Popular Posts

Showing posts with label KMKN. Show all posts
Showing posts with label KMKN. Show all posts

Saturday, November 8, 2014

624#Ai no Kotoba ~ Meeting Tun M @ UniKL MFI


Alhamdulillah. 

Salam Sabtu semua. 

Last Thuesday, I was given a chance to meet Tun M. Yes. Our world-class former PM. :)

Tak adalah sempat nak cakap face-to-face with him. Tapi alhamdulillah, merasalah dapat tengok Tun M depan mata kan? 

Tun M hadir ke UniKL MFI, Bangi untuk bagi talk dengan mahasiswa. Boleh kata semua wakil UniKL dari seluruh Malaysia hadir plus institut institut lain di bawah MARA including GMI. Sebuah sesi yang amat bermakna. 

Suka dengar cara Tun M cakap. Penuh dengan tertib :)

Masa Tun M baru aje sampai

Bila talk dah habis, biasalah kan mesti ada Q&A session. Dalam banyak banyak soalan daripada mahasiswa, ada satu soalan yang betul betul tarik perhatian orang di dalam dewan yang super sejukkk macam duduk kat Antartika tu.

Mahasiswa : Kenapa golongan muda seperti kami tidak diberi peluang untuk terlibat dengan urusan politik, mentadbir negara? Atau mungkin golongan yang lebih berintelek? (lebih kuranglah soalan tu. Hana ringkaskan sikit)

Tun M : Ini memang suatu penyakit. Biasanya bila pemimpin tu seorang yang bodoh, atau kurang pandai, dia akan ambil anak anak buah yang lebih bodoh daripadanya. Bila dah pemimpin bodoh macam tu, anak anak buah pun bodoh macam dia. Takkan dia nak ambil orang yang pandai daripada dia? Bila dia dah letak jawatan, pemimpin yang menggantikan dia akan lebih bodoh daripada dia dan perkara itu akan berterusan. 

Apa yang Tun M balas pun Hana ringkaskan aje. Tapi memang terkejut masa dengar banyak perkataan 'bodoh' keluar daripada mulut Tun.

Bila dengar sendiri, kebanyakan soalan yang ditanyakan kepada beliau, beliau tak ada menjawab secara direct. Memang ada maksud yang tersirat. Itulah apa yang boleh Hana simpulkan. Tapi boleh kata jawapan Tun M semuanya jenis makan dalam.

Haha.

And then, I met Sarah and Farhana. My college friends zaman kat KMKN dulu. Sekarang ni dua dua sambung degree kat UniKL BMI. Tak sangka mereka pun hadir sama :)

Farhana, me and Sarah :)

Walaupun sekejap aje sesi bersama Tun M ni, tapi banyak pengalaman yang beliau kongsikan dengan kami. Bukan senang nak dapat peluang jumpa bekas pemimpin Malaysia yang terkenal ni. Lagi lagi bila kita ni bukannya orang besar. Haha.

It's such a great honour to meet you, Tun.

Till then.
Wassalam.


Wednesday, April 10, 2013

391#Ai no Kotoba ~ Praktikal : Extended Holidays


Tengah hari tadi kecoh kat group dan Twitter pasal kitorang punya technical training untuk Sem 3 or known as praktikal. Sebelum ni, kitorang ada dua options tarikh untuk praktikal yang CFS UniKL tak tetapkan lagi. Tadi, bila buka UniKL ECITIE, our UniKL portal, dah ada announcement pasal praktikal kitorang.

Then, ada dua tarikh untuk praktikal; 4 Mei - 28 Jun atau 8 Jun hingga 2 Ogos.


Kitorang ada tiga pilihan untuk degree nanti. Hana pilih dua kat UniKL MESTECH dan satu kat UniKL MICET. Insya-Allah placement untuk praktikal akan tahu 24 April ni. Tapi kalau kira, dua-dua kampus tu akan start praktikal 8 Jun ni which means our holidays are being extended (T___T) Bapak bosan cuti lama.

Yang dapat 4 Mei ada yang tak puas hati sebab start awal, katanya tak puas cuti. Yang dapat 8 Jun pula ada yang jealous sebab geng 4 Mei ni sempat lagi nak puasa sebulan kat rumah. Sob3. Hana lah tu. Nak gak merasa puasa sebulan kat rumah. Balik 2 Ogos kot. Lagi empat lima hari nak raya (T__T)

Manusia, manusia.

Tak pernah puas hati, kan?

