Showing posts with label blogging. Show all posts
Showing posts with label blogging. Show all posts

Thursday, December 25, 2014

633#Ai no Kotoba ~ DIY Keyboard Stickers yang Comel ;)


Ini hanyalah entri random. Entri sesuka hati tanpa tujuan. Sebab si penulis ngah serabut dengan final exam. Ehem.

Adalah dalam dua minggu lepas, Hana dan roommate, Kak Farah pergi MetroPoint kat Kajang. Kak Farah yang ajak, tetiba random nak keluar. Maka kami berdua pergilah date makan makan. Sebelum balik, singgah dulu kat DIY yang baru bukak kat sana.

Sambil tengok tengok ada ke barang yang patut dibeli, kami berdua tersangkut kat tempat stickers comel comel. Kak Farah tengah berkenan dengan keyboard stickers. Punyalah lama fikir sama ada nak beli atau tak, last sekali beli juga. Yang ni tak termasuk barang patut beli pun. Saja gatal nak perhabis duit.

Harga? RM4.90 satu.

Kak Farah beli yang warna pink, Hana pilih yang warna biru ni. Saja pilih sebab tak nak guna warna pink tu. Alih alih, baru terfikir sesuai sebab netbook Hana warna putih-biru.

Tada!

Takde kerja cari kerja.

Habis semua tempat ditampalnya. Berseri seri sikit lepas tampal benda alah comel ni. Netbook ni dah masuk umur 3 tahun pada 18 Ogos lepas, sehari sebelum birthday Hana. Beli guna duit sendiri tau, takde maknanya pergi pow duit abah (walaupun lebih jimat pada diri sendiri kalau abah yang sponsor :p)

Let's have a closer look :p

Mula mula tak nak pakai sebab takut tak terbiasa masa nak menaip. Because I'm a touch-typist, so risau kalau effect pada jari yang dah terbiasa dengan keyboard ni. Alhamdulillah, takde masalah. 

Dah. Itu aje yang nak cerita.

Till then.
Wassalam.

Sunday, April 13, 2014

601#Ai no Kotoba ~ Konon kononnya


Konon kononnya Hana nak update blog bila cuti mid sem.

Tapi sekarang dah lepas cuti baru nak update?

Haishhhhh.

Insya-Allah lepas ni akan ada scheduled posts. Akhir bulan 4 ni juga domain hanasays.com akan expire. Nampak gaya Hana akan stop menggunakan domain di blog buat sementara waktu. Tak best ada domain sendiri tapi update blog pun jarang jarang. Macam membazir aje beli domain tu (-__-)

Minggu ni insya-Allah Hana ada mid sem Nutrition, Anatomy II dan Genetics. Doakan untuk Hana dan kawan-kawan ya? He he.


Weekend minggu lepas Hana bertapa di Kem Bina Negara BTN Kuala Lipis. Selain UniKL MESTECH students, ada students from MSU, UNIRAZAK dan UNITEN juga. Tak. Kem BTN ni bukan untuk students yang nak fly. Kali ni Kem Transformasi Mahasiswa IPTS. Pergi kem ni memang kena paksa tapi serius cakap, tak menyesal pergi. Best!

Till then.
Wassalam.

Sunday, March 16, 2014

600#Ai no Kotoba ~ Sebulan Lebih Menghilang


Ehem. Ehem.

Baru sekarang dapat update blog :( Mahu sebulan lebih jugaklah Hana tak jenguk blog langsung.

Banyak benda nak update tapi kena tunggu mid term break ni lah. Insya-Allah Hana balik Kelantan malam 20 April ni ;) Balik kampung!

Moderated comments pun Hana tak sempat nak publish lagi. Minta maaf sangat-sangat kat Nadia Syairah dan Ayumaira Bridal sebab tak dapat tolong edit blog korang :( Maaf sangat-sangat! Memang Hana langsung tak buka Blogger account ni sejak masuk Sem 2 hari tu.

Me and Nanad :) 
Second sem of BCLS 13/17

Tak sangka dah nak masuk pertengahan Sem 2 dah :) Alhamdulillah sebab masih bernafas even banyak kerja dah sekarang (T__T) nasiblah hidup seorang student. Assignments, quizzes, tests and lecturers. Tu tak campur aktiviti kelab lagi tu.

