Thursday, December 25, 2014

633#Ai no Kotoba ~ DIY Keyboard Stickers yang Comel ;)


Ini hanyalah entri random. Entri sesuka hati tanpa tujuan. Sebab si penulis ngah serabut dengan final exam. Ehem.

Adalah dalam dua minggu lepas, Hana dan roommate, Kak Farah pergi MetroPoint kat Kajang. Kak Farah yang ajak, tetiba random nak keluar. Maka kami berdua pergilah date makan makan. Sebelum balik, singgah dulu kat DIY yang baru bukak kat sana.

Sambil tengok tengok ada ke barang yang patut dibeli, kami berdua tersangkut kat tempat stickers comel comel. Kak Farah tengah berkenan dengan keyboard stickers. Punyalah lama fikir sama ada nak beli atau tak, last sekali beli juga. Yang ni tak termasuk barang patut beli pun. Saja gatal nak perhabis duit.

Harga? RM4.90 satu.

Kak Farah beli yang warna pink, Hana pilih yang warna biru ni. Saja pilih sebab tak nak guna warna pink tu. Alih alih, baru terfikir sesuai sebab netbook Hana warna putih-biru.

Tada!

Takde kerja cari kerja.

Habis semua tempat ditampalnya. Berseri seri sikit lepas tampal benda alah comel ni. Netbook ni dah masuk umur 3 tahun pada 18 Ogos lepas, sehari sebelum birthday Hana. Beli guna duit sendiri tau, takde maknanya pergi pow duit abah (walaupun lebih jimat pada diri sendiri kalau abah yang sponsor :p)

Let's have a closer look :p

Mula mula tak nak pakai sebab takut tak terbiasa masa nak menaip. Because I'm a touch-typist, so risau kalau effect pada jari yang dah terbiasa dengan keyboard ni. Alhamdulillah, takde masalah. 

Dah. Itu aje yang nak cerita.

Till then.
Wassalam.

4 comments:

  1. comelnya laptop. acer happy nie pernah jugak jadi laptop idaman. hehe. sebab kaler dia comel. .:D

    ReplyDelete
  2. wah wah wahhh comelnya laptop akak T---T seriously. agaknya bila lah ina nak ada laptop sendiri. boleh lah tampal2 sticker cute kat laptop pastu buat sesuka hati ;p

    ReplyDelete
  3. Cutenya..Haritu ada nampak sticker keyboard juga dekat mall, tapi tak beli pun..hehe :)

    p/s: Good Luck final exam Hana!

    ReplyDelete
  4. kita suka benda2 nconmeln ni,tapi geretni tak tahan lama.. ska kopek2..hehe

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News