Apa-apa pun, Hana harap sangat dapat first choice; Bachelor in Clinical Science Laboratory (Hons.). Semua bergantung pada CGPA nanti. Requirement untuk Clinical Lab ni agak tinggi juga. Cuma tak adalah tinggi sangat macam pharmacy. Huhu~

Till then.
Wassalam.

Friday, April 5, 2013

385#Ai no Kotoba ~ Hari Terakhir | 14032013


Teringat.

Teringat hari last Hana kat KMKN yang lepas :) 14 Mei 2013. Tepat pukul 1.30 PM, habis aje kertas Kimia 1, maka sahlah kami batch ke-9 FIST UniKL SPT sebagai bekas pelajar di Kolej MARA Kuala Nerang. Happy sebab dah habis foundation (our foundation will be really over once dah habis praktikal) dan dah boleh balik rumah cuti tapi sedih juga. Sedih sebab nak tinggal tempat yang dah 10 bulan jadi rumah kedua kami :) We miss you, KMKN. 

And here the pictures are :

Yang ni, teman Along jumpa ehem ehem dia :) He he. Kalau nak buat jahat, memang Hana siar dah gambar diorang tu. Tapi takleh. Kang ada jugak yang kena bebel (-__-)

Lama gak kitorang borak. Along bagi nasihat sekali dengan mengutuk. Memang nak kena (-__-) Jagalah bila dah jumpa balik. Sibuk kacau mereka sebenarnya :P Ha ha ha!


Dan petang tu dalam pukul 5.30, kitorang ramai-ramai keluar. Lepas serbu CIMB dan kedai kek D'Bagus, kitorang pergi makan cendol dan ABC :) He he. Dalam lapan orang semuanya. Cuma takde gambar semua orang :) He he. Tak jumpa kat FB :P


Hana minum cendol pulut. Best x) Tambah-tambah dalam cuaca panas macam ni. He he :D Nampak tak gambar kartun owl kat sebelah tu? Yang tu cupcake :) Hana beli untuk si Neesa kecik memandangkan mama, abah dan Neesa akan sampai tengah hari esok (Jumaat).



Kitorang sampai kolej dalam pukul 7 lebih. Sempat lagi snap gambar kat depan Dewan Badlishah. Nanti rindu pula kat dewan besar ni :) He he. Sungguh! Rindu kolej ni :) Rindu suasana sekitarnya.



Ha ha! Konon-konon nak posing. Tapi kekok sebenarnya tu :P He~ Kitorang ambil jalan belakang rumah felo. Kawasan belakang tu cantik. Cuma ambil masa sikitlah nak sampai blok kediaman kalau nak banding jalan depan surau. Snap-snap jugak kat sini.


Yang ni Bella (tudung kuning), Fini (tudung kelabu) dan Nad (tudung purple). Ada yang dah balik sebelum kami :) Nampak tak suasana kat belakang tu? Yang tu padang. Yang ni masa kitorang jalan kat kawasan belakang rumah felolah ni :)

Rindu kolej :)

Till then.
Wassalam.

Thursday, April 4, 2013

381#Ai no Kotoba ~ Happy 19th My Awesome Stepmom!


Dear stepmom, you're awesome. Please, stay the same! *one of your stepdaughters*

Hewhewhew~

Bukan stepmom betul-betul ya :D Kalau ada betul-betul, awal-awal lagi Hana pergi rumah dia dan buat rosak jahanam semua perabot dalam rumah tu. Be my stepmom? In your dream. Even abah bergurau aje pun, memang nak kena (-__-) Langkah mayat dulu sebelum nak jadi stepmom!

Okey, dah emo kat atas tu.

Nak ucapkan Happy 19th to one of my bestfriends in KMKN :D 040494 was her born date and now she's officially 19! Big clap to yourself! *applause*

So, Nik Qurratu'aini Farhanah b. Zakpar a.k.a. our mak tiri, Happy 19th and be our forever awesome mak tiri yaww~ Have a blast in your birthday and I wish you all the best! Keep your feet walking forward and never look back! 

Thanks for all your babbling, your care, your love, your comfort every time I cry and everything :D me love you! Insya-Allah, for eternity!

Oh ya! Terutama bab tengok movie sama-sama, lepak lama dalam F130 tu. Ha ha :D
*rindu nak tengok movie ramai-ramai kat F130*


Love you Aini!

Till then.
Wassalam.

Thursday, March 28, 2013

371#Ai no Kotoba ~ Praktikal Lambat Lagi -_-



Sekarang ni kan Hana tengah cuti Sem 2. Program foundation Hana ni ada tiga sem; dua sem kat KMKN dan satu sem kat mana-mana UniKL pilihan untuk bachelor program yang kita pilih nanti. Hana pilih Bachelor of Clinical Laboratory (Hons.) kat UniKL MESTECH, Kajang.