Pengalaman hidup. Ya tak? :p

Till then.
Wassalam.

#PrayForMH370

Saturday, December 21, 2013

578#Ai no Kotoba ~ Fly Dove, Fly


Buat watermark baru! :D

Yang bawah ni yang lama punya.



Kat bawah ni yang baru punya! Simple aje :) Hee!


Suka tengok flying dove tu :) Freedom!

Till then.
Wassalam.

Thursday, December 12, 2013

575#Ai no Kotoba ~ Mengenai Tempahan Edit Blog


Selamat tengah hari :)

Anda semua dah pergi Big Bad Wolf? Hee :p Demam BBW Hana tak habis lagi ni. Rasa nak pergi bertapa kat situ aje sampailah pukul 9 PM 15 Dis nanti.

Hana ada terima dua, tiga soalan pasal tempahan edit blog. Sebenarnya, sekarang ni Hana tengah sibuk dengan final, insya-Allah akan bermula 30 Dis sehingga 7 Jan. Jadi buat sementara ni Hana tak dapat ambil mana-mana tempahan.

Dan kat sini Hana nak beritahu, untuk edit full blog Hana kenakan RM 5 - RM 15 bergantung pada permintaan nak edit macam mana :) Hana ambil murah aje sebab Hana tak reti nak letak harga :p Daripada header kepada - semualah! Kepada sesiapa yang berminat boleh tengok antara hasil kerja Hana sebelum ni di SINI dan SINI. Banyak lagi yang Hana edit sebelum ni cuma lupa lepas dekat label apa :p

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah PM Hana di SINI. Mari mari tempah pada saya~ 

Hee :p

Till then.
Wassalam.

Saturday, October 26, 2013

562#Ai no Kotoba ~ New Look, Again ;)


Dah lama since last post. Alhamdulillah hari ni dapat luang masa kejap edit blog :p Kasi nafas baru sikit. Ha ha.

So, macam mana? From full pink to pink-white-black? Takde nampak terlalu childish kan? :p

Header baru tu Hana amik from Google, kecikkan sikit. Malas nak edit lebih lebih. Sekarang ni mood dengar classical music, tu sebabnya header pun gambar piano :p 

Insya-Allah minggu depan Hana akan mula mid term exam. All the best for me :p Hee

Till then.
Wassalam.

Friday, August 23, 2013

547#Ai no Kotoba ~ The Pending Coffee :)


I hope Malaysians can practice this too! =)

nota : Hana baru dapat blogging dan balas jejak sikit-sikit. Sorry kalau terlambat :D Hari Ahad till Rabu lepas password takleh nak enter kat netbook. Nasib baik abah pergi betulkan kat kedai :p Kenalah sindir berbakul-bakul dengan abah :p Hehe.

Till then.
Wassalam.

Friday, August 16, 2013

546#Ai no Kotoba ~ Kembali



Dah bersawang kot blog ni. Kan?

Kembali sekejap nak ucapkan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog :D Insya-Allah blog ni tak akan bersawang lagi bermula minggu depan dan Hana akan mula membalas kunjungan juga pada minggu depan.

Actually banyak benda nak post kat blog. Kisah sebelum Aidilfitri, semasa Aidilfitri dan semestinya anime reviews :P

Hehe.

Banyakkkkkkkkkkkk lagi sebenarnya anime yang Hana nak buat review malangnya kemalasan jadi penyekat :P Kalaulah Hana betul-betul nak review semua anime yang Hana pernah tengok since 6 years old, memang pasal anime ajelah yang korang baca :P Hehe. Jadi Hana akan buat review yang Hana rajin aje lah.

Malam ni tidur awal, insya-Allah tengah hari esok ada plan. Cikgu Naeimah minta teman beliau pergi Rantau Panjang sempena majlis perkahwinan adik Cikgu Dasuki. Alang-alang dah pergi Rantau Panjang, memang rugi besarlah kalau tak singgah Pasar Besar Rantau Panjang.

Sore jaa. Matta ne!

Till then.
Wassalam.

Sunday, August 4, 2013

545#Ai no Kotoba ~ Kad Raya Aidilfitri 1434 H :)


Dah dua tiga hari blog ni tak ber-update. Hu hu.

