (kecuali kategori aurat ketika bersendirian dan aurat ketika bersama mahram), iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jika syarat ini telah dipenuhi, maka sahlah solat wanita tersebut walaupun tidak memakai telekung atau ‘uniform’ solat yang berwarna putih tersebut.
Menutup aurat juga perlu diperbetulkan takrifnya. Memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk(shape) badan dan nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan, tidaklah dianggap menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu baju kebaya, tidak boleh sama sekali dibuat bersolat dan ia juga dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna.
Kesimpulannya pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat mestilah agak longgar (tidak sempit atau ketat) dan agak tebal (tidak nipis dan jarang). Itu sahaja, mudah dan senang. Itulah wajah Islam yang sebenar yang tidak sesekali merumitkan penganutnya.
Jika kita perhatikan, terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks dengan alasan tidak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan baunya tidak menyenangkan. Ada yang terlebih bijak pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.
Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja, termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar (malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin.
Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.
Kredit : Cinta Selepas Nikah
Islam itu mudah bukan? Setuju dengan kata-kata Aisya Lieza di entri INI.
Kan? :)
Till then.
Wassalam.
Monday, June 3, 2013
486#Ai no Kotoba ~ [Tips] Solat Secara Mudah Jika Outing
- Pastikan pakaian yang dipakai menepati ciri-ciri menutup aurat. Longgar, hanya muka dan pergelangan tangan sahaja nampak. Dah pakai long sleeve tapi bimbang tersingkap? Pakai handsock sekali masa solat :)
- Bimbang stokin yang dipakai kotor? Bawa sepasang stokin yang dikhususkan untuk solat.
- Tudung bawal/selendang jarang? Pastikan anda pakai inner neck. Hana cadangkan inner neck yang agak besar untuk top coverage. Paling sesuai sebenarnya pakai tudung Akel dan pashmina. Tapi Hana pakai bawal aje.
- Tarik sedikit inner neck untuk cover bahagian bawah dagu seperti mana biasa kita cover dagu masa solat.
Sunday, May 19, 2013
Tuesday, May 14, 2013
443#Ai no Kotoba ~ Kisah Tiga Orang Menteri & Pokok Epal
Diceritakan oleh Syeikh Ali Soleh Muhammad Ali Jaber, seorang guru tahfiz Masjid an-Nabawi tentang kisah tiga orang menteri dan seorang raja.
Pada suatu hari raja memanggil tiga orang menteri tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni. Berkata raja, “ Pergi panjat pokok epal dan petik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing."
Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seseorang yang berpangkat menteri diberi arahan sebegitu? Disebabkan arahan khalifah maka mereka pun melakukan apa yang disuruh.
Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh memanjat pokok buah epal tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti bagi memenuhi karung guni yang diberi oleh raja.
Menteri B merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak. Beliau beramanah mengikut situasi yang dihadapi. Imannya tidak sekukuh Menteri A.
Maka Menteri B memanjat dan sampai separuh pokok, menteri itu terfikir, “ Buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah. Cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup"
Lalu Menteri B pun turun dan mengutip buah yang bercampur. Ada yang baik dan ada yang busuk.
Menteri C seorang yang sungguh tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri. Beliau berfikir “ Buat apa aku susah-susah, akukan menteri. Ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu aje dah cukup, janji penuh karung guni ni. Lagi pun raja mana ada masa untuk melihat isi dalam karung ini."
Lalu Menteri C pun mengutip batu bagi memenuhkan karung guninya.
Sampai masanya, mereka bertiga menghadap raja. Benar-benar telahan Menteri C, raja tidak melihat isi karung guni tersebut. Namun raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak. Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara. Baginda mengarahkan makanan yang hanya boleh dimakan ialah apa yang ada dalam karung mereka.
Maka mereka menghadapi situasi berbeza :
Menteri A, sudah tentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buah yang lazat dan berkualiti.
Menteri B, terpaksa memilih buah yang baik. Kadang-kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupkan bekalan makanan.
Menteri C, inna lillahi...... Itu jawapan yang mampu diberi
Mari kita ambil pengajaran cerita ini dalam kehidupan kita,
Bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redha-Nya,
Watak menteri mana yang kita pilih, Menteri A, Menteri B atau Menteri C ?
Dan penjara itu seumpama kubur.
Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang kita semua kena lalui.
Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita.?
Atau kita ini hanya Menteri C sahaja?
Marilah kita sama-sama renungi dan ambil pengajaran dari kisah ini.
nota : Sebuah kisah yang cukup menarik kan? Semoga dapat menjadi pengajaran untuk kita :)
Till then.
Wassalam.
Sunday, May 5, 2013
425#Ai no Kotoba ~ [For Girls] Dia Untukku?
