Saturday, September 13, 2014

622#Ai no Kotoba ~ Beauty Tips : Elak Mascara Cepat Kering


Rasanya jarang gila Hana post any tips pasal kecantikan kat blog ni kan? Masakan tidak, zero betul pengetahuan pasal beauty care ni. Bedak, lotion, facial care memang jarang pakai. Mungkin hanya beberapa kali dalam setahun? 

Alasan? Tersangatlah malas nak pakai :p 

But I do apply some lip balm sebab bibir cepat kering. Deodorant and perfume too. Tentu tak nak badan berbau kan? Nanti bukan aje orang lain tak selesa, kita sendiri pun tak selesa. 

Oh ya. Sekarang Hana dah berevolusi sikit. Dah reti pakai lipstick dah :p Haha. 

Okey, kembali kepada tajuk. Untuk entri kali ni Hana nak berkongsi Tips : Elak Mascara Cepat Kering.




Rasanya semua dah tahu apa fungsi mascara. Selain daripada melentikkan bulu mata kita yang tak berapa nak lentik tu ( :p ) mascara juga membantu menjadikan bulu mata menjadi lebih panjang dan lebat. 

Korang rasa lebih cantik pakai mascara atau fake eyelashes? Okey. Ikut keselesaan masing-masing. Tapi dalam entri ni Hana nak cerita pasal mascara aje. 

Bercakap pasal mascara, masalah bagi pengguna mascara adalah mascara cepat kering walaupun baru aje dibeli. Once mascara dah kering, struktur mascara akan menggumpal sekaligus akan mencacatkan penampilan pengguna mascara. 

Boleh jadi panda, tahu? :p 

So, jom baca the three tips for women out there (or even men?) untuk menangani masalah ni. 



1. Jangan biarkan mascara tanpa penutup dalam masa yang lama. Ini merupakan sebab utama kenapa mascara boleh jadi cepat kering. Lebih kurang macam marker atau gel point pen lah. Kalau kita biarkan benda alah tu tanpa penutup dalam masa yang lama, tentu susah sikit nak guna marker dan gel point pen tu. Kan? :)



2. Kalaulah mascara milik anda dah kering, rendamkan mascara tu dalam air panas tapi jangan rendam lama sangat! Just untuk beberapa minit aje. Proses ni untuk mencairkan kembali struktur mascara yang kering tu kembali kepada asal.

3. Gunakan mascara daripada produk yang berkualiti dan anda percayai. Kadang kadang ada pengguna yang beli mascara yang tidak berapa berkualiti. Mungkin sebab nak berjimat tapi hasilnya mungkin kurang memuaskan.


Bagi anda yang ingin memiliki mascara daripada jenama-jenama tempatan dan antarabangsa yang terbaik, cepat cepat cepat! Buka laman web ZALORA Malaysia sekarang!

ZALORA menyediakan pelbagai pilihan mascara yang best best dengan harga yang berpatutan. Selain itu, korang tak payah pening fikir nak keluar rumah untuk ke beauty center sebab pihak ZALORA menyediakan perkhidmatan penghantaran secara PERCUMA terus ke muka pintu rumah anda. Jadi tak perlu bersusah payah fikir nak start engine kereta atau fikir pasal postage cost.

Apa yang ditunggu lagi? Klik ZALORA Malaysia sekarang!


Till then.
Wassalam.

Wednesday, September 10, 2014

621#Ai no Kotoba ~ [Book Review] Fangirl


Buku yang dibeli thanks to BB1M ;)

Buku tulisan Rainbow Rowell yang kedua Hana baca selepas Eleanor & Park. I do love Eleanor & Park till now. A great story from Rowell ;) So it's a must lah untuk dapatkan Fangirl, kan?


Rating : 4.5/5

Cath is a Simon Snow fan.

Okay, the whole world is a Simon Snow fan...

But for Cath, being a fan is her life—and she’s really good at it. She and her twin sister, Wren, ensconced themselves in the Simon Snow series when they were just kids; it’s what got them through their mother leaving.

Reading. Rereading. Hanging out in Simon Snow forums, writing Simon Snow fan fiction, dressing up like the characters for every movie premiere.

