Friday, January 17, 2014

591#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Code Geass : Lelouch of the Rebellion


Dah lama tak review anime ;) Kali ni Hana nak review anime yang Hana dah lamaaaaaa tengok tapi baru nak review :p Dah habis tengok dalam dua tahun lepas tapi baru rajin nak buat review :p Actually banyak lagi yang tak buat review kat blog.

Ehem.

Code Geass : Lelouch of the Rebellion ni semua sekali 25 episodes for each seasons and ada dua season. Tu tak campur OVA. Sesiapa yang suka tactical and mecha anime Hana memang highly recommend this anime sebab anime ni antara yang paling ramai peminat sebab taktik yang digunakan dan plot anime ni memang unexpected, tak kiralah lelaki ke perempuan. Sesiapa yang minat tactical anime boleh layan Death Note jugak. 


Lelouch Lamperogue atau nama asal dia Lelouch vi Britannia adalah the 11th Prince of the Holy Britannian Empire yang pegang kuasa dunia. The 98th Emperor of Britannia, Charles zi Britannia adalah ayah Lelouch. Tapi, lepas Marianne vi Britannia, mak Lelouch mati dalam serangan di istana tempat diorang tinggal Lelouch dan adik perempuan dia, Nunally vi Britannia dibuang ke Jepun. Lelouch berdendam dengan ayah dia sebab ayah dia macam tak peduli dengan pembunuhan mak dia.

Nak dijadikan cerita, dia dapat kuasa Geass untuk beri arahan yang wajib dipatuhi daripada CC masa dia selamatkan CC daripada military. Fokus utama anime ni pasal Lelouch nak jadikan dunia ni satu dunia yang sentiasa aman menggunakan kuasa Geass dia. Antara sebab Lelouch nak amankan dunia yang memang sentiasa berperang ni sebab dia nak Nunally hidup dalam dunia yang aman. Sejak pembunuhan ibu mereka, Nunally lumpuh separuh badan dan dia takut nak buka mata dia.

Lelouch antara watak anime yang paling Hana minat sebab handsome dan karisma dia :p Hehe.

Lelouch mulakan rancangan dia nak jatuhkan empayar ayah dia dan secara tak langsung menjadi ketua The Black Knights di bawah identiti Zero. Sebagai Zero, orang lain langsung tak tahu siapa identiti sebenar Lelouch sebab dia guna mask untuk tutup wajah dia. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu identiti sebenar Zero termasuklah CC yang terlibat dengan rancangan Lelouch.


Sesiapa yang tengok final episode untuk Code Geass Season 2 kalau tak nangis memang tak sah. Hana sendiri dah menangis beria-ria masa tengok final episode tu. Anime ni antara anime yang mampu buat Hana menangis teruk :p He he.

Lupa pula mention pasal Kururgi Suzaku, kawan baik Lelouch sejak dia dan Nunally dibuang ke Jepun dulu. 

Selamat menonton!

Till then.
Wassalam.

nota : Tak boleh beria-ria review sebab dah banyak lupa :p Kena tengok balik.

3 comments:

  1. ada sorg classmate guna nama lelouch ape ntah tu kt fb.. rupa2 dia ambik dr anime.. haha

    ReplyDelete
  2. dah lama akak tak singgah sini.. menarik review hana mengenai anime ini.. :D

    ReplyDelete
  3. kawan mimi suka sangat anime macam kak. kita suka sikit sikit je, hehe :D

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News