Thursday, November 1, 2012

344#Ai no Kotoba ~ Result Sem 1


Punyalah lama tunggu result untuk Sem 1 keluar, hari ni baru ada kat UniKL ECITIE. Sepatutnya hari Rabu lepas dah boleh cek, tapi entah kenapa hari ni baru UniKL relase result kitorang. Bukannya apa, semua pakat berdebar aje. Takut kalau-kalau ada yang kena kick out daripada program ni.

Alhamdulillah, semua lulus :) Bak kata Cikgu Zol Hamidy, our HEP, " Tak ada sesiapa yang kena kick out. Semua kick in." 

Tapi, walaupun semua lulus, ada juga yang akan tinggalkan kolej tu. Dua orang budak Sci dah fly ke Mesir untuk dentistry. Insya-Allah, ini pilihan yang terbaik untuk mereka. Study baik-baik, jangan leka. Jangan sibuk cari minah Arab kat sana jugak. Hee :D

Back to my result, alhamdulillah dapat apa yang Hana harapkan (^_^)


Takdelah tinggi macam kawan-kawan lain. Ramai sangat yang dapat tinggi daripada ni. Ada yang dapat 3.67, 3.92 dan 4.00. Seperti biasa, gred untuk Maths yang rendah sekali (-__-) Masuk Sem 2 ni kena berbaik-baik dengan Maths. Tak boleh layan dia macam anak tiri. Lagipun Sem 1 ni banyak jugak Hana main-main. Nampaknya kena kurangkan sikit main tu. Jezz.

Mula daripada sekarang, kena make sure diri betul-betul rajin dan study smart. Kena mula daripada awal kalau nak maintain 3.5 ke atas sampai Sem 3. Huhhhh. Mind set kena betulkan balik. Yalah, kalau masuk degree lagi kena struggle kalau nak dapat Dean's List kan?

Apa lagi yang kita nak bagi pada parents kecuali doa dan kejayaan kita. Kan?

13 comments:

Ukhti Hana said...

nama kita sama =)

mabruk ya dik! study d mana?

Liselle MonCherie said...

Wow Hanaaa!!! Congrats! Dean tu hehehe :3. Hewhew I miss you~ <3

Alynn Nyzaa said...

congrats..keep up the good work :)

Cik Miela said...

hehe tahniah,boleh usaha lagi :)

Anisa Anuar said...

keep up good work

Haruno Hana 하나 said...

@Ukhti Hana syukran ^^ Hana study kat Kolej MARA Kuala Nerang :)

Haruno Hana 하나 said...

@Liselle MonCherie thanks Liselle! :D hee.. I miss you too <3

Haruno Hana 하나 said...

@Alynn Nyzaa thanks Kak Alynn ^^

Haruno Hana 하나 said...

@Alynn Nyzaa thanks Kak Alynn ^^

Haruno Hana 하나 said...

@Cik Miela thanks! insya-Allah ^^

Haruno Hana 하나 said...

@Anisa Anuar thanks Kak Nisa :)

deqjamucuxx said...

wooo . tahniah-2

Bui Junaidi said...

TAHNIAH..BERKAT RAJIN BELAJARKAN

Post a Comment

Recent Posts