Sepatutnya 28 April ni dah start Sem 3 untuk praktikal. Praktikal atau technical training ni untuk memudahkan kami FIST students sebelum masuk degree nanti. Sepanjang praktikal ni kami akan didedahkan dengan lab apparatus yang memang kitorang tak pernah jumpa, field trips dan projek. Sem 3 ni tak ada dah kuiz exam bagai tu. Kami cuma ada projek sahaja.

Semalam tengok ada kawan post kat group. Katanya, CFS UniKL tengah arrange lagi tarikh untuk kitorang praktikal nanti. Ada dua option; sama ada 4 May hingga 28 June atau 8 June hingga 2 August. Harap harap dapat first option, sempat lagi nak puasa sebulan kat rumah kalau macam tu. He He :) Cuma mungkin jadual agak packlah nanti kalau dapat first option.

Alamatnya, cuti sem Hana kali ni extend lah. 

And, the moment I told abah and mama about the changing, abah was like, " Lama lagilah abah kena tengok muka kakak kat rumah ni? Buat habis beras aje. Biasanya beras tu bolehlah tahan 3 bulan. Kalau kakak cuti panjang, keraplah abah kena beli beras."

And me was like, " Abah ni (-__-) memang nak kena agaknya. Kakak makan nasi hari ni pun tak. Grrr grrr..."

Cepat-cepatlah praktikal. Nak merasa jugak puasa sebulan kat rumah tahun ni. Haha.

Till then.
Wassalam.

Sunday, March 17, 2013

364#Ai no Kotoba ~ Memori Tercipta


13 May 2012, hari pertama Hana daftar di Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN).
14 Mac 2013, secara rasminya bergelar bekas pelajar KMKN.

Daripada strangers, we went out from college like a big family. Banyak yang dah dipelajari bersama-sama. KMKN bumi tarbiah. Act like a catalyst. It's easier for us to change in a new place, surround by new people, than changing in our old place, surround by old people who love to judge.

I met new friends yang boleh hoo haa sama-sama pada masa yang sesuai, minta tolong if ada masalah dalam pelajaran, belajar benda baru etc. I met Along too. Well, it just seems like he's just an adopted brother to me, but I really feel like he's my flesh and blood brother. From stranger to friend and I end up being his little sister. There's a lot yang Along dah buat and I appreciate them. True indeed.

Di tempat baharu, hanya iman dan akal yang dapat mengawal kita. Tersalah jalan, kita boleh terbabas. And I'm here to say that, thanks for being my friends and family, supporting each other through thick or thin. I love all of you dear friends. All the best in UniKL soon :) 

If He said we could meet again in future, we could. Insya-Allah.














Throughout our lives, friends come and go. But family lasts forever - Along

Till then.
Wassalam.

Saturday, March 16, 2013

363#Ai no Kotoba ~ Ex-KMKNian :)



Final exam tamat 14 Mac 2013. Habis aje final paper tu, secara rasminya Hana dan kawan-kawan dah bergelar bekas pelajar Kolej MARA Kuala Nerang. Mixed feelings dah masa tu. Happy sebab dapat balik rumah, sedih sebab nak tinggalkan kolej. Semua bercampur.

Banyak sangat perkara yang nak share kat blog ni. Lepas ni dapat aktif blogging balik :) Hee~

Baru aje sampai rumah ni :)
Home sweet home.

Till then.
Wassalam.

Wednesday, February 20, 2013

362#Ai no Kotoba ~ Jalan-jalan Ke Jitra

Masa CNY hari tu, kolej kitorang cuti empat hari. Cuti weekends Jumaat dan Sabtu dan cuti tambahan CNY hari Ahad dan Isnin. Hana tak balik sebab cuti empat hari je. Malas nak berjam-jam dalam bas. Tak apalah, mid sem hari tu pun dah balik. 

Budak lecture Hana yang tak balik, kitorang pakat-pakat nak pergi Jitra. Hana, Intan, Ana, Nad, Ezza dan Syu (Syu budak engineering) semua pakat nak kenal Jitra. Tak pernah pergi sana lagi :P Kitorang naik bas dari pekan Kuala Nerang pukul 9. Sampai Jitra almost 10 AM. 

