341#Ai no Kotoba ~ [Drama Review] One Liter of Tears
Sekarang mood nak buat entri pasal review drama, anime dan manga yang Hana pernah tengok dan baca aje. Tapi takkanlah nak update pasal benda tu 24 jam kan? Tak apalah, kali ni Hana nak review pasal salah satu drama Jepun yang dah lama. Hana aje yang baru tengok (-__-) Baru adalah masa lah katakan.
One Liter of Tears. Satu kisah benar yang mengisahkan seorang gadis bernama Aya yang menghidap spinocerebellar degenerating disease. Satu penyakit yang melibatkan saraf dan sehingga sekarang penyakit ini masih belum boleh diubati. Siapa-siapa yang tengok drama ni memang akan menangis, kena sediakan tisu banyak-banyak (T__T)
Bayangkan, daripada seorang gadis yang ceria dan aktif dalam sukan basketball, akhirnya tidak boleh berjalan, tidak mampu bercakap dan menulis dengan betul. Aya dilakonkan oleh Sawajiri Erika dan heronya Haruto dilakonkan oleh Nishikido Ryo.
Aya yang pada mulanya tidak dapat menerima hakikat penyakit yang dialaminya, mula bersikap positif. Haruto yang pada asalnya tidak suka bersosial selepas kematian abangnya, mula berkawan dengan Aya dan sentiasa menolong gadis itu. Kebetulan ayah Haruto merupakan pengarah hospital tempat Aya dirawat. Kerana penyakit Aya juga lah Haruto bersetuju untuk menjadi doktor seperti ayah dan mendiang abangnya.
Drama ini berdasarkan diari One Liter of Tears yang ditulis oleh Aya (in real life) bermula dia mendapat penyakit itu sehinggalah sebelum dia meninggal dunia. Tapi Hana tak sure pasal Haruto tu betul atau tidak atau sekadar watak rekaan untuk drama ni.
Apa-apa pun, selamat menonton kepada sesiapa yang belum pernah tengok lagi drama ni :) Semestinya suatu drama yang tidak rugi untuk ditonton. Banyak pengajaran yang boleh kita peroleh daripada drama ni. OST drama ni pun best. Only Human dan One Liter of Tears :)
Till then.
Wassalam.
nangis tengok citer ni. sedih sangat
ReplyDeletetgk citer ni tak sah tak nanges...sama la pernah buat review jugak...baru layan ke...
ReplyDeletep/s: blog ni okay aje,,, =)keep it up..love the way it is...
citer jepun ker hana,...ingat dulu akak pernah tgk cerita jepun bersiri'Tomoko' lama dulu,..pasal gadis lumpuh juga..
ReplyDelete@Ammelia Yusoff tak sah tengok kalo tak nangis.. sedih sgt :'(
ReplyDelete@Anisa Anuar sedih kan? mmg nampak real lakonan Erika ^^ btw thanks for the comment
ReplyDelete@izan mama mia ha'ah ^^ drama Jepun.. tak pernah dgr drama Tomoka tu.. boleh cari ni :)
ReplyDeleteSetiap episod citer ni msti menangis. Tp best sngt2!
ReplyDeleteAkak!
ReplyDeleteSpoil mood la. Nad pun baru nak tengok XD
BTW tau movie Jepun : BOKU NO HATSUKOI WO KIMI NI SASAGU ?
BEST!
Hana!!!tq..dh lama cari movie ni tapi x tau title..!!!
ReplyDelete