Sunday, May 5, 2013

425#Ai no Kotoba ~ [For Girls] Dia Untukku?


Pagi tadi, ada terbaca satu luahan hati di blog seorang blogger :) Boleh kata si blogger tu taraf adik kepada Hana :)

Ada kaitan dengan perasaan dan jodoh.


And, Hana terfikir nak kongsi sesuatu dengan pembaca blog ni especially kepada para gadis di luar sana :) Boleh kata sedikit daripada pengalaman hidup Hana. Jarang rasanya Hana bercerita pasal hati dan perasaan diri sendiri di blog ni :) Tak apalah, sekadar perkongsian.

Adik-adik dan kakak-kakak :)

Kadang-kadang kita terfikir, si dia ke jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di Loh Mahfuz? Si dia ke orang yang ditakdirkan untuk bersama-sama menempuh hidup di dunia ini, sekaligus membimbing kita ke syurga-Nya?

Entah. Kita sendiri tak pasti.

Hana tak pernah bercinta dengan sesiapa, senang kata couple. Tapi tipulah kalau Hana kata Hana tak pernah suka sesiapa kan? I met someone around the time I was still in my college :) *pekup muka malu* He's just a plain guy, tapi suka tengok masa dia pergi masjid :P He he. And he's good when it comes to jaga pergaulan dengan perempuan. Dan dia agak pemalu juga dengan perempuan even dia nampak cam bad boy aje. He he :)


Dia tahu Hana suka dia, tapi kami tak couple lah. Sekadar berkawan biasa. Mesej pun boleh kira dalam sebulan tu berapa kali. Pendek kata, jarang contact. Cakap face to face, baru sekali. Call? Lagilah tak ada. I tried to keep our distant actually.

Then, Hana baca novelet tarbiah karya Ustazah Fatimah Syarha dan husband beliau, Dr. Farhan Hadi yang berjudul Cinta High Class. Ada dua novelet dalam satu buku, Cintaku Kerana Agamamu by Dr. Farhan Hadi dan Cinta High Class by Ustazah Fatimah Syarha. Masa tu baru baca Cintaku Kerana Agamamu. My heart moved the moment I read CKA.

Tiba-tiba, hati rasa tak tenang. It seemed like something was not right. Kemudian, Hana teringat dia.

Masa tu dah hampir sebulan kami tak mesej. Hana banyak fikirkan apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Farhan Hadi selaku pandangan seorang mukmin yang inginkan seorang mukminah sebagai isterinya.

Kata Dr. Farhan Hadi, bagaimana kalau kita tidak dapat menahan diri daripada melanggar batas-batas antara lelaki dan perempuan? Di akhir zaman ini, begitu mudah bagi kita untuk terjerumus ke jalan-jalan yang menghampiri zina. 


Adakah kita hanya perlu menunggu sahaja tanpa berusaha? Tak. Seperti mana Dr. Muslih (watak utama lelaki dalam CKA & CHC), beliau berusaha membaiki diri untuk menjadi seorang mukmin yang baik, yang mampu membimbing saat dikurniakan keluarga. Berusaha untuk menjaga hati daripada dicemari dengan cinta yang belum pasti, cinta yang datang sebelum waktunya.

Suatu hari, Hana mesej dia. My last message to him. Hana kata, lebih baik Hana doakan dia dari jauh aje daripada terus mesej macam tu. Hana takut Hana tak dapat kawal rasa hati. Terlalu mengingati dia sehingga lupa akan Dia, Pencipta hati dan perasaan kita. Hana takut lalai, sebab ini kali pertama Hana rasa macam tu pada seorang lelaki. Juga teringatkan pesanan salah seorang ustazah Hana, mencari keberkatan saat semuanya sudah halal.

I said, kalaulah antara kami ada jodoh, insya-Allah walau terpisah benua sekalipun akan jumpa balik. Tapi, kalau Allah dah kata tak ada jodoh antara kami, dia ada depan mata sekalipun kami tetap takkan bersama. Better Hana baiki diri dulu untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik for my Mr. Right-Yet-Still-Unknown and my future children, insya-Allah. And better dia baiki diri dia juga untuk bakal keluarga dia nanti.


