Showing posts with label tomodachi. Show all posts
Showing posts with label tomodachi. Show all posts

Sunday, March 16, 2014

600#Ai no Kotoba ~ Sebulan Lebih Menghilang


Ehem. Ehem.

Baru sekarang dapat update blog :( Mahu sebulan lebih jugaklah Hana tak jenguk blog langsung.

Banyak benda nak update tapi kena tunggu mid term break ni lah. Insya-Allah Hana balik Kelantan malam 20 April ni ;) Balik kampung!

Moderated comments pun Hana tak sempat nak publish lagi. Minta maaf sangat-sangat kat Nadia Syairah dan Ayumaira Bridal sebab tak dapat tolong edit blog korang :( Maaf sangat-sangat! Memang Hana langsung tak buka Blogger account ni sejak masuk Sem 2 hari tu.

Me and Nanad :) 
Second sem of BCLS 13/17

Tak sangka dah nak masuk pertengahan Sem 2 dah :) Alhamdulillah sebab masih bernafas even banyak kerja dah sekarang (T__T) nasiblah hidup seorang student. Assignments, quizzes, tests and lecturers. Tu tak campur aktiviti kelab lagi tu.

Pengalaman hidup. Ya tak? :p

Till then.
Wassalam.

#PrayForMH370

Saturday, January 25, 2014

598#Ai no Kotoba ~ Sebelum Final Tamat


Hana nak share cerita sebelum last paper final exam yang lepas tamat :p Dah berminggu-minggu tapi baru nak share :p

Last paper, Introductory to Clinical Laboratory Science akan mula tarikh 7th Jan jadi kitorang ada tiga hari free sebelum last paper. Hari Sabtu 4th Jan tu kitorang ramai-ramai pergi bersukaria kat The Mines. Memang sungguh-sungguh bersukaria dari pagi ke malam macam final exam dah tamat :p

With Nanad Nonoid. Paksa dia teman makan okonomiyaki :p

Yummy yum!

Okonomiyaki ni sejenis makanan Jepun. Sesiapa yang pernah makan takoyaki, rasa okonomiyaki ni ada nak sama dengan takoyaki cuma okonomiyaki biasanya ada sayur dalam tu ;)

Ingat anatomy untuk manusia je penting? Anatomy of ayam penyet pun sama pentinglah :p


 Akmal sorang je laki :p Padan muka. *kau fly nanti elok elok, nanti kami tolong jagakan orang Malaysia*


Hana banyakkkkkkk sangat makan masa keluar ni :p He he. Duit banyak habis kat makan je. Suka jugak pergi Mines sebab cuma naik satu stesen aje dari Kajang terus turun kat Serdang. Takdelah susah sangat nak pergi sini.

Till then.
Wassalam.

Monday, January 20, 2014

594#Ai no Kotoba ~ Pergi Sekolah!


Memandangkan hari ni first week Haikal masuk Ahmad Maher, Hana ikut sekali pergi sekolah sebab dah lama tak jumpa cikgu-cikgu dan juniors yang lain. Seawal 7 pagi lagi dah sampai sekolah :p Hehe.

Sampai aje Maher terus pergi terjah Bilik BOSS sebab Cikgu Naeimah dah sampai. Cikgu kata beliau belikan nasi kerabu dan kuih untuk Hana x) Excited sangat sebab dah lama tak makan dengan cikgu!

Mahu seharian jugak ada kat sekolah. Sebab hari ni ada majlis anugerah untuk students yang cemerlang masa PMR 2013, so students yang lain dapat balik awal. Pukul 1 dah boleh balik. Hana ajak cikgu dan dua orang juniors Hana pergi Tesco. Beli barang sikit dan makan-makan. Isi perut yang kebuloq!

Tak pergi dinner BSM tahun lepas pun still dapat hadiah untuk dinner :p

Mula-mula singgah kedai buku dulu dekat dengan Tesco KB tu sebab cikgu nak beli barang-barang lukisan. Cikgu mengajar Kimia dan Seni, selalu beli barang kat situ sampailah pekerja kat kedai tu dah kenal cikgu :p Masuk aje Tesco kitorang serbu bahagian frozen dulu. Daripada dalam pukul 3 lebih sampai pukul 4:30 PM dok merayap dalam Tesco sebelum pergi serbu food court dalam tu :p


Makan fish & chips! Sebab mengidam yang Marrybrown punya :p Dah lama tak makan benda alah ni. Okeylah rasa fish & chips kat Tesco ni :) Tercapai jugak hasrat nak makan fish & chips :p