Jejak aje kaki kat bumi Jitra tu, terus call Fini (sama kelas tutorial dengan Hana). Fini duduk kat Jitra. Kebetulan rumah Fini dekat aje dengan Jitra Mall yang kitorang nak pergi tu. Finilah yang jadi tour guide kitorang dari pagi ke petang kat Jitra :P

Memandangkan kitorang jumpa Fini pun dalam pukul 10 AM dan Jitra Mall tak bukak lagi kecuali Jitra Mall Cinema, ramai-ramailah pakat nak tengok movie. 10.30 AM pulak ada tayangan Hantu Kak Limah 2. Beli ajelah tiket untuk tengok HKL2 tu. Tapi kan citer tu macam ni je -----> (-___-) macam rugi pulak RM 11 untuk beli tiket tu.

To me, awal-awal aje yang best. Part lain tak best. Rasa macam banyak lawak bodoh. Hantu dalam tu pun tak menakutkan sangat. Tapi lain orang lain pendapat. Kalau berminat bolehlah tengok dulu. Tapi memang HKL2 tak dapat menambat hati (-__-) Adoiii~ Tengok poster Hansel & Gretel tu gak la yang nampak best tapi tayangan pukul 12.30 AM.

Habis aje tengok wayang, it's shopping time! Jalan keluar masuk kedai-kedai yang ada kat Jitra Mall tu. Jitra Mall best :D Macam banyak lagi tempat yang boleh jejak kalau nak banding dengan City Plaza dan Alor Setar Mall kat Alor Setar.

Jalan punya jalan, perut pun mintalah diisi. Kitorang semua pergi Pizza Hut aje. Hajat nak pergi Domino's tapi agak jauh daripada Jitra Mall. Apa lagi, Pizza Hut pun menjadi pilihan. Order tiga jenis pizza tapi satu slice aje yang Hana boleh habiskan (-__-) kesian kat Hawaiian Chicken tu sebab separuh aje yang tak dapat dihabiskan dengan jayanya. Dah kenyang dengan lasagna sebelum tu agaknya. Kawan-kawan yang lain dah makan sampai dua tiga slice.

Siap aje makan pizza, Snogurt jadi tumpuan yang seterusnya. Hana beli original flavour + marshmallows + lychees. Original flavour best! :D Macam minum Vitagen original flavour. Hee~ Kenyang aje dengan Snogurt, terus pergi stesen bas balik. Naik bas pukul 4.15. Tepat-tepat pukul 5 dah sampai pekan Kuala Nerang.

Memang penat berjalan berjam-jam, tapi best dapat habiskan masa macam ni. Release gak tension. Hana final 10 Mac ni. Ada beberapa minggu aje lagi sebelum angkut semua barang balik rumah dan teruskan dengan Sem 3, insya-Allah, kat UniKL MESTECH di Kajang nanti.











p/s : tengok poster Beautiful Creatures kat cinema hari tu macam menarik aje. Dah Google sinopsis, memang menarik! :)

Monday, February 11, 2013

361#Ai no Kotoba ~ Fusion 2013 KMKN


Dah berabad Hana tak update apa-apa kat blog ni (-__-) Terlampau sibuk dengan lectures dan Fusion 2013 yang baru aje berlangsung hari Rabu lepas (6 Feb 2013). Kali ni nak cerita sikit pasal Fusion 2013. Fusion ni macam Science Fair lah. Every year setiap batch kat kolej ni akan present projek diorang. Terbahagi kepada Biologi dan Fizik. Professor-professor daripada UNIMAP dijemput sebagai judges.

Tapi bukan semua projek terpilih. Yang terpilih sahaja yang akan present projek mereka. Penuh satu Dewan Badlishah tu dengan booths yang dah di set-up sehari sebelum Fusion. For Mathematics Project dan Chemistry Project, kami hanya adakan pameran sahaja. Tak termasuk dalam pertandingan.

Rezeki Hana hanyalah pada Chemistry Project. Madam Suhadah chose my group to represent our lecture pada Fusion 2013. Projek ni based on how to prevent rusting by using polymeric coating. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar :)

 our poster for Chemistry Project :)
during preparation, one night before

 our booth :)


le group mates yang banyak membantu :)
Intan (oren) dan Ana

 yang ni booth untuk Maths Project for lecture Hana
project ni involved satu lecture dan kitorang buat sal Handicraft Cute Book x)
booth ni betul-betul depan booth Chemistry group Hana

salah satu Bio Project
melibatkan Coconut Husk

Tak banyak gambar yang diambil. Tak sempat pun nak jalan-jalan satu dewan tu untuk tengok semua projek
(-__-)

Till then.
Wassalam.

Broaden News