Popular Posts

Showing posts with label Prolog Media. Show all posts
Showing posts with label Prolog Media. Show all posts

Thursday, September 14, 2017

720#Love Note ~ [Review Buku] Jika Aku



Hana baru aje review Hello, It's Me so sekarang nak share pasal Jika Aku pula. Like I've mentioned in my previous post, Jika Aku ni ada kaitan dengan Hello, It's Me. Duta akan muncul untuk selesaikan masalah dalam Hello, It's Me. But Duta is not the hero here. You'll meet Maliq ;)


Tajuk: Jika Aku
Penulis: Anna Lee
Terbitan: Prolog Media
Muka surat: 341
Jika aku mind reader, adakah ia satu keistimewaan atau ketulahan?”                                                                                                       
Teja, gadis mind reader yang terpaksa memecilkan diri kerana kelebihan itu membuatkan dia takut hendak mendengar setiap pemikiran orang lain yang ada saja menyakitkan hati. Sehinggalah hatinya terpikat pada seorang jejaka. Jejaka yang penuh misteri dan sering menimbulkan tanda tanya. Tetapi, demi untuk tidak mengecewakan diri sendiri, cukup dia meminati lelaki itu dari jauh. Namun, lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Demi menghalang sebuah jenayah berlaku, Teja terpaksa mendekati lelaki itu. Sudahnya, kehidupan Teja yang menjadi huru-hara. Semakin dia mengenali lelaki itu, dia semakin keliru. Ada rahsia disembunyikan. Ada rahsia perlu dirungkaikan. Antara realiti dan ilusi, yang manakah kebenarannya? Yang pasti, dia perlu cari kebenaran itu. Kerana... Hanya kebenaran jalan keluarnya.

Teja gadis yang tiada kawan kerana kebolehan mind reader miliknya. Hidupnya hanya pergi kerja dan balik kerja. Sampailah dia terjatuh hati dekat Maliq, a man she meets in the KTM. Sejak hari tu hidup Teja bahagia tapi dia takut nak dekati Maliq sebab dia tak berani. Sampailah dia fikir ada jenayah akan berlaku so dia kenalah bertindak sebab nak halang jenayah tu.

To be honest, Jika Aku is so much better than Hello, It's Me and Mesej, my top favourite books by Anna Lee. Jika Aku terbahagi kepada tiga bahagian dan bonus. Memang confuse bila dah sampai akhir Bahagian 1. Bila baca Bahagian 2, makin confuse jadinya. Hana asyik terfikir apa yang jadi tu ilusi ke? Sampailah Bahagian 3. Akhirnya terjawab juga semua persoalan.



Gaya bahasa, pace cerita, plot dan twists memang superb. Bila dah sampai akhir buat Hana teringat Detektif Conan pula hahaha serius best walaupun boleh mengelirukan. Bab psikologi pun banyak bila dah masuk Bahagian 2. I love the ending. It makes me smile and believe that everyone can change if they are being sincere towards their loved ones.

Maliq sama saja seperti Duta, tapi rasanya Maliq lebih sarkastik kot hahaha kesian Teja asyik terkena aje dengan Maliq ni. I love him for being protective when it involves Teja. Betullah kata Maliq, walaupun dia tak dapat mengubah dunia tapi sekurang-kurangnya dia boleh mengubah dunia Teja.

Apa yang akan mengelirukan:
  • Rahsia Teja sebagai seorang mind reader
  • Identiti sebenar Maliq dan Puan Lola
  • Apa yang sebenarnya berlaku di airport

Bacalah kalau nak tahu ;) Memang tak menghampakan.

One customer saw me reading this book lepas tu dia tanya best ke buku Anna Lee? Senyum aje Hana masa cerita pasal buku-buku Anna Lee. Katanya dia selalu nampak buku tulisan Anna Lee tapi tak berkesempatan nak beli lagi. I asked her to try one and hope it'd suit her. Harap sangat kakak tu baca. Katanya nak cari kelainan dalam bahan bacaan.

Tahniah, Kak Jue. Buku ni memang best. Words can't describe my feelings when I read this book. Menanti sekuel Mesej pula hehehe cepatlah terbit.

So, my rate is...



Till then.
Wassalam.