Aizan (pink) dan Lyn (purple) yang banyak sangat mulut, terutamanya Lyn :p

With Cikgu Naeimah :D The very person who was responsible for bringing me into an active world of co-curriculum, namely PBSM ;)

Nak buka cerita sikit. Kalau nak ikutkan Hana bukanlah seorang extrovert yang suka tonjolkan diri, Hana lagi suka buat hal sendiri dan tak suka join aktiviti ko. Tapi sejak kenal Cikgu Naeimah, penasihat persatuan BSM Maher, Hana mula slow slow aktif dalam aktiviti-aktiviti ko. Daripada yang tak suka berkhemah, Hana suka join perkhemahan yang BSM anjurkan. Tak kisahlah peringkat daerah atau lain-lain.

And guess what? 

I succeeded and enjoying myself for almost one whole week of an international level camping. And I also went to Kuching, Sarawak as one of the representatives of Kelantan state for a national level co-curriculum award ;)

So nak cakap, kalau korang aktif dalam kokurikulum pun tak bermaksud korang tak dapat high achievements in academic. Brace yourself. Melalui kokurikulum, insya-Allah banyak sangat pengalaman berharga dan baru yang korang boleh dapat. Pencapaian dalam akademik bukan segala-galanya ;)

Till then.
Wassalam.

Sunday, August 4, 2013

545#Ai no Kotoba ~ Kad Raya Aidilfitri 1434 H :)


Dah dua tiga hari blog ni tak ber-update. Hu hu.

Alhamdulillah Hana selamat sampai ke bumi Kelantan ni around 9:30 hari Khamis malam Jumaat yang lepas. Home sweet home~ He he :D


Back to my main title, Hana dapat kad raya tahun ni x) Satu daripada Penerbitan Kaki Novel dan satu lagi daripada Kak Aisya Chipmunk&Barney :)

Terima kasih KN dan Kak Aisya! He he :D 

Untuk yang setia memberi komen di blog ni, Hana ada sediakan e-card untuk mereka. Nak hantar kad raya memang tak sempat. Insya-Allah tahun depan Hana akan mulakan operasi menghantar kad raya :P He he. Harap-harap sudilah terima ya? Hana ada hantar pada ruang komen mereka yang terpilih tu :)

Daripada KN :)

Isi dalam :P He he. Comel kartun tu >_<

Handmade kad raya daripada Kak Aisya :D

Comel aje >_< He he.

Kat sini Hana nak minta maaf banyak-banyak pada semua bloggers. Minta maaf kalau ada terguris hati ke dengan komen Hana, Hana lambat balas jejak ke, apa apa aje lah! Minta maaf ya? :D

Dan mungkin blog ni akan terabai juga lepas ni. Mungkin dua tiga hari lepas raya baru Hana akan update, jejak korang balik. Insya-Allah :) Maaf ya sebab lambat jejak entri lama korang? ;)

Salam Aidilfitri 1434 H! :D

Till then.
Wassalam.

Sunday, July 14, 2013

533#Ai no Kotoba ~ Hurrah @ Taman Tasik Cempaka :D


Entri Bergambar :

Hari Jumaat lepas kami dibawa ke Taman Tasik Cempaka, Bangi untuk environment assessment. Berkait dengan air, udara dan bunyi. Pukul 8:15 AM berkumpul depan kampus dan kami semua naik coaster aje. Hana naik first trip dengan kawan-kawan yang lain. Memandangkan nak tunggu second trip sampai, kami semua pakat explore sikit taman tu. Dah explore tu, apa lagi? Ambil gambarlah! :D










 Takde kerja pergi berdiri atas pagar tu :P Ha ha.





Ma'iee sesat. LOL :P


Memang happy~ Ha ha :P Ni pun ada lagi gambar. Masa ni lecturers tak sampai lagi, kawan-kawan yang lain pun tak sampai lagi. Pasal environment assessment tu Hana update dalam scheduled post nanti :)

Till then.
Wassalam.

Sunday, July 7, 2013

524#Ai no Kotoba ~ Suku Ke Puncak | Broga Hills



Semalam pergi ambil Aina di KTM Kajang dengan Asmaa dan Una. Entah macam mana, boleh pula tetiba cakap pasal Broga Hills. Terkeluarlah cadangan nak pergi tengok sunrise. Kononnya. He he :D 

Malam semalam juga, ajak Syakir sebab dia tahu jalan. Kitorang dah plan cantik punya, pergi lepas Subuh. Hana pun dah dapat permission daripada abah. Called him around 11 something rasanya, lepas gaduh kat LINE :P He he. Abah tak nak mengaku beliau rindu anak dara sulung beliau ni :P Ha ha ha :P

Azan Subuh aje before pukul 6 tu, Hana terus pergi kejut Aina, Una dan Asmaa. Siap-siap apa semua, turun kat tempat parking kereta depan bangunan hostel. Hana sarung T-shirt rasmi kolej, tracksuit, sports shoes dan tudung plain hitam aje. Selesa dah kot nak pergi hiking. 

