Showing posts with label UniKL. Show all posts
Showing posts with label UniKL. Show all posts

Saturday, November 8, 2014

624#Ai no Kotoba ~ Meeting Tun M @ UniKL MFI


Alhamdulillah. 

Salam Sabtu semua. 

Last Thuesday, I was given a chance to meet Tun M. Yes. Our world-class former PM. :)

Tak adalah sempat nak cakap face-to-face with him. Tapi alhamdulillah, merasalah dapat tengok Tun M depan mata kan? 

Tun M hadir ke UniKL MFI, Bangi untuk bagi talk dengan mahasiswa. Boleh kata semua wakil UniKL dari seluruh Malaysia hadir plus institut institut lain di bawah MARA including GMI. Sebuah sesi yang amat bermakna. 

Suka dengar cara Tun M cakap. Penuh dengan tertib :)

Masa Tun M baru aje sampai

Bila talk dah habis, biasalah kan mesti ada Q&A session. Dalam banyak banyak soalan daripada mahasiswa, ada satu soalan yang betul betul tarik perhatian orang di dalam dewan yang super sejukkk macam duduk kat Antartika tu.

Mahasiswa : Kenapa golongan muda seperti kami tidak diberi peluang untuk terlibat dengan urusan politik, mentadbir negara? Atau mungkin golongan yang lebih berintelek? (lebih kuranglah soalan tu. Hana ringkaskan sikit)

Tun M : Ini memang suatu penyakit. Biasanya bila pemimpin tu seorang yang bodoh, atau kurang pandai, dia akan ambil anak anak buah yang lebih bodoh daripadanya. Bila dah pemimpin bodoh macam tu, anak anak buah pun bodoh macam dia. Takkan dia nak ambil orang yang pandai daripada dia? Bila dia dah letak jawatan, pemimpin yang menggantikan dia akan lebih bodoh daripada dia dan perkara itu akan berterusan. 

Apa yang Tun M balas pun Hana ringkaskan aje. Tapi memang terkejut masa dengar banyak perkataan 'bodoh' keluar daripada mulut Tun.

Bila dengar sendiri, kebanyakan soalan yang ditanyakan kepada beliau, beliau tak ada menjawab secara direct. Memang ada maksud yang tersirat. Itulah apa yang boleh Hana simpulkan. Tapi boleh kata jawapan Tun M semuanya jenis makan dalam.

Haha.

And then, I met Sarah and Farhana. My college friends zaman kat KMKN dulu. Sekarang ni dua dua sambung degree kat UniKL BMI. Tak sangka mereka pun hadir sama :)

Farhana, me and Sarah :)

Walaupun sekejap aje sesi bersama Tun M ni, tapi banyak pengalaman yang beliau kongsikan dengan kami. Bukan senang nak dapat peluang jumpa bekas pemimpin Malaysia yang terkenal ni. Lagi lagi bila kita ni bukannya orang besar. Haha.

It's such a great honour to meet you, Tun.

Till then.
Wassalam.


Sunday, September 7, 2014

618#Ai no Kotoba ~ Kisah MSR September 2014

 



Ini kisah sepanjang minggu ini. Dari September 1st till September 6th. 
 
September 1st, new bachelor students mendaftar dan bermulalah MSR Week. Pening kepala kitorang dengan 200 new students ni. Hehe :p Nasib baik kerja Hana cuma jadi Ad Hoc OC, tak perlu deal dengan new students sangat :p
 
Registration dibuat di MPLs kat admin block. Parents semua tunggu di LH kat academic block. 

Hi. I'm 'kakak yang nampak serius dan menakutkan'. Bak kata students yang masuk masa June 2014 intake yang lepas. Tak kisahlah korang nak kata apa. Haha.

Our hostel.

Masa registration day, Hana jaga bahagian hostel. Memang penat. Dari pukul 10 pagi sampailah pukul 5 petang baru selesai. Itu pun still ada students yang baru masuk hostel. Semua OC dan faci yang jaga bahagian hostel sibuk. Dalam pukul 3 lebih baru sempat nak rehat dan makan. Solat apatah lagi :( Kena bergilir keluar rehat.

Bagi Hana MSR Week kali ni tak sepadat MSR Week yang lepas. Hana jaga checkpoint untuk explorace masa hari kedua. Masuk hari ketiga, Hana skip waktu tengah hari till petang sebab kurang sihat.