Alhamdulillah Hana selamat sampai ke bumi Kelantan ni around 9:30 hari Khamis malam Jumaat yang lepas. Home sweet home~ He he :D


Back to my main title, Hana dapat kad raya tahun ni x) Satu daripada Penerbitan Kaki Novel dan satu lagi daripada Kak Aisya Chipmunk&Barney :)

Terima kasih KN dan Kak Aisya! He he :D 

Untuk yang setia memberi komen di blog ni, Hana ada sediakan e-card untuk mereka. Nak hantar kad raya memang tak sempat. Insya-Allah tahun depan Hana akan mulakan operasi menghantar kad raya :P He he. Harap-harap sudilah terima ya? Hana ada hantar pada ruang komen mereka yang terpilih tu :)

Daripada KN :)

Isi dalam :P He he. Comel kartun tu >_<

Handmade kad raya daripada Kak Aisya :D

Comel aje >_< He he.

Kat sini Hana nak minta maaf banyak-banyak pada semua bloggers. Minta maaf kalau ada terguris hati ke dengan komen Hana, Hana lambat balas jejak ke, apa apa aje lah! Minta maaf ya? :D

Dan mungkin blog ni akan terabai juga lepas ni. Mungkin dua tiga hari lepas raya baru Hana akan update, jejak korang balik. Insya-Allah :) Maaf ya sebab lambat jejak entri lama korang? ;)

Salam Aidilfitri 1434 H! :D

Till then.
Wassalam.

Wednesday, July 24, 2013

540#Ai no Kotoba ~ Sorry Kawan-kawan Bloggers!


Untuk sementara waktu sampailah 1 Ogos ni, Hana tak dapat jejak balik korang di blog. Maaf sangat-sangat (>__<) Mood blogwalking tak ada dan Hana semakin sibuk memandangkan minggu depan minggu last Hana praktikal. Insya-Allah, Hana dan kawan-kawan akan balik pada 1 Ogos depan selepas closing ceremony.

For the time being, I think I'll just make anime reviews for all the anime I have watched so far. He he :D

The anime that I might write the reviews are :
1. Karneval
2. Inu x Boku SS
3. Say " I Love You"
4. Hyouka
5. Hataraku Mao-sama

And the list goes on.. actually :P

He he.

Till then.
Wassalam.

Saturday, July 13, 2013

531#Ai no Kotoba ~ July CPUV - Thanks Nuffnang :D


Walaupun trafik blog ni dalam plus minus 200 aje untuk sehari, Nuffnang masih lagi sudi beri BE kepada blog ni ^^ He he. Alhamdulillah :) Thanks Nuffnang.

Untuk bulan Julai ni, Hana dapat dua BE baru. Satu daripada Coke Ramadhan 2013 dan satu lagi daripada Ford MCA Launc (JUL). Setakat ni baru sikit aje dapat, tapi itu dah okey daripada tak ada langsung kan? :)


Malas nak cash out lagi. Hana rasa nak tunggu banyak lagi kot baru cash out? Barulah puas hati :) He he.

Thanks again Nuffnang! :D

Till then.
Wassalam.

Friday, July 12, 2013

Segmen : Slot Blog Review by Zizie


Jom join segmen Kak Zizie! :D


Klik banner untuk join!
Minta Kak Zizie beri pendapat pasal blog Hana :) Dari segi with blog, loading, semualah! :D
Thanks! ^^


Till then.
Wassalam.

Friday, July 5, 2013

522#Ai no Kotoba ~ Bagaimana Saya Online?

*scheduled post - ditaip pada 30/6/2013* 


Ada yang tanya, kenapa Hana asyik buat schedule post aje even dah dapat online kat hostel ni. Memang sepatutnya boleh aje kalau Hana nak online tiap-tiap hari, tapi nak jimat duit sebab tu Hana cuma online mostly pada weekend.

Kat kawasan hostel kami ni, pihak kampus tak sediakan wifi. Sekarang Hana cuma guna hotspot aje. Broadband dah lama minta abah batalkan sebab line Celcom kat sini macam tak nak hidup aje. Memandangkan Hana cuma dua bulan aje di sini, tak nak beli lagi mana-mana pakej broadband baru. Tapi Twitter memang berupdate selalulah sebab untuk phone, Hana guna pakej UMobile Unlimited Mobile Internet. 