Cath’s sister has mostly grown away from fandom, but Cath can’t let go. She doesn’t want to.

Now that they’re going to college, Wren has told Cath she doesn’t want to be roommates. Cath is on her own, completely outside of her comfort zone. She’s got a surly roommate with a charming, always-around boyfriend, a fiction-writing professor who thinks fan fiction is the end of the civilized world, a handsome classmate who only wants to talk about words... And she can’t stop worrying about her dad, who’s loving and fragile and has never really been alone.

For Cath, the question is: Can she do this?

Can she make it without Wren holding her hand? Is she ready to start living her own life? Writing her own stories?
And does she even want to move on if it means leaving Simon Snow behind?



Kalaulah kisah Eleanor & Park berlaku pada zaman high school, Fangirl ni pula masa college year. 

Cath adik kembar kepada Wren. Mereka berdua tinggal dengan ayah mereka sahaja selepas ditinggalkan ibu mereka. Cath is not a sociable person, unlike Wren.

During her first year, Cath mula sedar yang dia tak akan selama-lamanya boleh hidup dengan Wren. In slow pace, Cath cuba adapt diri dia dengan persekitaran. Dia get-to-know her roommate and her roommate's friend merangkap ex-boyfriend. Tapi Cath tak lupa her passion to Simon Snow.

Siapa Simon Snow?

Rainbow Rowell ada keluarkan buku baharu, Landline. Sesiapa yang berminat bolehlah dapatkannya. Selain tu ada Eleanor & Park Special UK Edition keluar. Sayangnya Hana dah ada copy yang biasa (T__T) Padahal harga sama aje.

Till then.
Wassalam.

Monday, September 8, 2014

620#Ai no Kotoba ~ The Start of Semester 3


The start of something new.

Something new lah sangat. Kononnya.

From library. From my shelf.

Six subjects. 18 credit hours.
 
Moga dapat survive sem yang lebih tough daripada the previous ones. Hope myself won't ever give my hopes up. 

He won't help us unless we help ourselves first.

Usaha dahulu baru tawakal. Jangan lebihkan tawakal padahal usaha seciput aje. Macam mana Dia nak tolong kalau kita sendiri tak rajin nak tolong diri sendiri?

Insya-Allah. Boleh buat.

Till then.
Wassalam.

619#Ai no Kotoba ~ [Book Review] The Ice Cream Girls

Buku tulisan Dorothy Koomson yang pertama Hana baca. The Ice Cream Girls.


Rating : 4/5

As teenagers Poppy Carlisle and Serena Gorringe were the only witnesses to a tragic event. Amid heated public debate, the two seemingly glamorous teens were dubbed ‘The Ice Cream Girls’ by the press and were dealt with by the courts.

Years later, having led very different lives, Poppy is keen to set the record straight about what really happened, while married mother-of-two Serena wants no one in her present to find out about her past. But some secrets will not stay buried – and if theirs is revealed, everything will become a living hell all over again.


The Ice Cream Girls is actually a story about abusive relationships. 
  
Ini kali kedua Hana baca pasal abusive relationship. The first one is Me & You by Claudia Carroll. Tapi ter-review buku ni dulu. Tak kisah ya? :p Hehe.

Just a short review sebab masa Aidilfitri lepas Hana baca buku ni. Ingat ingat lupa :p

After almost 20 years, Serena dan Poppy bertemu kembali. Mereka hidup dalam suasana yang cukup berbeza selepas peristiwa yang membuatkan mereka famous sebagai The Ice Cream Girls. 

Bagi Hana, kisah ni lebih kepada bravery, forgetting, forgiving and accepting. Walaupun dah hampir 20 tahun berlalu, apa yang terjadi masih hidup dan menghantui Serena dan Poppy. Mereka berdua kena belajar menerima apa yang dah berlaku dan berani berhadapan dengan masa depan mereka.

A good story from Dorothy Komsoon. I really love it :)

Till then.
Wassalam.

Sunday, September 7, 2014

618#Ai no Kotoba ~ Kisah MSR September 2014

 



Ini kisah sepanjang minggu ini. Dari September 1st till September 6th. 
 
