Thursday, January 14, 2016

657#Love Note ~ [Drama Review] Love Me, If You Dare


Dalam beberapa hari ni dengan gigihnya cuba habiskan drama Cina ni; Love Me, If You Dare. Hana memang tunggu drama ni habis sebab nak marathon, jarang sangat tengok drama yang tengah ongoing sebab seksa nak tunggu new episodes setiap minggu ;p Drama ni menarik perhatian sebab ramai viewers kata kalau suka I Remember You lakonan Seo In Guk, Jang Na Ra dan Park Bo Gum patut tengok drama Love Me, If You Dare ni. I Remember You memang antara drama favourite Hana.


Love Me, If You Dare ni adalah Chinese drama berjumlah 24 episodes. Sesiapa minat romance-thriller-suspense genre bolehlah tengok drama ni. Bagi Hana LMIFD dengan I Remember You, lagi suspense LMIYD even Hana suka dua dua drama ni. 

Simon Bo Jin Yan is a criminal psychologist yang ada IQ tinggi malangnya EQ rendah sebab dia tak pandai nak bersosial. Bo Jin Yang ni kira memang antara yang pakar dalam bidang tu. The heroine is Jenny Jian Yao seorang gadis yang baru graduate. Nak dijadikan cerita, masa Bo Jin Yan datang berehat di Tong City, Jian Yao apply untuk jadi translator sementara sebelum dapat kerja tetap. Masa itulah Jian Yao terlibat dengan kes pertama di mana orang kampung syak Bo Jin Yan adalah dalang kes culik kanak-kanak yang banyak berlaku kat Tong City tu. Sejak hari itu, Jian Yao menjadi pembantu Bo Jin Yan dalam mana mana kes pembunuhan yang berlaku. Pada masa yang sama, di setiap kes yang Bo Jin Yan terima rupa-rupanya ada dalang yang sama di sebalik semua kes tu. The mastermind yang mahu perangkap Bo Jin Yan.




Ingatkan watak Bo Jin Yan tu serius aje memanjang tapi lawak juga haha. Pantang kena rasuah dengan makanan berunsurkan ikan mesti kalah, nak pujuk perempuan tu pun tak reti alahai. Kalau majority suka watak Bo Jin Yan, my personal favourite is Fu Zi Yu. Fu Zi Yu ni satu satunya kawan yang Bo Jin Yan ada. He's a specialist in software developing field. Tersangat baik dan setia pada Bo Jin Yan tu. Apa apa perkara Bo Jin Yan minta tolong mesti Fu Zi Yu akan laksanakan juga even merungut kata Bo Jin Yan suruh dia kerja tanpa rehat haha ;p

Bagi Hana drama ni sangat best, lagi pun mungkin sebab memang minat drama genre macam ni. Dengan twists yang tak sudah sudah dan susah nak agak, tak sangka pula orang lain mastermind yang sibuk nakkan Bo Jin Yan tu even dah keluar watak yang kita rasa penting. Creepy. 

Kalau fokus dalam I Remember You tu Lee Hyun (Seo In Guk) nak selesaikan kes kematian bapa dan cari adik lelaki dia yang hilang, dalam Love Me, If You Dare ni pula fokus pada mastermind yang psiko gila tu sanggup buat apa saja untuk dapatkan Bo Jin Yan.

Boleh tengok di DramaNice kalau berminat ;)

Till then.
Wassalam.

5 comments:

  1. Macam best je! baru ingat nak tengok tadi tapi bila nampak drama lemah sikit hahaha kena cari waktu yg betul2 free baru boleh tgk! thanks review :)

    ReplyDelete
  2. Wahh adik ni peminat drama cina juga ya

    ReplyDelete
  3. Dah habis dah yek? Nanti nak download la.. hehe dr mula dia kuar nak tgk, tp.. malas nak tnggu...

    ReplyDelete
  4. Ramai laa pulak ckp best cerita nih .. ni yg tergoda nak layan jugak niih ^^

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News