636#Love Note ~ Tahun 2015
Walaupun dah masuk 12 Januari 2015, nak ucap Selamat Tahun Baru juga.
Final dah habis 9 Januari lepas tapi sekarang baru masuk mood blogging.
Dalam tiga empat hari ni Hana dok tengok drama pasal psiko aje. Liar Game dan Bad Guys. Sampaikan malam kelmarin mimpikan Shin Sung Rok yang jadi psiko dalam Liar Game (T__T) Dahlah dua dua suspense sampai cam nak pecah dada.
Liar Game bukan psiko bunuh bunuh tu tapi still suspense tengok diorang main game tu. Bad Guys lak memang main psiko serial killer tapi serius best! Kalau asyik layan cintan cintun pun bosan juga.
Tapi motif sebenar tengok Bad Guys sebab nak tengok Park Hae Jin :p lantaklah KJ nak kata mamat Korea bukan lelaki sejati. Dah aku minat nak buat camne? Dah taste aku lelaki tinggi kulit putih nak buat camne? Alah. Park Hae Jin tu pun bukan jenis milky white pun, tanned lah jugak. Dia macho apa. Bukannya stok mamat Korea yang jambu tu. Tapi minat je yang milky white tu :p
Kan dah membebel kat sini. Dah. Jom masuk topik lain.
Rasa nak buat perubahan pada blog tapi I still like the way it is. Simple. Nantilah bila ada masa nak edit atau bila dah dapat idea. Hana sendiri pun dah lama tak main ngan kod HTML untuk edit blog ni. Nak kena main dengan skill balik :p
Rasa nak tukar pada part Ai no Kotoba tu. Tukar dengan Love Note. Tapi kiraan tetap sama. Kiraan entri dalam blog ni tapi memandangkan ada juga beberapa entri yang Hana dah delete, kiraan kat post title tak tally dengan kiraan sebenar entri dalam blog ni.
Selamat kembali ke sekolah. Adik bongsu Hana, si Neesa tu pun dah masuk Darjah 1. Alhamdulillah :)
Tak sangka dia dah masuk sekolah. Tapi kasihan masa daftar semalam sebab kelas-kelas Darjah 1 kat tingkat atas, bukannya tingkat bawah. Cikgu bagi buku-buku teks yang dah siap diikat. Neesa tak reti nak masukkan buku-buku tu dalam beg, dah banyak-banyak kena ikat camtu. Merah tangan dia pegang buku-buku tu masa turun tangga nak ke kantin (T__T) Dia pun mengadu sakit.
Semoga Neesa lebih tabah mengharungi alam persekolahan. Eceh :p
Till then.
Wassalam.
nota kaki : Insya-Allah esok Hana balik Kelantan. Minta doakan perjalanan Hana selamat ya? Terima kasih.
saya layan juga cter bad guys! hehe :D
ReplyDeleteCepat aje masa berlalu kan. tengok2 adik bongsu dh skolah. hehe kesian dia. tu lah buku skolah skg ni mmg byk. part kelas tingkat atas, saya sangat memahami sbb mmg byk kali duduk tingkat atas skli. fuhhh mmg pi skolah rasa mls. bukan mls pi skolah, tp mls nak panjat tangga sbb rasa dia cm daki gunung. Nak2 kalau bwk buku byk kt dlm beg. mmg sakit kaki. hahaha :D
Semoga selamat dlm perjalanan pulang ke Kelantan ^^
selamat tahun baru hana.. selamat bercuti ya..! akhrinya bebas juga kan..hehehe..
ReplyDeletesemoga perjalanan pulang ke kelantan dipermudahkan Allah..insyaaAllah..
kat kampung hana tu terjejas tak banjir? huhu
biasa darjah 1 kelas bawah,kalau buka kelas banyak ja separuh di atas.. kesian ya neesa, angkut buku sampai melecet tangannya.. tak apa la pengalaman akan mematangkan beliau..ehehe
@nana liena dah selamat sampai :) hehe. rumah Hana alhamdulillah tak pernah banjir lagi setakat ni
ReplyDeleteIngatkan ciyer bad guy tu yg citer balas dendam... sebab ritu ada tgk citer korea tajuk bad guy
ReplyDelete