Tuesday, September 12, 2017

719#Love Note ~ [Review Buku] Hello, It's Me


Sebelum ni Hana dah review tiga buku terbitan Prolog Media. Ada lagi buku yang Hana belum review macam Rooftop, Parut dan Magisial. I just finished reading Hello, It's Me written by Anna Lee. I'm a fan of Anna Lee since her books aren't the typical local books. Semua buku Anna Lee masih berfokuskan cinta dan keluarga tetapi biasanya elemen urban fantasy and suspense tetap diterapkan. Cumanya untuk Hello, It's Me ini daripada romantic comedy bertukar kepada action thriller. Dan dekat bab akhir ada urban fantasy sikit, itu pun as a prolog for Jika Aku, her next book.


Tajuk: Hello, It's Me
Penulis: Anna Lee
Terbitan: Prolog Media
Muka surat: 319
Apa yang anda sanggup lakukan jika 'nyawa' anda berada di tangan orang lain? Telefon adalah nyawanya, rahsianya, gambar, idea, manuskrip, nota, diari, password... Akaun sosial media, segalanya di telefon pintarnya. Tiya dan Duta tertukar telefon. Dalam sebesar dan seluas dunia macam mana telefon yang sama jenis, sama warna, sama casing, sama password dan sama wallpaper, boleh tertukar? Mustahil! Tetapi itulah yang terjadi pada Tiya. Mulai detik itu kehidupannya yang aman damai mula huru-hara. Tiya bukan saja terperangkap dalam masalah cinta dan jodoh Duta tetapi dia juga terperangkap dalam masalah lain yang lebih besar. Yang menyebabkan kehidupan Tiya berubah 360 darjah. Yang menyebabkan dia terpaksa melawan diri sendiri. Ada rahsia yang tersembunyi. Ada jiwa yang akan terseksa. Ada hati yang akan terluka. Masih wujudkah happily-ever-after dalam hidup Tiya?                                                                                              "Hello... it's me."

Macam tak masuk dek akal bila dua orang bertukar phone model yang sama, wallpaper, password, dan susunan apps yang sama. Bila dah dua hari barulah Tiya perasan, itu pun sebab Duta call. Rasa nak gelak guling guling baca buku ni sebab memang kelakar habis Tiya, Tiya. Dah dapat macam macam mesej daripada orang yang dia tak kenal takkan tak syak apa apa lagi? Dahlah tersilap balas mesej mama Duta hehe.

Awal awal Duta sarkastik dengan Tiya sebab salah faham. Memang kena sebijiklah dengan Tiya sebab it's Duta's fault. Padan muka Duta. Judging someone by something he doesn't hear properly.

And then, Duta and Tiya start to conversing frequently. Phone masih tertukar sebab Duta kat Holland. When Duta updates Tiya's Instagram with beautiful photos of Holland and sweet captions, I was melting hahaha Hana boleh bayangkan betapa cantiknya Water Village kat Holland tu. It only mentions Steenwijk but I believe the water village is Giethoorn which is located in Steenwijk.


Tiya has agoraphobia. What happens after the phone swapping lead her to embrace her fear without growing doubts. Bila Duta ajak Tiya ke Holland, I smiled from ear to ear. Duta encourages Tiya to face and befriend her fear, to make something better from her fear. Tapi apa yang jadi kat Holland memang agak mengejutkan. Kat situlah turning point from romantic comedy to action thriller.

Duta is a mysterious guy but he is kind. Memang hero-hero buku Kak Jue ni boleh kasi orang melting ke? :p

Plot twist memang best. Apatah lagi apa yang Duta rahsiakan ada kaitan dengan Jika Aku. There's a brief appearance of Jika Aku's main character and I believe Duta and Tiya will make appearances in Jika Aku too.


Dekat akhir memang ada sedih, tambah lagi bila Hana sangka Tiya teruskan rancangan dia. Memang mengalir air mata baca bab Duta ke rumah Tiya tu hahaha macam lawak aje bila fikir. Nasib baik ending best. Kalau tak best rasa nak baling aje buku ni kat dinding sebab dah main-mainkan perasaan Hana letih kot dok gelak gelak lepas tu sedih aje.

And, brace yourself for page 216. Hana rasa nak lempang lempang aje Tiya sebab decide something tanpa fikir panjang. Nasib baiklah Tiya ni memang tak wujud, kalau tak Hana tak taulah apa yang Hana akan buat :p Sebab tak tau nak lepas geram macam mana, Hana mesej FB Kak Jue hahaha kenalah lepas geram kat author kan kalau lepas geram kat social media nanti risau bagi spoiler kat orang lain pula. Nasib baik Kak Jue layan aje geram Hana ni :p Kalau tak nak Hana lepas geram macam ni lagi kena pos Cosy, Rebel dengan Qabu ke sini. Boleh peluk peluk diorang, reda sikit geram tu.