Insya-Allah tahun depan dia akan fly overseas, moga Allah mudahkan jalan dia gapai impian dia. Dan Hana tak nak ganggu dia. Sekarang cuma nak fikir pasal study aje dulu. :)

Apa yang Hana cuba nak sampaikan, it's not that korang wajib putus dengan pasangan masing-masing. It's up to you :) Hana kenal suatu pasangan yang setia since diorang Form 1 sampai sekarang. Dan si lelaki dan si perempuan bagus dalam soal agama. Moga Allah mudahkan perjalanan jodoh mereka. Aamin :) 

Kalau korang rasa dia yang terbaik, berdoa pada Dia mohon dipermudahkan semuanya. Kita boleh juga doa minta jodoh dengan sesiapa tahu? :P Pada masa yang sama, pandai jaga diri, baiki diri untuk bakal keluarga kelak :)

Dan, kalau bersedih sebab berpisah, tenangkan diri dan jangan fikir semuanya sudah berakhir antara kamu dan dia. Siapa tahu, kamu dan si dia akan bersatu kelak untuk akad nikah? ;) Kalau dah jodoh, terpisah benua pun akan berjumpa juga.

Keberkatan selepas ijab kabul paling penting ^^ Insya-Allah, semuanya mampu jumpa jodoh yang terbaik ya?

Till then.
Wassalam.

11 comments:

  1. thats rite dear.. bercinta...mmg rumit. kne kawal rse cinta..antara si dia.. dan yg paling penting cinta untuk-Nya.. xsalah bercinta..as long as kte still berada dijalannya :)

    ReplyDelete
  2. suke sgt..really brilliant dik..
    moga hana jmpe jodoh yg baik..
    tq sbb mengingatkan.. ^^

    ReplyDelete
  3. hmm, cerita awk sama ngan kita :)(tyme sek dulu-dulu) pendek kata, kita jangan fikir sangat (bukan tak boleh langsung) , sbb jodoh tu sudah tertulis ...cuba belajar jadi muslimah yang terbaik untukNya... jaga ikhtilat :), skrg ni fikir sth yang terbaik untuk masa depan kita ...cthnya, belajar...banyak lagi perjalanan yang bakal ditempuhi.. mudah mudahan kita berjaya :)

    ReplyDelete
  4. suka entri ni =') thanks hana for remind me about this kind of love.

    ReplyDelete
  5. manusia dikurniakan dgn perasaan ingin dicintai n mencintai..kadang2 kita tersalah..kita tahu bercinta tu mmg melalaikan kita dr ingat Dia..walaupun masing2 saling ingat mengingatkan ttg Dia..tapi bila datangnya rindu datang la zina hati..syaitan pun bersorak gembira..

    ReplyDelete
  6. Thanks Kak Hana. Aein rasa semangat dah ada balik. Walau apa pun yang jadi, mesti ada hikmah tersendiri kan. Aein oke, kawan2 semua support aein. Beruntung ada kawan yang prihatin. Beruntung juga jumpa blogger macam akak. Walaupun tak pernah face to face tapi rasa terharu baca apa yang akak share.

    Jodoh itu rahsia Allah. Walaupun perhubungan aein dan dia setahun je tapi tu dah cukup bagi aein pengalaman. Dulu dia tak macam tu, semenjak sebulan dua ni je dia macam nak berubah jadi budak baik.

    Aein support je dia. Betul kata akak, kita tak nak ganggu dia gapai impian. Better kita doakan dia di setiap doa kita.

    Kalau akak boleh tempuhi semua ni, kenapa tak aein. Kita sama2 perempuan. =D

    Terima kasih akak.

    ReplyDelete
  7. nice entry. menyentuh hati., :') jodoh di tangan Allah., hehe

    ReplyDelete
  8. nice sharing..setuju sangat kalau dah jodoh kita insyaAllah akan bersama jugak..:)

    ReplyDelete
  9. hurm... sama r kita hanna... :') cop sbgai tunang x rsmi r dulu xD bahahaha... >.< x guna msg n call hari2 kalau melalaikan.. :)

    ReplyDelete
  10. uish,serik la nak menghadapi sume ni...sinta yg esa je la mampu untuk tunaikan tanggjawab apa yg patut

    ReplyDelete
  11. Hmm, Insya'Allah ada jodoh pasti berjumpa kembali..:)

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News