Kitorang bertolak dalam pukul 6:40 AM dan sampai pukul 7 AM. Ingatkan tak ramai orang, tengok-tengok masa tu dah banyak kereta parking kat kaki bukit. Mulalah hiking naik ke atas. Tapi tak sempat tengok sunrise. Kitorang sampai puncak dekat pukul 8 AM. Kalau betul-betul nak tengok sunrise, kena pergi around 5 AM kot. He he :D


Takdelah sampai puncak, suku ke puncak je :P Memang dah tak larat, dahlah tak breakfast (-__-) Kami ingatkan sekejap aje nak sampai puncak tu. Next time kena planning betul-betul. Una dan Syakir aje yang naik sampai ke puncak. Memang boleh nampak ramai orang kat puncak. Boleh kata kami betul-betul kat area sebelum naik betul-betul ke puncak.




 Masing-masing dok tahan silau sunlight


 Turun aje dari bukit, kami pergi cari kedai makan di Bangi. Lastly singgah di sebuah kedai makan dekat dengan Econsave Bangi. Makan-makan, pergi jalan-jalan kat Econsave dan kedai-kedai sekitar Econsave tu. Mahu sampai hostel dalam pukul 11:30 AM juga rasanya. Atau almost 12 PM. Kot.

Next time boleh pergi lagi. Kena prepare stamina awal-awal kalau nak pergi hiking :P Hana last hiking masa zaman Form 5, dah dua tahun berlalu. He he :P Dahlah memang tak suka bersukan, mana tak letih. Paling suka part turunlah, sebab macam lari laju aje turun bukit, siap kena lompat panjat kayu bagai. He he :D

By the way, dari pukul 6:40 AM sampailah masa tiba di hostel, Hana ulang dengar lagu INI. He he :P

Till then.
Wassalam.

p/s : Proses menaip scheduled posts for this entire week :P

Monday, July 1, 2013

518#Ai no Kotoba ~ 1st Date : Mira Miya

*scheduled post - ditaip pada 30/6/2013*

Dalam entri INI, Hana ada beritahu nak pergi date dengan someone kan :P He he. Nak update pasal date hari Sabtu tu.

Hana ada date dengan Mira Miya, novelis Jingga Selepas Hujan terbitan KarnaDya. Nama pena beliau Mira Muskam, tapi nama di FB Mira Miya. Acano tu Mira?

Dah lama kenal dengan Mira, tapi in virtual web ajelah. Kenal sebab Mira pun sama-sama join Urban Teen Writer (UTW). Tahun terbit novel kami pun sama, tahun 2010 x) *promote jap* He he :D

Nak dijadikan cerita, ada satu malam tu tweeting dengan Mira and Mira tanya Hana kat mana sekarang. Lepas cakap sekarang kat Kajang dan bla bla bla, tak sangka rumah Mira dekat je dengan kampus Hana. Memang jodoh betul nak berjumpa :) So kitorang pun planned nak berjumpalah :)

Lepas Zohor hari Sabtu lepas, Mira datang ambil Hana dengan Nad. Nad kawan sekolej dan sekampus Hana, minta dia temankan Hana jumpa Mira. Kitorang pergi MetroPoint kat Kajang tu aje. Lepas settled a few things, kami pergi makan kat Chicken Rice Corner. Mira belanja x) Lain kali jumpa insya-Allah Hana belanja pula tau. Thanks Mira!

Kami sebaya tau ^__^


Tujuan gambar diambil? Nak send kat abah, sebab abah selalu send gambar makanan sedap-sedap dari rumah (>___<)

Nad :D

Gambar ni Mira yang edit, so Hana tak letak watermark :P He he.

Thanks semua. Bestlah dapat jumpa Mira :D Harap-harap dapat jumpa rakan-rakan UTW yang lain pula :) Ingatkan awkward masa first time jumpa, tapi tak pun. Rasa macam dah lama kenal face to face. He he :D

Lain kali bolehlah date lagi. Thanks juga pada Nad sebab temankan Hana :)

Klik SINI untuk entri berkenaan di blog Mira :D He he.

Till then.
Wassalam.

Broaden News