And, Hana terfikir nak kongsi sesuatu dengan pembaca blog ni especially kepada para gadis di luar sana :) Boleh kata sedikit daripada pengalaman hidup Hana. Jarang rasanya Hana bercerita pasal hati dan perasaan diri sendiri di blog ni :) Tak apalah, sekadar perkongsian.
Adik-adik dan kakak-kakak :)
Kadang-kadang kita terfikir, si dia ke jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di Loh Mahfuz? Si dia ke orang yang ditakdirkan untuk bersama-sama menempuh hidup di dunia ini, sekaligus membimbing kita ke syurga-Nya?
Entah. Kita sendiri tak pasti.
Hana tak pernah bercinta dengan sesiapa, senang kata couple. Tapi tipulah kalau Hana kata Hana tak pernah suka sesiapa kan? I met someone around the time I was still in my college :) *pekup muka malu* He's just a plain guy, tapi suka tengok masa dia pergi masjid :P He he. And he's good when it comes to jaga pergaulan dengan perempuan. Dan dia agak pemalu juga dengan perempuan even dia nampak cam bad boy aje. He he :)
Dia tahu Hana suka dia, tapi kami tak couple lah. Sekadar berkawan biasa. Mesej pun boleh kira dalam sebulan tu berapa kali. Pendek kata, jarang contact. Cakap face to face, baru sekali. Call? Lagilah tak ada. I tried to keep our distant actually.
Then, Hana baca novelet tarbiah karya Ustazah Fatimah Syarha dan husband beliau, Dr. Farhan Hadi yang berjudul Cinta High Class. Ada dua novelet dalam satu buku, Cintaku Kerana Agamamu by Dr. Farhan Hadi dan Cinta High Class by Ustazah Fatimah Syarha. Masa tu baru baca Cintaku Kerana Agamamu. My heart moved the moment I read CKA.
Tiba-tiba, hati rasa tak tenang. It seemed like something was not right. Kemudian, Hana teringat dia.
Masa tu dah hampir sebulan kami tak mesej. Hana banyak fikirkan apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Farhan Hadi selaku pandangan seorang mukmin yang inginkan seorang mukminah sebagai isterinya.
Kata Dr. Farhan Hadi, bagaimana kalau kita tidak dapat menahan diri daripada melanggar batas-batas antara lelaki dan perempuan? Di akhir zaman ini, begitu mudah bagi kita untuk terjerumus ke jalan-jalan yang menghampiri zina.
Adakah kita hanya perlu menunggu sahaja tanpa berusaha? Tak. Seperti mana Dr. Muslih (watak utama lelaki dalam CKA & CHC), beliau berusaha membaiki diri untuk menjadi seorang mukmin yang baik, yang mampu membimbing saat dikurniakan keluarga. Berusaha untuk menjaga hati daripada dicemari dengan cinta yang belum pasti, cinta yang datang sebelum waktunya.
Suatu hari, Hana mesej dia. My last message to him. Hana kata, lebih baik Hana doakan dia dari jauh aje daripada terus mesej macam tu. Hana takut Hana tak dapat kawal rasa hati. Terlalu mengingati dia sehingga lupa akan Dia, Pencipta hati dan perasaan kita. Hana takut lalai, sebab ini kali pertama Hana rasa macam tu pada seorang lelaki. Juga teringatkan pesanan salah seorang ustazah Hana, mencari keberkatan saat semuanya sudah halal.
I said, kalaulah antara kami ada jodoh, insya-Allah walau terpisah benua sekalipun akan jumpa balik. Tapi, kalau Allah dah kata tak ada jodoh antara kami, dia ada depan mata sekalipun kami tetap takkan bersama. Better Hana baiki diri dulu untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik for my Mr. Right-Yet-Still-Unknown and my future children, insya-Allah. And better dia baiki diri dia juga untuk bakal keluarga dia nanti.
Insya-Allah tahun depan dia akan fly overseas, moga Allah mudahkan jalan dia gapai impian dia. Dan Hana tak nak ganggu dia. Sekarang cuma nak fikir pasal study aje dulu. :)
Apa yang Hana cuba nak sampaikan, it's not that korang wajib putus dengan pasangan masing-masing. It's up to you :) Hana kenal suatu pasangan yang setia since diorang Form 1 sampai sekarang. Dan si lelaki dan si perempuan bagus dalam soal agama. Moga Allah mudahkan perjalanan jodoh mereka. Aamin :)
Kalau korang rasa dia yang terbaik, berdoa pada Dia mohon dipermudahkan semuanya. Kita boleh juga doa minta jodoh dengan sesiapa tahu? :P Pada masa yang sama, pandai jaga diri, baiki diri untuk bakal keluarga kelak :)
Dan, kalau bersedih sebab berpisah, tenangkan diri dan jangan fikir semuanya sudah berakhir antara kamu dan dia. Siapa tahu, kamu dan si dia akan bersatu kelak untuk akad nikah? ;) Kalau dah jodoh, terpisah benua pun akan berjumpa juga.