Pakej hotspot ni RM 2 untuk 12 jam, RM 3 untuk 24 jam, RM 15 untuk seminggu dan RM 35 untuk 30 hari. Murah kan? Bagi Hana lah, sebab ni first time guna hotspot. Tak pernah guna hotspot lagi sebelum ni. Biasanya Hana guna yang pakej 12 jam dan 24 jam tu aje. Tu pun puas hati sebab line laju :D

Ada sesiapa nak sponsor pakej RM 35 tu? Ha ha :P

Till then.
Wassalam.

Thursday, June 27, 2013

514#Ai no Kotoba ~ New Header, New Watermark! :D


Ini bukan scheduled post :P Hee~

Hana dah tukar header lagi! Kali ni rasa lebih colourful. Kononnyalah. Haha :D Watermark pun tukar yang baru :)

Yang lama : 




Yang baru :




Banyak burung dan rumah burung~ Hee :D

UPDATED!

Hana tukar balik watermark :P He he.



Till then.
Wassalam.

Sunday, June 23, 2013

508#Ai no Kotoba ~ Review Lima Blog #1


Seperti yang Hana mentioned dalam entri INI, Hana akan buat blogs reviewing untuk pemenang blog review daripada Simple Segmen by ArifahLee & ZunairahLee :) Hana akan buat review untuk 10 blog terpilih. Tapi, Hana akan mulakan dengan the first five blogs dulu :)

Jom tengok!



Blog pink comel ni so far tak ada masalah :) Loading pun okey, sidebar tersusun. Tapi, bagi Hana background untuk sidebar tu tak kena, nampak crowded. Untuk sidebar background, better guna background yang plain atau corak yang tidak terlalu kontra :)




Peminat tegar 1D ya? :D Sidebar, loading, semua kemas dan okey. Tapi part font tu macam kena ubah sikit. Kalau boleh, gelapkan sedikit warna font, atau guna warna hitam terus sebab warna agak kabur. Sesetengah laptop akan kabur terus, susah nak baca. Saiz font pun mungkin boleh besarkan sedikit :)




Header yang comel :D Hee~ Bagi Hana, apa yang mungkin perlu diubah untuk blog ni sama dengan blog http://cuteandadorable-is-sugarmeow.blogspot.com/ ni :) Yang lain dah okey, cuma saiz font dan pilihan warna untuk links agak kabur. Warna font pula dah okey :)




Loading dah okey, tapi blog nampak tak kemas dengan dua sidebars. Untuk nampak lebih kemas, guna satu sidebar aje dan limitkan posts kat home page. Better ada satu hingga tiga aje posts kat home page. Kalau banyak sangat, blog nampak tak kemas :) Untuk jimatkan ruang dan nampak kemas, letak scroll bar untuk blog list dan blog archive. Selain tu, letak background di sidebar juga :)




Blog ni serius comel! Doodle di header pun tersangatlah comel x) Semua dah okey, tapi Hana rasa saiz font agak kecik. Kalau besarkan lagi okey kot :) 


Setakat itu aje review Hana. Apa yang Hana beritahu dalam review tu mengikut pendapat peribadi Hana :) Selain daripada kita selesa dengan blog kita, pastikan orang lain selesa juga nak menjengah ke blog kita. 

Jangan lupa singgah!

Till then.
Wassalam.

507#Ai no Kotoba ~ I'm Back & BE! :D Eceh!


Rindunya nak blogging (T^T) Sob3. Hampir seminggu tak update blog dan blogwalking. Nak kata jadual technical training ketat sangat, takde pun. Kitorang enjoy dan relaks aje. The problem is, kat hostel ni tak disediakan wifi. Then, jumpa hotspot. Apa lagi, terus pergi beli kupon untuk online. Barulah dapat blogging :D He he.

Banyak benda nak kongsi sepanjang dua minggu technical training ni, tapi insya-Allah Hana akan kongsi satu per satu. So far, memang enjoy dan relaks! He he :D 

Alhamdulillah, even tak dapat nak blogging dengan kerap, rezeki daripada Nuffnang tetap ada. Tak sangka ada beberapa BE baru di blog Hana :) All thanks to my readers :) 


BE paling lama, BE from Digi. Sejak bulan lepas lagi. And yang paling Hana tak sangka, Hana dapat enam BE dalam masa yang terdekat. Nampaknya rezeki bulan Jun :) Alhamdulillah. Dah lama sebenarnya tak dapat BE. Hampir dua bulan juga and my first BE after two months, BE daripada Digi itu lah :) Harap-harap amount bertambah. Aameeen :)

Thanks Nuffnang, thanks readers :)

Untuk next entry, Hana nak review lima blog daripada Simple Giveaway by ArifahLee & ZunairahLee :) Sebenarnya 10 blog, tapi Hana akan buat dua kali. Tak syok pula review kesemua blog sekaligus :)

Till then.
Wassalam.

