Showing posts with label Japanese Drama/Movie. Show all posts
Showing posts with label Japanese Drama/Movie. Show all posts

Friday, August 30, 2013

555#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Wolf Children, Ame and Yuki


Wolf Children, Ame and Yuki a.k.a. Ookami Kodomo no Ame to Yuki ni bukan anime biasa yang ada banyak episod. Wolf Children ni Japanese animated film tahun 2012. Berdurasi hampir 2 jam.


Hana merupakan pelajar universiti yang jatuh cinta dengan seorang lelaki yang selalu masuk dalam kuliahnya secara illegal. They started dating tapi rupa-rupanya lelaki tu ada rahsia yang tersendiri. Lelaki tu half human-half wolf, descendant daripada Japanese wolves yang berdarah manusia. Dalam filem ni tak pernah langsung nama lelaki ni di-reveal, commonly known as The Wolfman only. Mereka berdua berkahwin dan ada dua orang anak; Yuki seorang perempuan dan Ame seorang lelaki. Beza setahun aje umur mereka.


Malangnya masa Ame baru lahir, The Wolfman mati masa pergi memburu sejenis burung atas instinct seekor serigala yang nak beri anaknya yang baru lahir makan. Oh ya, jangan risau. Mostly The Wolfman ni act as a human aje :p Cuma kadang-kadang dia transformed jadi serigala. Masa tengok The Wolfman tu mati, memang rasa heartbreaking. Hana boleh tengok aje masa bangkai serigala The Wolfman tu dibawa pergi oleh pegawai keselamatan. 


Cerita sebenar bermula lepas The Wolfman tu mati, pasal kesusahan Hana nak besarkan anak-anak dia yang half human-half wolf tu. The landlady dekat apartmen yang mereka tinggal beri amaran nak halau mereka sekeluarga sebab jiran-jiran merungut dengar bunyi tangisan binatang dan child-protection officers pula asyik datang ke rumah mereka sebab anak-anak Hana tak pernah dapat suntikan sejak mereka lahir. Hana ambil keputusan untuk bawa Yuki dan Ame berpindah ke kawasan kampung yang dekat dengan pergunungan.


Masa mereka mula-mula pindah ni part yang Hana paling suka :) Tengok macam mana mereka cuba nak survive kat sana dengan savings yang sedikit, bercucuk tanam, nak baiki rumah yang baru mereka beli dll. 

Kisah mereka ni ambil masa dalam 13 tahun; daripada mula-mula Hana kenal dengan The Wolfman sampailah Yuki dan Ame mula jumpa haluan mereka sendiri. Sama ada nak terus hidup sebagai manusia atau hidup sebagai serigala.

Hana suka sangat dengan filem ni :) Pasal family bonding khususnya. Filem ni juga banyak terima kritikan positif dan ditayangkan di hampir 34 buah negara di seluruh dunia. Box office juga tau filem ni :)

Kalau susah nak jumpa site untuk filem ni, boleh tengok kat SINI :)

Till then.
Wassalam.


Sunday, October 28, 2012

341#Ai no Kotoba ~ [Drama Review] One Liter of Tears


Sekarang mood nak buat entri pasal review drama, anime dan manga yang Hana pernah tengok dan baca aje. Tapi takkanlah nak update pasal benda tu 24 jam kan? Tak apalah, kali ni Hana nak review pasal salah satu drama Jepun yang dah lama. Hana aje yang baru tengok (-__-) Baru adalah masa lah katakan.


One Liter of Tears. Satu kisah benar yang mengisahkan seorang gadis bernama Aya yang menghidap spinocerebellar degenerating disease. Satu penyakit yang melibatkan saraf dan sehingga sekarang penyakit ini masih belum boleh diubati. Siapa-siapa yang tengok drama ni memang akan menangis, kena sediakan tisu banyak-banyak (T__T)

Bayangkan, daripada seorang gadis yang ceria dan aktif dalam sukan basketball, akhirnya tidak boleh berjalan, tidak mampu bercakap dan menulis dengan betul. Aya dilakonkan oleh Sawajiri Erika dan heronya Haruto dilakonkan oleh Nishikido Ryo.

Aya yang pada mulanya tidak dapat menerima hakikat penyakit yang dialaminya, mula bersikap positif. Haruto yang pada asalnya tidak suka bersosial selepas kematian abangnya, mula berkawan dengan Aya dan sentiasa menolong gadis itu. Kebetulan ayah Haruto merupakan pengarah hospital tempat Aya dirawat. Kerana penyakit Aya juga lah Haruto bersetuju untuk menjadi doktor seperti ayah dan mendiang abangnya.


Drama ini berdasarkan diari One Liter of Tears yang ditulis oleh Aya (in real life) bermula dia mendapat penyakit itu sehinggalah sebelum dia meninggal dunia. Tapi Hana tak sure pasal Haruto tu betul atau tidak atau sekadar watak rekaan untuk drama ni.

Apa-apa pun, selamat menonton kepada sesiapa yang belum pernah tengok lagi drama ni :) Semestinya suatu drama yang tidak rugi untuk ditonton. Banyak pengajaran yang boleh kita peroleh daripada drama ni. OST drama ni pun best. Only Human dan One Liter of Tears :)

Till then.
Wassalam.

Broaden News