Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Sunday, December 8, 2013

574#Ai no Kotoba ~ Hasil Buruan Bersama-sama Serigala Jahat

Yuhuuu!

Ehem. Abaikan.

Mood tengah gembira sebab dapat juga jejakkan kaki ke MIECC untuk join Big Bad Wolf akhir tahun ni.

Alhamdulillah :)

Banyakkkkkkkkkk sangat buku dan semuanya murah-murah. Kebanyakan pengunjung bawa luggage, kotak atau troli semata-mata nak borong buku banyak-banyk x) Hana sendiri bawa luggage untuk memudahkan diri sendiri bawa buku-buku tu semua. Tapi Hana bawa luggage kecik aje la :p Hee.


Kat atas ni antara buku yang Hana beli kat BBW. Tapi Hana beli 8 buah aje, including Neesa kecik's books. Yang lain tu semua buku yang Alah kirim. Fulus tak berapa nak ada :( Tambah tambah dekat nak habis sem ni. 

Eh. Ada kaitan ke?

Ramai sangat orang kat BBW. Macam macam ragam boleh tengok. Rambang mata nak tengok semuaaaaaaaa buku yang ada kat situ. From general fiction, romance, young adults, cookery, self-help, architecture and design, junior readers, gardening to pet-lover (memang rasa nak sebut semua genre yang ada kat BBW la kan) :p

Emcee BBW kelakarlah, nak tergelak pun ada masa beliau announced pasal hilang barang atau lost children. Lost mom pun ada tau :p At least entertained la sikit. BBW crews banyak membantu kalau lost sangat dalam dunia BBW tu sampailah tak tau nak tuju mana :p



Buku-buku untuk Neesa. Budak kecik tu dah sibuk tanya bila Hana nak balik. Awal tahun depan baru boleh jumpa ya budak :p Sabar sikit.

Kat BBW juga ada charity event, dengan maskot utamanya Red Readerhood. Charity event ni collaborate dengan The Budimas Charitable Foundation; pasal children book donation. Kita beli mana-mana buku kat bahagian Too Precious : Red Readerhood dan buku yang kita beli tu akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim.

Every child deserves the joy of reading - Lil Red

Sambil berbelanja, bolehlah beramal sekali :) 


Kepada penggemar buku, memang wajib korang pergi BBW ni ;) Banyak sangat pilihan buku yang menarik.

Till then.
Wassalam.

Saturday, December 7, 2013

573#Ai no Kotoba ~ Sara Skirts @ The Minn's Collection


Kepada kaum Hawa di luar sana, anda penggemar skirt? Sukakan gaya feminin dengan skirt labuh yang anda gayakan tetapi kadang kadang skirt itu agak jarang dan tidak menarik? Apa kata anda terjah page The Minn's Collection untuk melihat koleksi Sara Skirts.

Ehem.

Dah, cukup dengan gaya formal pelik kat atas tu :p


The Minn's Collection (TMS) ni milik sahabat Hana zaman sekolah rendah dan sekolah menengah dulu. Beliau baru mula berniaga. Produk pertama yang ada di page beliau adalah Sara Skirts iaitu thick lycra pleated skirts yang terdiri daripada 13 pilihan warna. 13 PILIHAN WARNA! Bukan satu atau dua aje hookayyyy :p He he.


Flowy, tidak jarang dan banyak pilihan warna yang menarik adalah antara daya penarik Sara Skirts kepada penggemar-penggemar skirt labuh di luar sana. Lai lai, mari beli mari beli :D Boleh mix and match dengan blaus dan kemeja yang dah ada dalam almari tu ;) Boleh gayakan ke kelas, masa outing dengan kawan-kawan atau semasa menghadiri majlis-majlis keramaian.


Kepada yang berminat nak menjadikan salah satu (atau lebih) Sara Skirts sebagai tambahan di wardrobe anda, anda boleh terjah sendiri di The Minn's Collection atau contact empunya TMS ni sendiri, sama ada melalui FB atau WhatsApp :) Info boleh tengok dekat gambar yang kedua tu.

Personal FB : Athirah Abdul Sattar 

Jangan lupa terjah!

Till then.
Wassalam.

Broaden News