Sunday, June 19, 2011

33#Ai no Kotoba ~ Daddy's Day ♥

Assalamualaikum


jom kita terus ke topik
kali ni aku malas nak kasi mukadimah panjang lebar okey?
so...


cam yang korang tau, hari ni aku nak ucap Happy Father's Day kat abah aku yang tersayang
tersayang ke? hoho


okey, abah
kakak nak ucap " Happy Daddy's Day"
tahun ni takde hadiah, so beli sendiri ek?
Acer Iconia tu~






tuju lagu nie ke abah~


Friday, June 10, 2011

31#Ai no Kotoba ~ tika cuti Aidilfitri 2008 menjelang :)

Assalamualaikum,


pagi tadi, my lovey dovey si Neesa tu syok2 menyelongkar apa yang patut dalam kotak teddy aku
nak larang, dia bertempik pulak nanti
badan aje kecik, kalau dah berbunyi, boleh bergegar satu rumah
hailoh...


then, aku jumpa benda yang dah lama aku lupa
takdelah penting sangat
tapi bolehlah, as memento
aku jumpa kad2 raya yang kawan2 aku bagi time aku Form 2 
yadaaa :D


sume ni kengkawan aku kasi.. love them :D


see?







kay, tu je aku nak kongsi
chow
:)

Tuesday, June 7, 2011

30#Ai no Kotoba ~ OSM Muslim ♥

Assalamualaikum :D


jam menunjukkan pukul 7.18 am di pagi 7 Jun 2011 yang hening ini (ececeh XD)
dan aku still dok copy gambar2 Sukbel
kali ni cilok dari Facebook Juniey lak
album kat FB pun ada dua
total = 327 pictaz
banyak seyh nak copy (-o-)
nak mintak masuk dalam pendrive?
pleaseee...
lambat nak tunggu bukak sekolah ni, baik aku copy sendiri
:D


okey2
aku dah malas nak membebel panjang
jom kita straight to post title blog aku nie


kali ni aku nak kongsi sal satu laman web nie
doodles dia pon comey2 je semua tue
jom pakat singgah





frankly speaking, masa memula aku bukak page yang penuh dengan doodles comey2 nie, aku fikir " oh.. ni overseas punya nie"
then, aku selongkar page ni habisan and bukak FB dia
dari Kuala Lumpur seyh
bangga aku jadi anak Malaysia

articles kat dalam page ni memang berguna
bolehlah korang selongkar mana yang patut
and, memandangkan articles dalam ni berguna
aku akan cilok sikit2 untuk blog post aku
kita share apa yang patut
the credit goes to Owh So Muslim

and, maybe aku akan masukkan article iluvislam.com gak
okey tak? 

kay, aku nak sambung sekondeng page nie
jumpa lagi
:D


p/s: aku baru perasan yang aku makin kerap update blog nie.. adoi... :0


春の花

Monday, June 6, 2011

29#Ai no Kotoba ~ [PART 2] Sukbel 2011 totally BEST!!! :D

Assalamualaikum,
untuk Part 2 ni, aku nak kongsi pics je
tu pon yang aku cilok dari FB Syawal 
sila tengok ya?
:D



bebudak sekolah aku tengah siapkan banner Kontinjen Kelantan :)


yayy! dah siap :D


sempat lagi diorang bergambar ngan South Korean Red Cross~


unit kawalan kehormat untuk majlis pembukaan.. tak salah aku diorang dari Maahad Muhammadi Lelaki (Kelantan).. diorang punya kawad memang power :D


unit pancaragam untuk majlis pembukaan gak..


time Skill Station Leadership


time Skill Station Gajet.. kitorang dibantu oleh Persatuan Pengakap Malaysia (Malaysia ke Kelantan? entah...)


salah sorang South Korean Red Cross :D


time Skill Station Kebudayaan - Tarian Zapin, Abang Adwa tengah bagi penerangan (ada tiga sume, Tarian Zapin, Gasing Kelantan and Congkak^^)


time Skill Station Pertolongan Cemas


sama kes ngan di atas, tapi yang ni dia ajar cara nak dirikan khemah pesakit lak..


sama kes gak, tapi yang ni sal ambulans and apa yang ada kat dalam tu.. oxygen tank and so on..


yang ni pulak, kakak2 tu ajar camne nak masak guna Clinton Cooker (aku tak sure betul tak aku eja Clinton Cooker tu :p)


kat pasar, yang tee kuning tu junior sekolah aku, Bob (Form 4) tapi dia jadi Ketua Kontinjen Kelantan.. bangga neyh! :D


masa Disaster Simulation, ambil kejadian kat bencana tanah runtuh.. memang nampak real even lakonan semata-mata


sama kes ngan pic kat atas


Dato' Dr. Wan Azhar b. Wan Ali datang melawat kitorang :)


selain merupakan Pengerusi BSM Kelantan, beliau juga merupakan Naib Pengerusi BSM Kebangsaan. tabik beliau kerana sebelum memberi ucapan, beliau bertanya siapa yang masih belum solat Asar demi tidak melengahkan masa solat peserta :)


malam persembahan Antarabangsa, yang ni Kontinjen Brunei


kontinjen dari mana entah, aku dah lupa


yang ni dari Jepun (yang pakai yukata, happi and sort of men's yukata tu)


Kontinjen Jepun punya persembahan


Kontinjen Indonesia


Kontinjen India, diorang wat tarian klasik India


dari Timor Leste kot? entah, tak sure


yang ni dari Korea, memula tu ada tech problem.. then, diorang wat Girls' Generation - Hoot dance.. time Wonder Girls - Nobody lak, diorang ajak naik menari atas pentas reramai :D


yang ni dari... Mongolia kot?