Dan petang September 6th, Hana keluar dengan Una dan Kak Farah for a celebratory. Celebrate selepas hampir satu minggu yang memenatkan. Even tidak sepenat faci yang kena deal dengan new students tu :p Keluar ke Metropoint kat Kajang aje pun. 

A little escapism before a new and hectic semester.

Having our late lunch at Old Town

Insya-Allah masuk September 8th esok, Hana dah masuk Semester 3 for BCLS. Kali ni kena menghadap dan menelan subjek Microbiology, Medical Biochemistry, Pathology dan Immunology. Tak lupa juga Hubungan Etnik dan Mandarin. Belajar bahasa Mandarin lah untuk Sem 3 ni.

Insya-Allah boleh survive dengan berjayanya. Fighting!

Till then.
Wassalam.

Sunday, August 24, 2014

615#Ai no Kotoba ~ 1st MARA Global Village @ UniKL BMI


Cuti sem before masuk Sem 3 dah start but here I am, still kat kampus. Tak boleh balik rumah sebab nak kena prepare for new students intake (T__T)

Dari 22nd till 23rd August, Hana berkampung di UniKL BMI, Gombak for the first ever MARA Global Village in collaboration between MARA and UniKL. 12 UniKL campuses and all MRSM attended the Global Village. Each campus and MRSM represented each country exists in the world. Well, boleh kata setiap booth for each campus and MRSM akan pamerkan budaya untuk setiap negara ;)

And we, UniKL MESTECH got Jordan. Tak pasal pasal belajar pasal Jordan :p

 Each exhibitor got one diplomatic passport, konon betul betul pergi travel all around the world

Pada 22nd, around 8:30 PM kitorang ada language class for two hours. Ada French, Korean, Japan, Russia, Arabic, Spanish etc. Hana masuk French class. Best gila! Madam Norhayati pandai sangat tarik students yang zero pasal French. Tak memasal belajar basic French. Nak introduce diri sendiri dan basic greetings pun dah tahu dah :p Haha.


 Our booth, 80% completed in deco


On 23rd, we bought this. Every visitor too. Harga RM2. Tapi duit hasil jualan Global Village Passport ni akan disumbangkan sebagai dana untuk Gaza. Every visitor and exhibitor yang pergi melawat setiap booth akan dapat setiap cop 'negara' yang dikunjungi. 

Ada makanan yang berasal dari setiap negara, boleh cuba pakaian tradisional (yukata Jepun and hanbok Korea pun ada!) Setiap jualan di setiap 'negara' menggunakan dinar MARA. Dinar MARA boleh ditukar di kaunter Tourism Malaysia yang menjual passport ni di pintu masuk dewan. 

 Our mascot for National Costume Contest

Sepanjang Global Village berlangsung, banyak sangat performances yang best best! Ada tarian tradisional Malaysia, Flamingo dance from Spain, Aikido martial arts from Japan, nyanyian French songs oleh UniKL MFI, demo memasak oleh Chef Jo Masterchef, demo memasak Spanish cuisine dll.

Paling best masa National Costume Contest. Hana paling suka kostum from Egypt (diorang gayakan pakaian Firaun and the Queen), South Korea, Japan, Mexico and UK. 

Contoh cop setiap negara yang Hana dapatkan. Memang fe-feeling melancong ke seluruh dunia :p

Hi! I'm the exhibitor of Jordan. Kononnya :p

Serius cakap MARA Global Village ni best. Harap harap tahun depan boleh join lagi. If not as the exhibitor, as the traveler, perhaps? 

Till then.
Wassalam.

Tuesday, June 24, 2014

608#Ai no Kotoba ~ 2014 June Intake MSR Week


Kedatangan adik adik baru. Kononnya. Ahaks! :p

Alhamdulillah MSR session dah hampir tamat. Sekarang ni jadual budak budak tu semua penuh dengan briefing aje. Academic, MARA loan, finance briefing bla bla bla~ Nasib korang la budak.

My tag ;)



With some of the OCs and facis


Tak ramai pun diploma intake, hampir 60. Tapi kalau degree mau masuk sampai 200 orang. Barulah pening kepala faci dan OC sekalian nak urus diorang. Haha :p

Just a short update. 

Till then. 
Wassalam.

Sunday, March 16, 2014

600#Ai no Kotoba ~ Sebulan Lebih Menghilang


Ehem. Ehem.

Baru sekarang dapat update blog :( Mahu sebulan lebih jugaklah Hana tak jenguk blog langsung.

Banyak benda nak update tapi kena tunggu mid term break ni lah. Insya-Allah Hana balik Kelantan malam 20 April ni ;) Balik kampung!

