Thursday, February 5, 2015

638#Love Note ~ [Book Review] Another Way to Fall

 

Dah tiga minggu menghilang. Syok sangat dapat cuti sem sampai lupa terus kat blog :p

Alhamdulillah. Berjaya juga masuk Sem 4 dengan jayanya.

Hana update ni pun sebab nak review buku yang Hana baca lepas habis final exam hari tu. Rasanya blog ni dah boleh jadi blog untuk review buku kot. Kalau tak, tak tahulah nak kongsi apa sangat kat blog ni. Nak delete, cam sayanglah pulak. Dah wujud hampir lima tahun dah.

Kali ni Hana nak review buku RM8 beli kat Big Bad Wolf akhir tahun lepas. Dah lama usha buku ni kat DeBook Room sebab kat situ RM20 je, adalah beza RM15 camtu kalau beli kat main bookstore. Tapi alang alang BBW jual RM8 aje, baik beli kat situ. Kan?

Berjimat cermat orang kata.


Rating: 4.5/5

What would you do if you could write the story of your life?

After battling a brain tumour twenty-nine year old Emma thinks she is in the clear, but her world comes crashing down around her when she is told her fight was in vain, and there is nothing more the doctors can do.

Realising that she won’t now have time to achieve the things she dreamed of, Emma decides to write her perfect life in a story. She imagines all the things she would have done, the places she would have seen, the husband she would have shared her life with and the family they would have raised. And, mysteriously, as she writes her story, she starts to notice that some of her dreams seem to be coming true.

Now with a real love in her life, and her fading hope burning brighter, reality and fiction start to become blurred. As she writes their life-long love story Emma dares to believe that anything is possible, but can she really change her fate?


Baca buku ni buat Hana teringat kat Me Before You. A tear-jerking story yet uplifting. 

I adore Emma. Walaupun dia tahu kanser otak dia dah tak boleh diselamatkan, dia cuba untuk create her own happy endings even pada mulanya, Emma tak boleh nak terima. Masa depannya cerah sebelum dia disahkan menghidap kanser beberapa tahun dulu. Punya kerjaya yang dianggap hebat untuk gadis muda sepertinya. Tapi kanser penyebab dia terpaksa lupakan impian dia selama ini.

Emma cuba untuk tulis kisahnya, daripada perspektif yang berbeza. Bagaimana kalau dia bebas daripada kanser? Bagaimana kalau dia berjaya dapatkan kembali kerjaya dia? Bagaimana kalau dia jatuh cinta, berkahwin dan ada anak? Bagaimana kalau dia dapat hidup bahagia hingga akhir hayat dengan suaminya?

Itulah apa yang Emma ciptakan untuk dirinya sendiri.

Ibu Emma dan adik Emma sangat supportive walaupun kadang-kadang rasa macam menyampah dengan ibu Emma. Pushover walaupun Emma dah letih dengan segala macam rawatan. But I could relate to her. Yalah, ibu mana tak sayang anak. Tentu selagi boleh, nak usahakan yang terbaik untuk si anak.

Ayah Emma? I hate him for being a father. Walaupun dah tahu anak sulungnya sakit kanser, tak pernah datang melawat. Cuma hantar kad ucapan semoga cepat sembuh aje. Terus menghilang daripada hidup Emma. But good for him, akhirnya sedar dan berubah. Cuba untuk jadi bapa yang sentiasa ada dalam hidup anak-anaknya, Emma's half-siblings.

A good read. Will make you wonder about your life.

Till then.
Wassalam.

3 comments:

BudakVanilla said...

waaahh. macam best je novel nie. teringin baca. :D

Aisya A. said...

ini yg hana komen kt blog sy tu hari kan? hehe

mcm menarik. :D

Abe Kie said...

dah lama abe kie tak membaca novel spt ini..

Post a Comment

Recent Posts