Showing posts with label Nasyeed. Show all posts
Showing posts with label Nasyeed. Show all posts

Friday, April 20, 2012

252#Ai no Kotoba ~ Maher Zain's Number One For Me





Korang tentu minat Maher Zain kan? Hana suka sangat lagu-lagu beliau. Inspire people! Lirik pun best dan touching. Memang tabik sama Maher Zain sebab guna kelebihan beliau dalam bidang seni untuk dijadikan sebagai saluran dakwah beliau. Siapa kata kalau jadi penyanyi tak boleh berdakwah? Boleh aje asalkan kena pada caranya. 

Music Video (MV) Number One For Me baru aje publish pada 15 April 2012 tapi dah mencapai 2 000 000++ views! Tahniah Maher Zain! Satu lagi MV yang layak diberi pujian dan lima bintang. Melalui MV ini, dapat digambarkan betapa beliau sayangkan ibu beliau. Lagu ini ditujukan kepada ibu beliau dan juga pada semua ibu di dunia ini. Sebuah MV yang comel dengan kehadiran seorang kanak-kanak lelaki yang nakal sebagai Young Maher Zain. 


Tak boleh fikir macam mana ada orang Dislike MV ni. Tak kisahlah MV ni sebagai jalan Maher Zain untuk berdakwah, tapi tak perlu lah sampai Dislike. Secara umumnya, MV ni boleh ditujukan pada semua ibu tanpa mengira bangsa atau agama. (^.~)

Saturday, August 20, 2011

38#Ai no Kotoba ~ Menjemput Bidadari Hidupku

Assalamualaikum,


kali ni, aku nak share two songs which I'm really crazee nowadays~
Menjemput Bidadari by Dani Setiawan and Bidadari Hidupku by DeHearty :)







Dani Setiawan - Menjemput Bidadari 


Bila yakin telah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Ilahi Rabbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku di langkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Untuk bersama menuju Mu mengisi hari

Kini yakin telah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari telah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari telah menyapa jiwa
Memberikan makna

Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Ilahi Rabbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku di langkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Untuk sama menuju Mu, mengisi hari
Mengisi hari..






DeHearty - Bdadari Hidupku
Perasaan Lahir Dari Sebuah Pertemuan
Berputik Rindu Dari Hati Yang Amat Mendalam
Mekar Menyinar Seluruh Alam Kehidupan
Segar Sentiasa Ia Dalam Ingatan
Cinta Yang Ku Lafaz Bukanlah Cinta Gurauan
Kasih Yang Ku Damba Bukanlah Kasih Igauan
Seikhlas Hati Ku Semaikan Benih Kasih Sayang
Moga Kekal Bersinar Dalam Keredhaan
Kau Umpama Mutiara Di Tengah Lautan
Bak Bidadari Yang Menghiasi Hidupku
Bersama Kasih Sayang Mu
Hadirlah Kasihmu Sentiasa Dalam Hidupku
Mekar Bersama Ikatan Penuh Keikhlasan
Moga Haruman Mekar Kekal Bersama Keimanan
Menyinari Ruangan Hati Kesyahduan
Ku Dambakan Padamu
Sebuah Kasih Dan Sayang
Yang Lahir Dari Hati Yang Penuh Ketulusan
Doaku Agar Tuhan Memberkati Cinta Kita
Disinari Kehidupan Dengan Rahmatnya
Isteri Ku...Engkaulah Bidadariku
Hadirlah Bersama Ku Di Setiap Waktu
Ku Janjikan Setia Ku Hanya Untuk Mu
Dan Kasihku Hanya Padamu
Oh Isteri Ku
lyrics source from Google~

Saturday, August 13, 2011

36#Ai no Kotoba ~ DeHearty's Wanita

Assalamualaikum,


tengah free ni bolehlah update blog
kali ni aku nak kongsi sal satu lagu yang dah berjaman dok dalam folder aku
title?
Wanita by DeHearty





banyak gak lagu kumpulan ni yang aku minat
tapi sekarang aku tengah syok dengan lagu nie
biasalah, mood pilihan selalu berubah





dan ni satu lagi
lagu ni pun dah lama and title pun sama






conclusion, aku cepat addicted dengan lagu yang menyentuh sal wanita ni
lagu2 tokoh serikandi Islam pun aku boleh addicted
teringin nak jadi cam diorang, tapi aku rasa aku just zarah je kalau nak banding dengan diorang sume
aku takdelah lembut yang mereka, alim cam mereka
aku cuma teringin
insya-Allah boleh, sikit2 dulu ya?


yang ni pulak, 19 Keistimewaan Wanita :)


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya , maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

"Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah"

Renungan bersama (^_^)



source from Google~ 


春の花

Broaden News