Showing posts with label kazoku. Show all posts
Showing posts with label kazoku. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

585#Ai no Kotoba ~ Mimo dan Momo


Ini kisah Mimo dan Momo.

Ini Mimo.


Mimo si anak kucing jantan yang tersangat comel! Hee :D Kecikkkkkkk sangat Mimo ni! Kakak kat rumah bawah yang pelihara Mimo ni. Kadang-kadang Hana bawa naik rumah Hana :p Main-main dengan si kecik ni.

Ini pula Momo, nama manja. Nama sebenarnya Nurul Aneesa. 


Neesa dah nak masuk pra-sekolah :) Hee. Mama kata baju sekolah Neesa kena potong 2,3 inci sebab labuh sangat. Nak buat macam mana dah tuan punya baju kecik aje, tak macam budak nak masuk umur 6 tahun :p

Ini kisah Mimo dan Momo. Seekor anak kucing yang comel dan seorang budak kecil yang.... takutkan kucing.

Memang tak boleh nak pelihara kucing dalam rumah. Nanti ada juga yang berlari sebab takutkan kucing. Walaupun kucing tu tersangatlah comel dan kecik macam Mimo.

Hee :p

Till then.
Wassalam.

Friday, July 19, 2013

539#Ai no Kotoba ~ Terkejut Dengar Kes Guru Ditembak :'(


Pagi ni baru dapat online betul-betul and I'm quite shocked bila baca pasal tiga kes guru ditembak. Dua kematian, satu cedera. Yang latest di SINI. 

Dua kes di Kelantan, satu kes di Kedah.

Ya Allah, lindungilah abahku :'(

Anak mana tak risau bila dengar kes macam ni, tambah tambah kat Kelantan dah ada dua kes :(

Till then.
Wassalam.

Friday, July 12, 2013

530#Ai no Kotoba ~ Ramadhan di Kajang


Alhamdulillah. Done with 3rd Ramadhan, esok pula 4th Ramadhan :) 

So sweeeeetttt~ Abah tagged this on FB :P

Tahun ni tahun pertama Hana puasa di Kajang, last year pula kat KMKN. So far, okay. Bazaar Ramadhan agak jauh, plus takde transport sendiri tu susah nak pergi, tapi okeylah sebab kedai-kedai makan kat sini bukak waktu petang. Pilihan juadah nak berbuka tu pun banyak. 

Makan sikit cukup, nak makan banyak kena tunggu 1 Ogos ni :P

And seperti biasa, my abah is so soo soooo sweettttt~ Selalu send gambar makanan dekat-dekat waktu nak berbuka. Thanks for your consideration ya abah. *sarkastik* Tunggulah, balik rumah tu memang nak mintak macam-macam x( Ishhh!!!


Tak ke sweet abah sendiri sanggup susah payah amik gambar dan hantar? 

Sepanjang minggu ni Hana ada pergi melawat ke Malaysia Genome Institute, kelas yang berkait dengan Environmental Healthcare pun dah bermula, tadi pula pergi buat environment assessment di Taman Tasik Cempaka, Bangi.

@ Taman Tasik Cempaka

Nanti akan update ya :P He he. Nak pergi jejak blogs kawan-kawan yang lain.

Salam Ramadhan al Mubarak!

Till then.
Wassalam.

Thursday, July 11, 2013

528#Ai no Kotoba ~ Rindu Budak Ini :P

*scheduled post - ditaip pada 7/7/2013*

Rindu budak kecik sorang ni. Sekarang kerja dia kat rumah jadi operator telefon. Kalau telefon rumah, laju aje dia angkat. Memang adik duduk kat tepi telefon aje ya? (-__-)

Neesa dan Aeiril

Neesa dan Aidiq

Aeiril dan Aidiq tu Hana pernah mentioned dalam entri INI. He he :D






Kadang-kadang budak kecik ni suka posing. Sabar ajelah. Jangan besar-besar suka posing ala model then pakai baju kecik sudahlah. Memang kakak cubit jugak adik tau. He he :D

nota kaki : Gambar lama, masa guna my old watermark :P

Till then.
Wassalam.

Wednesday, June 5, 2013

490#Ai no Kotoba ~ Abah, Mama Mana?



Yeah, well said. He he :D

Teringat beberapa hari lepas. Hana keluar dari bilik petang tu dan nampak abah tengah tengok TV, teruslah tanya, " Abah, mama mana?"

And, memang taklah abah nak bagi direct answer (-__-) Ada ke abah jawab, " Mama kat Kajang tu."

Erk. Memang jawapan yang dijangka sebenarnya. Kalau tak pun mesti abah kata mama kat KB Mall, KB, KL dll tempat (-__-) Erghhh.