Moderated comments pun Hana tak sempat nak publish lagi. Minta maaf sangat-sangat kat Nadia Syairah dan Ayumaira Bridal sebab tak dapat tolong edit blog korang :( Maaf sangat-sangat! Memang Hana langsung tak buka Blogger account ni sejak masuk Sem 2 hari tu.

Me and Nanad :) 
Second sem of BCLS 13/17

Tak sangka dah nak masuk pertengahan Sem 2 dah :) Alhamdulillah sebab masih bernafas even banyak kerja dah sekarang (T__T) nasiblah hidup seorang student. Assignments, quizzes, tests and lecturers. Tu tak campur aktiviti kelab lagi tu.

Pengalaman hidup. Ya tak? :p

Till then.
Wassalam.

#PrayForMH370

Saturday, October 12, 2013

561#Ai no Kotoba ~ New Life :)


Dah nak masuk sebulan baru boleh blogging (T__T) I miss blogging so much! Tapi memang tak menyempat langsung. FB pun dah jarang buka :(

So here I am, challenging myself for the new path of my life :)


Bachelor of Clinical Laboratory Science (Hons.)

Target : 
1. ISEM
2. UK for Masters program


Pray for me will you? Hee :p 

Insya-Allah Hana akan cuba update lagi ;)

Till then.
Wassalam.


Sunday, September 1, 2013

557#Ai no Kotoba ~ Hari Penting!



Insya-Allah, hari ni Hana akan daftar sebagai salah seorang bachelor student di UniKL MESTECH :) Course pilihan Hana ialah Bachelor of Clinical Laboratory Science (Hons.), sama je dengan biomedik cuma admin kata nama Clinical Lab tu biasanya digunakan di US, UK pula biomedik. Ahhh... tak kiralah nama apa, yang penting dapat sambung belajar :) 

Doakan Hana tau! Semoga hari ni jadi langkah pertama untuk Hana berjaya. Insya-Allah :) 

Kepada kawan-kawan yang turut mendaftar di mana-mana universiti pada hari ini atau pun esok, Hana ucapkan selamat berjaya juga! Jangan sia-siakan peluang yang ada ni ;)

Till then.
Wassalam.

nota : Menanti hari terakhir orientasi walaupun tak start pun lagi (-__-)

Sunday, June 30, 2013

517#Ai no Kotoba ~ Cucuk-cucuk Ambil Darah

*scheduled post - ditaip 29/6/13*

Hari Khamis 27 Jun 2013 lepas, Hana ada kelas Phlebotomy Practical. Ada dua sesi; sesi pertama pukul 9 AM - 12 PM, sesi kedua pukul 2 PM - 5 PM. Tapi macam biasa, kami dilepaskan awal kalau aktiviti dah tamat. Sesi pertama tamat dalam pukul 11:30 AM, sesi kedua tamat dalam pukul 3:45 PM.

Apa itu phlebotomy?

Phlebotomy is the action of cutting veins, arteries and capillaries. Itu apa yang Miss Ezad beritahulah. Senang cerita, phlebotomy ni berkaitan dengan cucuk jarum, ambil darah. Faham? Senang kan? He he :D

Untuk sesi pertama, kami diberi pengenalan mengenai phlebotomy dan praktis cucuk jarum pada mannequin. Serius cakap mannequin tu macam tangan manusia betul. Kalau tak cucuk pada vein dia, darah takkan keluar. Boleh kata macam model betullah. Amat berguna untuk praktis.

Nak cucuk jarum ni bukan senang. Kena ingat a few steps untuk mengelakkan silap cucuk vein, air bubble masuk dalam syringe dan sebagainya. Tapi praktis ni memang best! 


Yang ni needle jenis butterfly, seperti yang korang boleh tengok di blog Kak Deno :)






Sir Najib dan Miss Ezad yang handled kelas Phlebotomy kami. Untuk sesi kedua, kami kena pairing untuk praktis pada diri sendiri. Hana paired dengan Gee. Kesian pula nak cucuk Gee, sebab Sir Najib tunjuk demo guna butterfly needle pada Gee. He he :)





Sebelum balik. Tapi tak semua ada dalam gambar ni :)

Lengan kiri Hana ada dua lebam kesan kena cucuk. First time tu tak jadi, sebab apa entah. Silap cucuk rasanya. Then, Gee cucuk untuk kali kedua. He he. Lenguhlah juga untuk hari tu. Tapi sekarang dah pulih. Lebam dan kesan kena cucuk pun dah hilang :)

Till then.
Wassalam.

