Wednesday, February 20, 2013

362#Ai no Kotoba ~ Jalan-jalan Ke Jitra

Masa CNY hari tu, kolej kitorang cuti empat hari. Cuti weekends Jumaat dan Sabtu dan cuti tambahan CNY hari Ahad dan Isnin. Hana tak balik sebab cuti empat hari je. Malas nak berjam-jam dalam bas. Tak apalah, mid sem hari tu pun dah balik. 

Budak lecture Hana yang tak balik, kitorang pakat-pakat nak pergi Jitra. Hana, Intan, Ana, Nad, Ezza dan Syu (Syu budak engineering) semua pakat nak kenal Jitra. Tak pernah pergi sana lagi :P Kitorang naik bas dari pekan Kuala Nerang pukul 9. Sampai Jitra almost 10 AM. 

Jejak aje kaki kat bumi Jitra tu, terus call Fini (sama kelas tutorial dengan Hana). Fini duduk kat Jitra. Kebetulan rumah Fini dekat aje dengan Jitra Mall yang kitorang nak pergi tu. Finilah yang jadi tour guide kitorang dari pagi ke petang kat Jitra :P

Memandangkan kitorang jumpa Fini pun dalam pukul 10 AM dan Jitra Mall tak bukak lagi kecuali Jitra Mall Cinema, ramai-ramailah pakat nak tengok movie. 10.30 AM pulak ada tayangan Hantu Kak Limah 2. Beli ajelah tiket untuk tengok HKL2 tu. Tapi kan citer tu macam ni je -----> (-___-) macam rugi pulak RM 11 untuk beli tiket tu.

To me, awal-awal aje yang best. Part lain tak best. Rasa macam banyak lawak bodoh. Hantu dalam tu pun tak menakutkan sangat. Tapi lain orang lain pendapat. Kalau berminat bolehlah tengok dulu. Tapi memang HKL2 tak dapat menambat hati (-__-) Adoiii~ Tengok poster Hansel & Gretel tu gak la yang nampak best tapi tayangan pukul 12.30 AM.

Habis aje tengok wayang, it's shopping time! Jalan keluar masuk kedai-kedai yang ada kat Jitra Mall tu. Jitra Mall best :D Macam banyak lagi tempat yang boleh jejak kalau nak banding dengan City Plaza dan Alor Setar Mall kat Alor Setar.

Jalan punya jalan, perut pun mintalah diisi. Kitorang semua pergi Pizza Hut aje. Hajat nak pergi Domino's tapi agak jauh daripada Jitra Mall. Apa lagi, Pizza Hut pun menjadi pilihan. Order tiga jenis pizza tapi satu slice aje yang Hana boleh habiskan (-__-) kesian kat Hawaiian Chicken tu sebab separuh aje yang tak dapat dihabiskan dengan jayanya. Dah kenyang dengan lasagna sebelum tu agaknya. Kawan-kawan yang lain dah makan sampai dua tiga slice.

Siap aje makan pizza, Snogurt jadi tumpuan yang seterusnya. Hana beli original flavour + marshmallows + lychees. Original flavour best! :D Macam minum Vitagen original flavour. Hee~ Kenyang aje dengan Snogurt, terus pergi stesen bas balik. Naik bas pukul 4.15. Tepat-tepat pukul 5 dah sampai pekan Kuala Nerang.

Memang penat berjalan berjam-jam, tapi best dapat habiskan masa macam ni. Release gak tension. Hana final 10 Mac ni. Ada beberapa minggu aje lagi sebelum angkut semua barang balik rumah dan teruskan dengan Sem 3, insya-Allah, kat UniKL MESTECH di Kajang nanti.











p/s : tengok poster Beautiful Creatures kat cinema hari tu macam menarik aje. Dah Google sinopsis, memang menarik! :)

Monday, February 11, 2013

361#Ai no Kotoba ~ Fusion 2013 KMKN


Dah berabad Hana tak update apa-apa kat blog ni (-__-) Terlampau sibuk dengan lectures dan Fusion 2013 yang baru aje berlangsung hari Rabu lepas (6 Feb 2013). Kali ni nak cerita sikit pasal Fusion 2013. Fusion ni macam Science Fair lah. Every year setiap batch kat kolej ni akan present projek diorang. Terbahagi kepada Biologi dan Fizik. Professor-professor daripada UNIMAP dijemput sebagai judges.

Tapi bukan semua projek terpilih. Yang terpilih sahaja yang akan present projek mereka. Penuh satu Dewan Badlishah tu dengan booths yang dah di set-up sehari sebelum Fusion. For Mathematics Project dan Chemistry Project, kami hanya adakan pameran sahaja. Tak termasuk dalam pertandingan.

Rezeki Hana hanyalah pada Chemistry Project. Madam Suhadah chose my group to represent our lecture pada Fusion 2013. Projek ni based on how to prevent rusting by using polymeric coating. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar :)

 our poster for Chemistry Project :)
during preparation, one night before

 our booth :)


le group mates yang banyak membantu :)
Intan (oren) dan Ana

 yang ni booth untuk Maths Project for lecture Hana
project ni involved satu lecture dan kitorang buat sal Handicraft Cute Book x)
booth ni betul-betul depan booth Chemistry group Hana

salah satu Bio Project
melibatkan Coconut Husk

Tak banyak gambar yang diambil. Tak sempat pun nak jalan-jalan satu dewan tu untuk tengok semua projek
(-__-)

Till then.
Wassalam.

Broaden News