Nak dijadikan cerita, Neesa si bongsu pun tanya abah juga. He he. Banyak kali pula tu tanya, penat abah nak menjawab :P Ha ha. Sebenarnya mama pergi rumah jiran belakang rumah.

Balik aje dari rumah jiran, abah terus kata, " Mana mama, mana mama? Yang paling tua dan muda sama aje. Mama tak hilanglah." Abah tengok aje kat Hana dan Neesa. Kitorang dah tahan gelak. 

Mama pun gelak. Mama kata, " Ingatkan yang paling tua tu abah yang cari mama."

And yes, I laughed. Ha ha ha.

Betullah, kalau ada apa-apa mesti cari mama dulu :P Tak nampak mama depan mata pun mesti cepat aje tanya abah :P

Korang pun sama ke? He he.

Till then.
Wassalam.

Sunday, June 2, 2013

482#Ai no Kotoba ~ Taman Bunga Mama


Hari Jumaat lepas (bukan semalam), Hana ikut mama dan abah pergi TEMAN. TEMAN stands for Terminal Makanan tapi sekarang, official name adalah Rural Transformation Center (RTC). RTC ni letaknya kat kawasan highway yang bermula di New Horizon Garden. Orang Kelantan terutamanya orang kawasan Kota Bharu dan Pasir Mas tahulah :)

Sedikit info mengenai RTC. Kalau di Wakaf Che Yeh terkenal dengan pasar malam dan pasar pagi, begitu juga dengan RTC. Tapi kami masih panggil TEMAN. Kat sini pelbagai jenis makanan boleh didapati, terutamanya di pasar pagi.

Hari Jumaat lepas, bermula Festival Makanan Kelantan (lupa nama sebenar :P) sekali dengan Festival Orkid dan Tumbuh-tumbuhan. Lepas beli breakfast kat sana, terus pergi ke tapak Festival Orkid dan Tumbuh-tumbuhan. Seberang jalan aje dari pasar pagi di RTC tu, dalam kawasan yang sama juga.

Sempatlah mama beli pokok bunga sepuluh pagi. Mama kata, bunga ni akan mekar pada pukul 10 pagi, sebab tu namanya macam tu. He he. Mama tanam sekali dengan pokok bunga lain di kawasan halaman rumah kitorang. Bukannya taman besar pun. Bolehlah nak sejukkan mata. He he :P

Hasilnya.










Mama dan abah memang suka berkebun, tak macam anak sulung mereka ni :P Suka sangat terperuk dalam rumah. He he.

Till then.
Wassalam.

Monday, May 27, 2013

474#Ai no Kotoba ~ May 27 : Happy 21st Anniversary :)


Happy 21st Anniversary!

To mama and abah of course! :D


27 May 1992, tarikh Mohd Zukri b. Abdullah dan Suria bt. Salleh diijabkabulkan. Baju kahwin mama pun masih ada lagi x) He he. Tapi Hana lahir tahun 1994, sebelum adik menyusul tahun 1997, 1999, 2001 dan 2008. 

Thanks for being the most wonderful parents! Insya-Allah, semoga berkekalan hingga syurga :)

Tapi mama kata, abah susah nak ingat tarikh ni (-__-) Tahun anak lahir pun selalu tak ingat. Ish3. Baru 46 tahun aje tu. Mama Hana pula baru 43 tahun :)

Mesti teringatkan simfoni May 27 by Yiruma. Yiruma mainkan this piece masa hari kahwin beliau juga. Melodi yang best dan menenangkan :)


Insya-Allah, sampai syurga :)


My new cover photo. He he :)
Till then.
Wassalam.

Saturday, May 4, 2013

424#Ai no Kotoba ~ Kizuna :)



Kizuna.

Salah satu perkataan Jepun yang Hana suka :) Dah lama sangat tinggal Bahasa Jepun sejak habis high school dua tahun lepas (-__-) I bet Ria Sensei and Pert Sensei will be getting mad. Erk.

Maksud kizuna? Hubungan, bond :) Sesuatu yang lebih terkesan di hati berbanding relationship semata-mata :) It brings different meanings somehow.

There's a bond of family, bond of friends and bond of love :) I guess there's a lot! Cuma kita aje tak dapat rasa dan fikir. Kan?

Kadang-kadang, kita tak tahu macam nak describe kizuna ni. Sebab ianya sesuatu yang boleh dirasa dengan hati walaupun kita dapat melihat sendiri perlakuan atau layanan seseorang terhadap kita. Ikhlas atau tak, dapat kita rasakan dengan hati.

