Saturday, November 24, 2012

350#Ai no Kotoba ~ Bawah dan Atas


Cerita tengah hari semalam. Jumaat. 23/11/2012.

Seperti biasa pada hari Jumaat, female students kat kolej ni akan ada sesi Bimbingan Puteri start pukul 12 PM sehingga selesai solat Zohor berjemaah kat Surau al Huda, surau tercinta kolej ini. Biasanya, kitorang akan tadabbur mana-mana surah pilihan dalam al Quran sebelum sambung dengan sesi tazkirah atau perkongsian ilmu. Tapi, untuk tengah hari semalam, berbeza sikit.

Masuk aje dekat ruang solat lelaki (diorang solat kat masjid luar), nampak an old lady kat ruangan imam. Dengan tubuh labuh dan baju kurung hijaunya. Okey, she's an ustazah. Boleh kata pangkat nenek kita. Panggil ustazah tu Mak Long, beliau kata umur 60 tahun. Dah bercucu. Kitorang pakat duduk ramai-ramai dekat Mak Long.

Mak Long ajar kitorang bab ambil wuduk dan solat. Mak Long kata, sesetengah orang zaman sekarang sangat kisah kalau anak-anak tak dapat straight As for SPM, tak dapat sambung study kat overseas, tak dapat kerja elok-elok. Tapi, sangat tidak kisah kalau bacaan solat anak-anak mereka tak betul, wuduk tak sempurna, baju pakai tapi telanjang. That's it. Realiti umat Islam zaman sekarang.

Kata Mak Long, beliau perlu ajar ilmu-ilmu agama dengan betul. Tanpa tinggal walau perkara asas dan sunat. Sebabnya? Mak Long tak nak Allah SWT tanya Mak Long nanti di akhirat kelak. Mak Long tak nak Allah tanya Mak Long kenapa tidak diajar ilmu Mak Long dengan sebetul-betulnya.

Setiap perkara perlu diajar even yang paling cikai sekali pun. Contoh mudah, bab wuduk. Wuduk itu sunat tetapi yang sunat itulah yang akan menjadi salah satu penentu sah atau tidak ibadah kita. Contoh mudah, untuk solat. Kalau wuduk tidak sempurna, solat juga tidak sempurna. Simple aje kan?

Ada orang yang tinggi ilmu agamanya, ibadahnya di dunia ini. Tidak kira pada zaman Rasulullah SAW, zaman para sahabat atau kini. Tapi, hanya kerana tertinggal perkara yang dianggap kecil seperti ini, seksaan Allah menanti mereka di akhirat. Nauzubillah. 

Mak Long bagi contoh lagi. " Kenapa lecturers tetap hantar anak-anak mereka ke sekolah even ilmu mereka dah sampai tahap Masters dan PhD? Kenapa tidak mereka aje yang ajar anak-anak mereka tu?"

Jawapan Mak Long, mudah aje. Kerana kita perlu bermula daripada bawah. Walau dalam apa jua hal, kita kena bermula daripada bawah. Tak boleh terus melompat ke atas. Begitu juga dengan soal kejayaan. Untuk berjaya, tidak kira duniawi atau ukhrawi, semuanya bermula daripada bawah. Daripada bawah, kita mendaki ke atas.

Just a simple thought. Kan?

Kadang-kadang, kita tak sedar. Kita mahu berjaya. Tapi malas berusaha. Kita tak boleh salahkan orang lain jika kita tidak berjaya. Tanya diri kita sendiri, adakah kita pernah berusaha? Pernah cuba untuk bermula daripada bawah? Adakah kita terlalu tamak untuk berjaya sehingga terus bermimpi untuk terus berada di atas?

Istana di awangan. 

Apa yang terjadi di sekeliling kita, boleh dijadikan sebagai pengalaman hidup. Kutip apa yang berguna. Tetapi yang tidak boleh digunakan itu boleh juga dijadikan sebagai panduan kita. Panduan untuk lebih berhati-hati. Jadi, ingatkan diri kita. Tak ada kejayaan yang akan terus datang melekat pada kita.

Semuanya bermula daripada bawah. Kan?

Till then.
Wassalam.

4 comments:

  1. memang betul.kena la start dari bawah.kalau terus ajar ilmi yang level tinggi, memang terperanjat la budak2 dibuatnya.heheh...

    gomen lama tak singgah sini

    ReplyDelete
  2. entry ni menjadi kata2 semagat untuk terus berjaya :)

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News