Wednesday, June 12, 2013

503#Ai no Kotoba ~ Kenapa Banyak Sangat Scheduled Posts?

*scheduled post*


Kenapa banyak sangat scheduled posts untuk bulan ni?

Sebenarnya, scheduled posts ni Hana buat untuk hidupkan blog aje. Macam tak best tengok blog tak ber-update berhari-hari. Sekarang ni Hana dah mula technical training selama dua bulan, nak blogging dan blogwalking macam selalu tak bolehlah.

Line Celcom kat kawasan sini teruk sangat, kawan-kawan yang guna Celcom semua kena pandai cari line. He he. Dahlah Hana guna broadband Celcom. Memang susah sikitlah nak online bagai :)

Tapi scheduled posts ni Hana banyak buat entri pendek aje. Tak larat nak buat entri panjang banyak-banyak dalam masa yang singkat. Cukuplah dapat pastikan blog tak bersawang.

Till then.
Wassalam.

Sunday, June 9, 2013

499#Ai no Kotoba ~ Kenapa Saya Suka Ber-blog?

*scheduled post*


Kenapa saya suka ber-blog? Hana percaya, tentu setiap orang punya alasan yang berbeza berdasarkan pendapat masing-masing :)

Hana suka blogging sebab :

  •  Dapat jadikan sesuatu sebagai medium penceritaan Hana, sebab malas nak tulis diari jadi Hana buat satu blog untuk diri sendiri :)
  •  Dapat ramai kenalan baru! Walaupun hanya kenal bloggers di alam blogging ni, tapi ukhwah yang terjalin tu berharga seperti mana hubungan dengan kawan-kawan di sekeliling. Walaupun hanya kenal di alam blogging, hubungan sesama bloggers juga perlu dijaga. Jangan sampai ada permusuhan antara bloggers.
  •  Dapat baca banyak cerita menarik! :D Pengalaman hidup seseorang tidak sama dengan individu yang lain, jadi melalui blogging juga Hana dapat tahu suka duka hidup seseorang. Ayat tak boleh blah part suka duka tu :P He he. 


Itu aje kot yang dapat difikirkan buat masa sekarang. Apa yang penting, Hana memang enjoy sangat blogging ni. Terima kasih kepada rakan bloggers yang lain :) Insya-Allah, sama-sama kita keep on blogging ya?

Till then.
Wassalam.

Monday, June 3, 2013

484#Ai no Kotoba ~ Yang Ke 2121


Buka blog pagi tadi, tengok followers dah ada 2121. Alhamdulillah :) Comel pula nombor tu. He he. Marilah kita pakat review siapakah follower yang bernombor comel itu :)


Nasib baik ada link pada profil Iwan Syah. Sebab sesetengah followers tak backlink profil mereka dan blog jadi susah nak terjah balik.


Memandangkan blog beliau tiada header, Hana print screen ajelah sampai situ. Kalau tak, boleh print screen header. He he. Menarik kot entri Cara Tidur Di Dalam Pejabat tu x) Kreatif! He he.

Apa yang Hana tengok, blog ni dah okey, loading pun tak ada masalah. Cuma kalau boleh, buanglah word verification di komen untuk memudahkan readers anda memberi komen mereka. Word verification antara pembunuh mood nak memberi komen. Tadi Hana sendiri pun kena isi balik kotak verification tu sebab tersilap letak kod (-__-) Sadis. He he :P

Kalau baru buat blog, memang word verification tu akan set Yes secara automatik. Kalau nak buang, pergi ke Settings -> Posts and Comments (tengok kat bawah sikit) -> tick No pada Show Word Verification? -> Save settings. 

Itu ajelah kot. Klik pada header atau nama beliau untuk terjah!

Till then.
Wassalam.

Broaden News