Monday, December 22, 2014

631#Ai no Kotoba ~ iM4U + Red Readerhood @BigBadWolf2014


Ini cerita lama. Cerita 13 Disember yang lepas.

iM4U ada anjurkan sesi volunteer kat Big Bad Wolf 2014. Jadi volunteer angkat barang, tolong customer dan macam macam lagilah. Ada dua pilihan tarikh dan dua sesi untuk setiap pilihan tarikh tu. Tarikh 6 - 7 Disember pukul 10 am - 3 pm atau 3 pm - 8 pm (lupa masa untuk sesi petang sebenarnya) dan tarikh 13 - 14 Disember dengan sesi pagi atau sesi petang.

Hana pilih sesi pagi untuk 13 - 14 Disember tu. Asalnya nak pergi dengan kawan kawan lain, tapi sebab ada yang kena tukar plan, mereka tukar tarikh 6 - 7 Disember, Hana stick ngan tarikh 13 - 14 Disember tu. Alang alang dah sorang camni, ajaklah kawan Hana si Dyana untuk join jugak. Dyana pun kaki buku juga. Kitorang selalu tukar tukar buku ;)

Pagi 13 Disember tu, Hana dan Dyana dapat bahagian kat Red Readerhood Section. Section ni untuk charity. Orang beli buku, the brand new ones, then buku tu masuk dalam kotak untuk didermakan ke orphanages/primary schools. Harga buku serendah RM2, semuanya buku-buku baharu.

Kerja kitorang tak berat pun kat situ. Berdiri kat kaunter buku dan setiap kali ada orang lalu lalang, kita cakap 'Books for Charity!' macam pekerja kat Sushi King sebut 'Irashaimase!' untuk sambut pelanggan tu. 


Yakini merah jambu. Free T-shirt for volunteers.

Memang pengalaman yang cukup berharga. Masa tu lah kita sedar yang sesetengah orang kita ni macam mana. Ada yang lalu buat donno aje, ada yang singgah sambil tengok buku untuk dipilih, ada yang bertanya pasal section tu.

Hana dan Dyana join volunteers lain makan tengah hari and lepas tu terus pergi solat Zohor. Surau kat MIECC tu kecik ya ampun! Kalah surau kat Times Square. Patut diberi ruang yang besar lagi. Dahlah kiblat tu menghadap pintu nak masuk surau tu :( susah orang nak masuk atau keluar dari situ.

Lepas solat Zohor kitorang sambung balik kat Red Readerhood Section tu. Habis aje masa, terus Hana dan Dyana masuk dalam dewan tu sebab nak cari buku. Takde makna Hana nak bawak luggage cam tahun lepas. Fulusnya takde (T_T). Mampu beli 4 buah buku aje, satu buku lagi untuk budak kecik Neesa tu. Mana taknya, awal awal lagi Hana beli tiga buah buku dengan DeBook Room.

Tapi alhamdulillah sebab dapat juga buku yang Hana cari ;) Amelia Grey's Fireside Dreams dan Vivien's Heavenly Ice Cream Shop yang dah selamat dikhatam, Another Way to Fall dan sequel for If I Stay, Where She Went. If I Stay Hana beli dengan DeBook Room, yang movie-tie in cover. Beli Where She Went kat BBW sebab nak jimat. RM8 satu!

Awal tahun depan kena asing awal awal duit untuk BBW, buat satu tabung tampal siap siap BBW 2015 Fund. Even apa yang jadi pun jangan sentuh :p ha ha. Betul sangatlah tu.

Till then.
Wassalam.

4 comments:

  1. bestnya jadi volunteer. hehe :)
    murah jugak buku rm2. best la dapat g BBW dapat borong buku banyak2 kan? hehehe :D

    ReplyDelete
  2. bagus juga cari pengalaman baru jd volunteer kan hana..nasib baik ada kawan temankan , murah gila rm2 satu buku..! mmg RM100 dah ckup ..heheh..

    ReplyDelete
  3. wish to be there. tapi, apo kan dayo eh... huhuhu

    ReplyDelete
  4. seronoknya. kalau tahu pergi time hana ada boleh jumpa sekali. hehehe.

    tapikan pergi bbw serius kena bajet siap2 nak spend berapa byk. kalau tak mcm air je duit keluar. asal rasa best je ambik.

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News