Thursday, June 27, 2013

513#Ai no Kotoba ~ Dapat Student ID Card :D

*scheduled post*

Ini cerita yang dah basi. Cerita pada 21 Jun 2013.

Hari Jumaat tu kami ada kelas Usage of Computer for Education di Computer Lab 1. Kelas asalnya pukul 9, tapi hari Khamis tu Madam Ainur (our supervisor) dah beritahu kelas postpone ke pukul 10. Yahooo!!!

Tengah tunggu nak masuk computer lab, tiba-tiba tup! Black out! Dah rasa macam kelas cancel aje ni. He he. Tapi kami masuk juga dalam computer lab, tak panas sangat sebab rasa lagi sejuk aircond. Tak lama lepas tu, Encik Zin datang dan katanya, beliau nak bagi student ID card untuk kami. Bolehlah tengok gambar masing-masing yang tak jadi tu. He he :D



Nampak matured tak? He he. Kalau tanya abah, sure abah kata tak (-__-)

Around 11, kami keluar kelas dan terus balik sebab next class pun batal. Satu kampus black out. Memang hoorayyy lah untuk pagi tu. Tapi lagi best kalau kelas batal terus since awal pagi :P He he. 

Tapi petang tu ada kelas juga pukul 3 hingga 4.30. Pasal resource centre, cara nak cari e-journal, e-books dan Library OPAC System. Pukul 5 tu pula, Hana dengan Aina dan Wawa pergi ke Metro Kajang. Wawa nak cari stand fan untuk bilik dia. Katanya sebab panas and Wawa juga ada asma. Kesian kalau kena asma nanti :(

Till then.
Wassalam.

Wednesday, June 26, 2013

512#Ai no Kotoba ~ Saya Gadis Makmal :P

*scheduled post*

Untuk minggu kedua technical training, kami banyak duduk dalam lab. Yang ni baru syok. Kalau anda, anda pilih duduk diam dengar lecture atau buat hands on stuff? He he :D


Untuk first time masuk lab, kami belajar pasal Laboratory Safety & Identification of Specific Rooms/Labs. Ada empat multi-purpose lab, tissue culture lab, environmental health dan lab untuk lab technicians guna aje. Lab stuffs untuk sterilisation dan apparatus pun kitorang belajar sama.

Untuk second time masuk lab, kami belajar pasal Glassware : Preparation & Usage. Banyak juga apparatus yang kami baru jumpa dan tahu fungsinya. 

Tapi, lab ketiga yang best! Kami belajar pasal Basic Medical Techniques. Mula-mula Kak Faridah (salah seorang lab specialist) ajar kami aseptic technique. Aseptic technique ni salah satu sterilisation method.

Ada dua konsep dalam aseptic technique. Satu, physical; kedua, chemical. Untuk physical, ada heat, filter and radiation techniques. Untuk chemical, guna liquid and mostly alcohol. Kebanyakan universiti guna heat and filter techniques berbanding radiation untuk physical concept. Radiation digunakan untuk sesetengah apparatus yang tak boleh di-sterile menggunakan heat and filter techniques.

Lepas belajar pasal aseptic technique, Encik Shazwan (lab specialist in CLS) ajar pasal pipette pula. Ingatkan ada dua, tiga jenis pipette aje, rupa-rupanya banyak lagi :/ Selain plastic and glass pipette yang biasa kita boleh jumpa dalam lab di sekolah, ada micro pipette juga. 

Banyak brand juga pipette ni :/ Mostly from German and France. Encik Shazwan kata brand from Malaysia tak ada. Kalau jumpa brand pipette yang 1 Malaysia tu, yang tulah brand from Malaysia. Errr. Ada satu jenis pipette ni, comel sangat bentuk dia! Warna putih pink. Yang tu guna eletrik. PipetBoy rasanya brand/nama pipette tu.

Pipette ni sejenis lab apparatus yang digunakan untuk transport a measured volume of liquid :)



Yang ni tips untuk micro pipette. Pasang dekat hujung micro pipette.


Muka konon-konon excited sebab first time cuba guna micro pipette :P



Lepas belajar pasal micro pipette, kami belajar pasal serial dilution pula. Kenal dengan satu lagi makhluk makmal bernama spectrophotometer.

Tapi Hana paling tak sabar nak belajar amik darah. Harap-harap masuk modul untuk technical training ni. Kalau tak kena tunggu masuk degree lah :/

Till then.
Wassalam.

Broaden News