563#Ai no Kotoba ~ Dahulu dan Sekarang
Daripada sekecil-kecil perkara hinggalah yang paling besar, rasa nak kongsi di blog ni.
Hidup baru, novel baru, anime baru, pengalaman baru, semua!
Dahulu, cuma tahu subjek English, Bahasa Melayu, Matematik.
Sekarang, mula belajar subjek yang memang tak pernah belajar sebelum ni. Anatomy & Human Physiology, Philosophy, Clinical Laboratory.
Dahulu, cuma berada dalam kelompok kecil. Dunia tidak seluas mata memandang.
Sekarang, dunia dah makin luas, makin ramai kenalan baru.
Dahulu, tidak kenal apa itu classical music yang menjadi halwa telinga orang ramai sejak beratus-ratus tahun dahulu, pandai layan lagu biasa aje.
Sekarang, makin suka classical music, makin bertambah koleksi classical music dalam playlist. Elgar's Salut d'Amour Op. 12, Scubert's Ave Maria, Franz Liszt's La Campanella.
Setiap masa, setiap saat, akan ada perubahan dalam hidup kita.
Setiap kali jatuh, berusaha untuk bangun. Kita tak akan jatuh untuk selama-lamanya. Insya-Allah, akan tiba masanya bila kita mencuba untuk bangun, kita akan dapat berdiri teguh selepas itu. Orang yang tidak berjaya dahulu insya-Allah boleh berjaya di masa hadapan kalau dia ambil iktibar atas apa yang terjadi sebelum ni.
Salam Subuh :)
Till then.
Wassalam.
ishaAllah... semakin lama2 semakin banyak kita pelajari. semoga apa yg kita ada dapat memberi manfaat kepada org lain jugaa...
ReplyDeletebetul tu adik.. setiap hari kita akan berubah.. semoga perubahan kita ke arah yang lebih baik..
ReplyDeleteAku yang sekarang, hukan yang dulu. Hee. Terus tabah mengharungi perjalanan hidup ni akak ! Semangat !
ReplyDelete