taking pics lepas persembahan tue :)


bebudak sekolah aku and insan yang aku tak kenal?!


unit kawalan kehormat masa majlis penutup


masa barisan kontinjen lain datang


Bob tengah bangga tue~ haha


Juara keseluruhan - UUKA, Kawad Kaki and Kontinjen Terbaik Keseluruhan :D


lepas siap punggah barang and ready nak balik, cikgu ajak ambil gambar reramai kat khemah besar tue~ time ni 3 orang dah balik


sama kes ngan kat atas (informal photo) ~ nampak pelik semacam aje aku punya posing tue, hoho :0


Saturday, June 4, 2011

28#Ai no Kotoba ~ [PART 1] Sukbel 2011 totally BEST!!! :D

Assalamulaikum...


dalam previous entry, aku ada cakap sal Sukbel 2011 kan? yang aku nak sangat join tu
nak dijadikan cerita, kem tu tetap berlangsung dari 28 Mei until 3 Jun
aku bertolak ke sana dari Tok Bali, memandangkan hari Jumaat 27 Mei tu sekolah abah aku mengadakan sambutan Family Day
so, aku takleh nak pergi sama2 bebudak nie
malam sebelum pergi tu, memang handphone aku tak henti2 berdering, dengan SMSnya, dengan calling-nya, nak tanya macam2

dalam kul 10, aku bertolak
Tok Bali tu dekat aje dengan Kem BSMM Kandis tu
kami berkumpul reramai, lepas cikgu sampai baru kami sibuk cari tempat nak dirikan khemah
girls semua ada 6 orang, so kami pau dua khemah sekolah
satu khemah yang sepatutnya boleh tidur 6 orang, kami tidur dalam 3 orang
selesa tu~

kami dibagikan tag nama kem itu sambil2 syok tengok foreigners datang
foreigners datang dari Jepun, South Korea, Brunei, Thai, Phillipine, India, Bangladesh, Vietnam, Mongolia, Pakistan, Indon, Timor Leste and so on... (yang ni aje yang aku ingat)
first day tu memang kerja kitorang tunggu kontinjen lain datang aje
majlis pembukaan pulak berlangsung second day tu

Skill Station ada lapan semua
sepatutnya kitorang ada Skill Station Kawad Kebakaran, tapi diganti dengan Skill Station Meladam Kuda
so, ini peluang kitorang nak tengok macam mana ladam kuda dihasilkan

tiap2 tengah hari pulak masa break before 2.30 pm, kerja aku cari Cikgu Naeimah aje
cikgu PBSM kami yang cukup komited
cikgu bertugas kat Khemah Sekretariat, so kerja aku memang ke sanalah tetiap tengah hari
bukan apa, kitorang keluar kejap pergi cari ais and so on..
mana ada sekolah lain buat macam tu
kitorang siap bawa bekas tempat simpan ais tu lagi
sayang cikgu :)

satu malam tu pulak, cikgu tempah burger dekat dengan rumah dia
aku tengok burger tu cam Krabby Patty, bulat gemuk semacam
siap dengan mayonis banyak lagi
kitorang makan reramai, tidur dalam kul 2
cikgu join tidur kat khemah aku, so Kyla tidur kat khemah yang satu lagi

kitorang balik 2 Jun, bukan 3 Jun
majlis penutup berlangsung pada 2 Jun, so kalau kitorang nak chow lepas tu pun takpe
tapi, still ada yang balik 3 Jun gak
apa yang paling kitorang happy, Kontinjen Kelantan menang keseluruhan
pertandingan kawad kaki dan UUKA (Undang2 Kemanusiaan Antarabangsa) dimenangi oleh Kontinjen Kelantan
tapi, Kebersihan dan Keceriaan dimenangi Kontinjen Perlis
ada yang beritahu aku, sejak Sukbel 2008-Sukbel 2011 (Sukbel 1-Sukbel 4), Kontinjen Kelantan yang asyik memang untuk keseluruhan, tapi aku tak surelah
nak kena tanya orang lain pulak

dalam on the way balik ke sekolah tu, kitorang tidur aje
sunyi aje coaster tu
:p

okey, actually aku agak malas nak tulis bebanyak nie
not in mood yet
so, korang layan ajelah gambar2 ni ya?


masa memula sampai


proses mendirikan khemah


taking pictures ngan dua orang South Korean Red Cross :)


Kontinjen Kelantan (actually, ramai lagi)


yang baju putih tu Palang Merah Indonesia, yang baju hijau tu South Korean Red Cross (comey tak? cute~)


South Korean Red Cross member (yang baju hijau)


peserta yang terpilih untuk Disaster Simulation (memang nampak real woo..)


tapak pasar untuk Sukbel 2011.. tak macam camping pun
burger ada, ice-blended ada, chezzy wedges ada, memacam..
kalau nak online pun boleh gak :D


tee, bag, pasport and name tag :)


tee and beg Sukbel 2011 :D


pasport Sukbel 2011 n' name tag


i'm in Team C!!!


Skill Station yang tersenarai...


aku pi letak kat uniform PBSM aku.. leh tayang time pakai (kitorang wajib pakai uniform ko setiap Selasa :D)


actually, banyak lagi pics, tapi sekarang ni aku malas nak upload bebanyak
nanti aku kongsi len kali pulak ya?
chow~


春の花

Broaden News