Tapi, tanpa hubungan yang kuat antara satu sama lain tidak membenarkan hati kita kuat untuk bersama-sama  mereka menghadapi masa susah dan senang mereka. Keluarga, sahabat, cinta. Ianya sesuatu yang perlu dihargai. Sesuatu yang terlalu berharga, lahir daripada hati kita :)

Hargailah apa yang ada di depan mata. Masih belum terlambat untuk menunjukkan bahawa anda menyayangi mereka yang berada di sekeliling anda.

Kizuna :)

Till then.
Wassalam.

Tuesday, April 30, 2013

418#Ai no Kotoba ~ Thanks For Being Born, Mama! ♥



There're lots of words I wanna say to you.
You're the best girlfriend of mine.
You're the best cook for me.
You're the most supportive woman I ever had.
You're the most loving woman to me.
You're the sparkle star in my dark days.
You're the shining sun in our home sweet home.
You're my everything!
Thanks for being born, mama!

Selamat hari lahir yang ke 43, mama! Still awet muda gitu :3

Kakak tahu kakak banyak buat salah, degil, tak dengar cakap mama sepanjang hampir 19 tahun kakak bernafas di bumi Allah ini, but I'm totally sorry! 

Masa Teacher Husaini cerita masa beliau melahirkan anak sulungnya, rasa kagum, takut dan sedih mula terasa. Terfikir, macam tu ke masa mama lahirkan kakak dulu, your first child ever. Then, teacher kata ianya memang pengalaman yang menyakitkan but it's something to be cherished forever. The precious moments to all the moms in this world!

Selamat hari lahir sekali lagi. Kakak sayang mama, even malu nak tunjuk. He he. Thanks for being born and thanks for being the best mom, girlfriend, adviser, ustazah all in one to all of us! 

Alhamdulillah.

Moga mama panjang umur dan sentiasa loving dan bahagia dengan abah :) Mama dan abahlah pasangan paling romantik bagi kakak sepanjang hidup kakak.

Till then.
Wassalam.

Thursday, April 4, 2013

382#Ai no Kotoba ~ Ahli Keluarga Baru


Eh? Hana ada ahli keluarga baru? Adik kepada Neesa ke? 
Kali ni ahli keluarga baru kitorang bukan manusia tau. Tapi.... *tengok gambar kat bawah*


Anak burung! :D Mak dia terbang pergi cari makanan kot masa ni. He he :D


Abah yang perasan ada sarang burung kat pasu bunga belakang rumah kitorang. Comel betul :) Baru lahir aje tu. Tengok bulu pun tak tumbuh lagi. 

Bila ya adik-adik baruku ni boleh terbang? Comel sangat x)

Till then.
Wassalam.

Wednesday, March 27, 2013

370#Ai no Kotoba ~ 24032013 | AA's Wedding


Dah lama nak cerita pasal AA's Wedding ni tapi tengah dalam proses kumpul gambar. Hehe :) 

Actually ni wedding kak sepupu Hana, anak kakak belah abah. Anis Johida dengan pasangannya Azlan :) Lupa pulak nama penuh husband Kak Anis ni. Pagi 24 Mac lalu Kak Anis selamat diijabkabulkan dengan Encik Azlan ni.

So, enjoy the pics! Upload sikit-sikit aje. Hehe (^_^)


 







To Kak Anis :
Happy being a wife! Insya-Allah a faith and pious wife to your husband.
May Him bless your marriage till Jannah.
Amin.

Till then.
Wassalam.

369#Ai no Kotoba ~ Happy 19th Along!


Well, it's 27th April 2013. Along's birthday. 

Along yang sengal. Along yang bangga sebab dia terlebih inci daripada adik dia ni. Along yang suka tunjuk garang sampai rasa nak hempuk. Along yang suka tunjuk kejam. Along yang layan adik dia ni macam budak umur tiga tahun. Along yang, lantaklah, semua yang jahat tu Along punya. 

Tapi.

Along is still the best Along for adik! Don't ever change. Change for good tak apa. 

Thanks for being the best Along. Walaupun kita bukan blood related. Apa yang Along buat, adik hargai sangat. Sanggup tunggu lama-lama kat Popular gara-gara adik nak guna baucer buku, turun naik tangga teman pergi surau, beli kek masa adik takde mood, beri nasihat yang berguna untuk adik sepanjang life adik. Semualah! Thanks for everything.

All the best in your life, Along. Adik doakan Along bahagia in here and hereafter. Insya-Allah. 

By the way, bila nak bagi kakak ipar? Calon dah ada tu. Hahaha~



Till then.
Wassalam.

Broaden News