Sunday, July 15, 2012

298#Ai no Kotoba ~ Mid Sem Break


Alhamdulillah, selamat juga Hana kembali ke bumi Kelantan ni *ayat tak boleh blah*. Dah hampir dua bulan kot Hana bertapa kat Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN), baru boleh balik sini. Ha ha. Sekarang ni Hana tengah mid sem break untuk seminggu. Sabtu ni kena balik kolej. Hari pertama Ramadahan, insya-Allah. Tahun ni akan merasa berpuasa kat Kedah lah pulak :P

Dah banyak kali cakap kot *rasa-rasanya*, tapi memang Hana happy sangat sebab sambung study kat KMKN. Happy dengan kawan-kawan, cikgu-cikgu *lecturers dipanggil cikgu/madam di KMKN*, semualah! He he. Suasana kat sini pun okey, tak adalah belajar hardcore sampai stress sangat-sangat. And I scored in my quizzes and tests! Alhamdulillah :) I love Bio and Chem.

Mula-mula cuak sebab Math kat sini standard Add Math, Hana pulak memang anti dengan Inche Add Math ni, memang takut dapat gred tak memuaskan lah. Takpe, sebab cikgu-cikgu kat sini memang banyak membantu :) Walaupun cuma dapat B untuk test Math hari tu, cukup puas hati. 

Rasa macam tak percaya, dah sampai mid sem for sem 1 dah. Bulan 9 atau 10 ni, habis lah sem 1 Hana kat KMKN ni. Lepas cuti sebulan, akan masuk sem 2 pula selama lima bulan sebelum cuti balik dan masuk sem 3. Sem 3 ni Hana tak kan ada di KMKN dah. Semua pelajar foundation akan ditempatkan kat mana-mana UniKL yang jadi pilihan untuk sambung degree nanti untuk praktikal selama dua bulan sebelum tamat foundation dengan rasminya. 

Bercakap pasal degree, ada dua aje pilihan Hana. Sama ada Chemical Engineering in Food kat UniKL MICET, Melaka atau Clinical Laboratory kat UniKL MESTECH, Kajang. Degree lain pula macam tak berapa nak berminat :P. Masuk sem 2, kami akan mula didedahkan dengan degrees yang kitorang boleh apply kat UniKL nanti. 

Tapi, satu aje yang tak berapa suka :(. Setiap kali orang tanya dapat tak IPTA dan matrik dan Hana jawab ya, mereka mesti tanya still nak masuk IPTS. Err... jadi macam agak annoying kot sebab tanya soalan yang sama padahal bukan salah mereka sebab mereka tak tahu. Takpe, takpe, sabarkan hati. Lagipun, soalan mereka bukan melampau pun. Hana aje perasan lebih XD. He he. 

my happy classmates :)
hari Khamis lepas sepakat nak pakai pink XD

5 comments:

  1. wahH , k.hana tudung putih ke ? ade brooch bunga merah tu , yg cute-2 gitu ! k.hana sengoti comel llote =)

    ReplyDelete
  2. hai hana,..assalamualaikum..
    wah..dh makin selesa di kedah yaa..dah pandai cakap kedah ker sekarang ni..
    apa-apapun slmt bercuti ya..

    ReplyDelete
  3. wah, rindu hana lah.. hehe..
    baca cerita hana ni teringat zaman matrik dulu.. =)

    ReplyDelete
  4. hehehe enjoy jer blajar yer...tahniah n belajar elok2 yer

    do visit n follow
    http://myaleo.blogspot.com/2012/07/selamat-ulang-tahun-tunangku.html

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News