Wednesday, February 20, 2013

362#Ai no Kotoba ~ Jalan-jalan Ke Jitra

Masa CNY hari tu, kolej kitorang cuti empat hari. Cuti weekends Jumaat dan Sabtu dan cuti tambahan CNY hari Ahad dan Isnin. Hana tak balik sebab cuti empat hari je. Malas nak berjam-jam dalam bas. Tak apalah, mid sem hari tu pun dah balik. 

Budak lecture Hana yang tak balik, kitorang pakat-pakat nak pergi Jitra. Hana, Intan, Ana, Nad, Ezza dan Syu (Syu budak engineering) semua pakat nak kenal Jitra. Tak pernah pergi sana lagi :P Kitorang naik bas dari pekan Kuala Nerang pukul 9. Sampai Jitra almost 10 AM. 

Jejak aje kaki kat bumi Jitra tu, terus call Fini (sama kelas tutorial dengan Hana). Fini duduk kat Jitra. Kebetulan rumah Fini dekat aje dengan Jitra Mall yang kitorang nak pergi tu. Finilah yang jadi tour guide kitorang dari pagi ke petang kat Jitra :P

Memandangkan kitorang jumpa Fini pun dalam pukul 10 AM dan Jitra Mall tak bukak lagi kecuali Jitra Mall Cinema, ramai-ramailah pakat nak tengok movie. 10.30 AM pulak ada tayangan Hantu Kak Limah 2. Beli ajelah tiket untuk tengok HKL2 tu. Tapi kan citer tu macam ni je -----> (-___-) macam rugi pulak RM 11 untuk beli tiket tu.

To me, awal-awal aje yang best. Part lain tak best. Rasa macam banyak lawak bodoh. Hantu dalam tu pun tak menakutkan sangat. Tapi lain orang lain pendapat. Kalau berminat bolehlah tengok dulu. Tapi memang HKL2 tak dapat menambat hati (-__-) Adoiii~ Tengok poster Hansel & Gretel tu gak la yang nampak best tapi tayangan pukul 12.30 AM.

Habis aje tengok wayang, it's shopping time! Jalan keluar masuk kedai-kedai yang ada kat Jitra Mall tu. Jitra Mall best :D Macam banyak lagi tempat yang boleh jejak kalau nak banding dengan City Plaza dan Alor Setar Mall kat Alor Setar.

Jalan punya jalan, perut pun mintalah diisi. Kitorang semua pergi Pizza Hut aje. Hajat nak pergi Domino's tapi agak jauh daripada Jitra Mall. Apa lagi, Pizza Hut pun menjadi pilihan. Order tiga jenis pizza tapi satu slice aje yang Hana boleh habiskan (-__-) kesian kat Hawaiian Chicken tu sebab separuh aje yang tak dapat dihabiskan dengan jayanya. Dah kenyang dengan lasagna sebelum tu agaknya. Kawan-kawan yang lain dah makan sampai dua tiga slice.

Siap aje makan pizza, Snogurt jadi tumpuan yang seterusnya. Hana beli original flavour + marshmallows + lychees. Original flavour best! :D Macam minum Vitagen original flavour. Hee~ Kenyang aje dengan Snogurt, terus pergi stesen bas balik. Naik bas pukul 4.15. Tepat-tepat pukul 5 dah sampai pekan Kuala Nerang.

Memang penat berjalan berjam-jam, tapi best dapat habiskan masa macam ni. Release gak tension. Hana final 10 Mac ni. Ada beberapa minggu aje lagi sebelum angkut semua barang balik rumah dan teruskan dengan Sem 3, insya-Allah, kat UniKL MESTECH di Kajang nanti.











p/s : tengok poster Beautiful Creatures kat cinema hari tu macam menarik aje. Dah Google sinopsis, memang menarik! :)

3 comments:

  1. Bestnya hangoutt.. :)
    Hana ni link bru azwa... :)
    http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. good luck untuk exam nie... syok hana keluar jalan2 pi jitra.!

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News