Keberkatan selepas ijab kabul paling penting ^^ Insya-Allah, semuanya mampu jumpa jodoh yang terbaik ya?
Till then.
Wassalam.
Saturday, May 4, 2013
424#Ai no Kotoba ~ Kizuna :)
Kizuna.
Salah satu perkataan Jepun yang Hana suka :) Dah lama sangat tinggal Bahasa Jepun sejak habis high school dua tahun lepas (-__-) I bet Ria Sensei and Pert Sensei will be getting mad. Erk.
Maksud kizuna? Hubungan, bond :) Sesuatu yang lebih terkesan di hati berbanding relationship semata-mata :) It brings different meanings somehow.
There's a bond of family, bond of friends and bond of love :) I guess there's a lot! Cuma kita aje tak dapat rasa dan fikir. Kan?
Kadang-kadang, kita tak tahu macam nak describe kizuna ni. Sebab ianya sesuatu yang boleh dirasa dengan hati walaupun kita dapat melihat sendiri perlakuan atau layanan seseorang terhadap kita. Ikhlas atau tak, dapat kita rasakan dengan hati.
Tapi, tanpa hubungan yang kuat antara satu sama lain tidak membenarkan hati kita kuat untuk bersama-sama mereka menghadapi masa susah dan senang mereka. Keluarga, sahabat, cinta. Ianya sesuatu yang perlu dihargai. Sesuatu yang terlalu berharga, lahir daripada hati kita :)
Hargailah apa yang ada di depan mata. Masih belum terlambat untuk menunjukkan bahawa anda menyayangi mereka yang berada di sekeliling anda.
Kizuna :)
Till then.
Wassalam.
Friday, April 26, 2013
414#Ai no Kotoba ~ Mat Luthfi : Memilih Pemimpin Untuk Noobs
He got nice points here :)
Good job Mat Luthfi! Boleh lak nyanyi kat last part tu. Ha Ha :D
Till then.
Wassalam.
Thursday, April 25, 2013
413#Ai no Kotoba ~ Indahnya Bersyukur :)
" Bosannya pagi ni tak tahu nak buat apa."
" Breakfast biskut kering aje? Mana best!"
" Hidup aku ni memang lifeless. Bosan. Semua yang aku buat tak kena."
Dalam kita mengeluh, kita tak tahu.
Ada beribu-ribu malah beratus ribu orang di luar sana sedang mengalami ketakutan. Sedang berjuang untuk hidup.
Takut dibunuh, takut dengan masa depan yang terasa gelap, takut diri mereka dieksploitasi oleh pihak tertentu malah takut untuk meneruskan hidup.
Bangkit daripada tidur, ucapkan 'Alhamdulillah'.
Sekurang-kurangnya kita masih diberi peluang untuk memulakan hari yang baru. Sekurang-kurangnya kita diberi peluang untuk terus menghirup udara di bumi-Nya. Sekurang-kurangnya kita masih diberi peluang untuk menebus dosa-dosa kita.
Bersyukur.
Peringatan untuk diri sendiri dan kalian juga :)
Selamat malam. Fi hifzillah. Moga kalian berada dalam lindungan Allah SWT.
Wednesday, April 17, 2013
Saturday, April 13, 2013
396#Ai no Kotoba ~ Masa Depan?
Masa depan?
Semalam, 'masa depan'lah yang bermain dalam fikiran.
It's weird when you were sitting with your mama and she started to talk about fate, marriage and children. So then you realised that you were a grown up girl. You ARE a grown up girl.
Tapi.
Sempat ke habiskan degree?
Sempat ke sambung Masters?
Sempat ke sambung Masters?
Sempat ke jumpa separuh daripada jiwa kita?
Sempat ke mempunyai anak-anak sendiri?
Sempat ke didik anak-anak dengan nur Islam?
Sempat ke mempunyai anak-anak sendiri?
Sempat ke didik anak-anak dengan nur Islam?
Sempat ke tengok anak-anak membesar?
And the list goes on.
Hanya Dia yang tahu. Dia. Pencipta kita. We don't know what will happen in our future. But, we do know who holds our future. He does. Always.
Tapi, tak bermakna kita perlu duduk diam dan tak buat apa-apa. Allah tak akan membantu hamba-Nya yang tidak berusaha. Berusahalah ke arah yang lebih baik. Kita tak tahu bila kita akan capai kejayaan tu. Tapi tak salah untuk mencuba.
Kan?
Fikir, fikir dan fikir. Kenalah bertindak juga. Nak buru syurga bukannya senang. Memerlukan pengorbanan. Nak buru neraka? Senang aje. Sebab itulah orang selalu berpesan, mujahadah itu payah kerana syurga itu manis.
Kun Faya Kun.
Jika Dia berkata Jadi, maka Jadilah.
Step forward to your future. Believe in Him :)
Till then.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
