September 1st, new bachelor students mendaftar dan bermulalah MSR Week. Pening kepala kitorang dengan 200 new students ni. Hehe :p Nasib baik kerja Hana cuma jadi Ad Hoc OC, tak perlu deal dengan new students sangat :p
 
Registration dibuat di MPLs kat admin block. Parents semua tunggu di LH kat academic block. 

Hi. I'm 'kakak yang nampak serius dan menakutkan'. Bak kata students yang masuk masa June 2014 intake yang lepas. Tak kisahlah korang nak kata apa. Haha.

Our hostel.

Masa registration day, Hana jaga bahagian hostel. Memang penat. Dari pukul 10 pagi sampailah pukul 5 petang baru selesai. Itu pun still ada students yang baru masuk hostel. Semua OC dan faci yang jaga bahagian hostel sibuk. Dalam pukul 3 lebih baru sempat nak rehat dan makan. Solat apatah lagi :( Kena bergilir keluar rehat.

Bagi Hana MSR Week kali ni tak sepadat MSR Week yang lepas. Hana jaga checkpoint untuk explorace masa hari kedua. Masuk hari ketiga, Hana skip waktu tengah hari till petang sebab kurang sihat.

Dan petang September 6th, Hana keluar dengan Una dan Kak Farah for a celebratory. Celebrate selepas hampir satu minggu yang memenatkan. Even tidak sepenat faci yang kena deal dengan new students tu :p Keluar ke Metropoint kat Kajang aje pun. 

A little escapism before a new and hectic semester.

Having our late lunch at Old Town

Insya-Allah masuk September 8th esok, Hana dah masuk Semester 3 for BCLS. Kali ni kena menghadap dan menelan subjek Microbiology, Medical Biochemistry, Pathology dan Immunology. Tak lupa juga Hubungan Etnik dan Mandarin. Belajar bahasa Mandarin lah untuk Sem 3 ni.

Insya-Allah boleh survive dengan berjayanya. Fighting!

Till then.
Wassalam.

Segmen : Nak Blog URL by Macam-macam Cerita


Untuk pagi ni, Hana nak join satu segmen daripada blog INI ;)

Last Hana joined any segmen kat mana-mana blog adalah pada July 14th 2013, dah setahun lebih dah tu :O

So untuk entri kali ni, Hana nak join Segmen : Nak Blog URL by Macam-macam Cerita.

http://thisni3zahata.blogspot.com/2014/09/segment-nak-blog-url.html

Katanya ini first segmen by MMC. Jom join ramai-ramai :)

Klik aje banner tu.

Till then.
Wassalam.


Thursday, September 4, 2014

617#Ai no Kotoba ~ [Book Review] How to Fall in Love

 
Dah lama Hana tak review any book kat blog ni. Kali ni Hana nak review satu buku yang memang famous amos penulisnya ;)

Rating : 5/5

She has just two weeks. Two weeks to teach him how to fall in love – with his own life.

Adam Basil and Christine Rose are thrown together late one night, when Christine is crossing the Halfpenny Bridge in Dublin. Adam is there, poised, threatening to jump. Adam is desperate – but Christine makes a crazy deal with him. His 35th birthday is looming and she bets him she can show him that life is worth living before then.

Despite her determination, Christine knows what a dangerous promise she’s made. Against the ticking of the clock, the two of them embark on wild escapades, grand romantic gestures and some unlikely late-night outings. Slowly, Christine thinks Adam is starting to fall back in love with his life.

But has she done enough to change his mind for good? And is that all that’s starting to happen?

 
Buku ni tersangatlah lawak. Unputdownable! Setiap kali baca mesti gelak aje memanjang. And Hana boleh bayangkan betapa handsome dan sweet si Adam Basil ni :p Hahaha!

Amat digalakkan kepada sesiapa yang belum baca buku ni. Oh ya. My copy is the small paperback. Kalau beli yang large paperback tu leceh kalau nak bawa pergi mana-mana.

And Cecelia Ahern akan keluarkan buku terbaharu tak lama lagi! The Year I Met You. Pre-order dah boleh dibuat. Hana akan tunggu small paperback version keluar dulu, means lambat lagilah boleh baca The Year I Met You tu :(

Till then.
Wassalam.

Broaden News