Syukur kerana masih diizinkan untuk bernafas hari ini.
Syukur kerana Dia masih beri kita peluang untuk cari jalan demi beratkan timbangan belah kanan di Padang Mahsyar nanti.
Surat Al-Baqarah ayat 152 : "Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku".
Selalu sangat kita lupa untuk mengucap syukur kepada Pencipta kita.
Selalu sangat kita ulang balik dosa yang kita buat.
Selalu sangat kita lupa Dia Maha Pengampun.
Bersyukurlah sebab Dia Maha Mengampuni dosa-dosa kita, sama ada dosa kecil atau dosa besar.
Kita dapat makan makanan yang sedap, dapat tidur di katil yang empuk, dapat luangkan masa dengan keluarga kita jadi bersyukurlah. Ramai lagi di luar sana yang mengimpikan untuk hidup dalam suasana yang aman macam kita. Insya-Allah.
Kanak-kanak di Syria kesejukan dan kelaparan padahal kita mampu tersenyum sebab dapat makan masakan ibu yang sedap dan tidur berselimutkan gebar tebal.
Kanak-kanak di Palestin menangisi kematian ibu bapa mereka sebab kezaliman Israel laknatullah padahal kita mampu bergelak tawa dengan ahli keluarga yang lain.
Maka, bersyukurlah.
Till then.
Wassalam.
Alhamdulilah,bmuhasabah diri disni
ReplyDelete