Buku ni sebenarnya misteri sejak awal lagi. Banyak sangat persoalan yang muncul bila dah mula baca.

Kenapa phone Duta dan Tiya tertukar?

Siapa Duta sebenarnya?

Apa yang Duta sorokkan daripada Tiya?

Macam mana Tiya atasi fobia dia?

Hana menyeru korang semua baca buku Hello, It's Me kalau teringin nak tahu apakah yang berlaku sebenarnya.. Kalau tak nak mula dengan buku ni pun, mulalah dengan mana mana buku terbitan Prolog Media. Insya-Allah, tak akan mengecewakan ;)

So, my rate is...



Till then.
Wassalam.

Thursday, August 24, 2017

709#Love Note ~ [Review Buku] Naskah Terakhir Laura Isabell


Kali ni Hana nak share satu kisah cinta yang epik. Naskah Terakhir Laura Isabell bukan sekadar berlatarkan masa sekarang, tapi ada kisah tersimpan yang terjadi pada tahun 1911. Kisah yang membawa kepada pertemuan Laura dengan Dean untuk membongkar kisah moyang mereka.

Naskah terbitan Prolog Media ini tidak bertemakan urban fantasy seperti Nadi dan Mesej. This is just a love story. Apa yang lain dan menariknya terletak pada naskah milik Laura Isabell menceritakan kisah cintanya dengan Megat Alam dan pencarian jalan hidup tanpa berkiblatkan manusia dan harta. 


Tajuk: Naskah Terakhir Laura Isabell
Penulis: Anna Lee
Terbitan: Prolog Media
Muka surat: 292
Cinta itu anugerah. Sudah tertulis sebelum roh ditiup bahawa dia akan menjadi milik kita.

1911

Naskah Terakhir Laura Isabell telah menimbulkan tanda tanya kepada pewarisnya. Catatan kisah cinta yang menyentuh hati itu telah membuatkan setiap pewarisnya berkelana ingin mencari kesudahan kisah tersebut.

2008
Dean, waris terakhir yang diwasiatkan memikul amanah itu. Namun, amanah yang dipikul datang bersama sebuah tanggungjawab yang berat.
Laura Isabell. Sepasang nama yang sering membuatkan diri si gadis Melayu jati itu disalah faham. Namun dia tidak menyangka, ada rahsia yang tersimpan berabad lamanya di sebalik nama itu.
Mampukah Dean melaksanakan amanahnya? Dan apakah rahsia di sebalik nama Laura Isabell?
Segalanya bakal terungkai di dalam Naskah Terakhir Laura Isabell... cinta yang merentasi batas waktu.


Laura Isabell yang tinggal pada tahun 2008 bertemu dengan Dean di Heathrow Aiport sebelum kembali ke Malaysia. Tanpa disangka mereka bertemu lagi di bumi Melaka. Dean dalam pencariannya mencari waris yang memegang amanah terakhir Laura Isabell. Membaca catatan wanita yang hidup pada awal tahun 1900 itu, Dean mengembara untuk menyelamatkan hidupnya. Ada perkara penting yang boleh dia lakukan dengan warisan itu.

Tetapi, di mana Megat Alam? Jika sudah meninggal, di manakah kuburnya?

In my opinion, Naskah Terakhir Laura Isabell is a good story. Pada bahagian yang menceritakan kisah Laura Isabell dan Megat Alam pada tahun 1911, ianya diceritakan dengan baik. Latar masyarakat pada tahun itu dan penerimaan mereka terhadap orang asing.

Hana rasa kagum dan respect pada Megat Alam. I could vividly imagine how Megat Alam learned to navigate Captain William's ship, his passion to be on the sea and see the world. Walaupun Megat Alam mencintai wanita berlainan bangsa dan agama, his unfaltering faith to his religion and God weren't deemed as obstacles. Dia mengajar Laura Isabell tentang agama dan jalan hidupnya.

Kisah pasal karamnya kapal Titanic juga ada di dalam kisah ini. Jelas penulis banyak melakukan kajian sebelum menulis kisah hebat ini.

But, this book isn't Anna Lee's best work. I would opt for Mesej more. Malah Aku, Dia & Pinky Promise lebih hebat daripada buku ini. But I'm still satisfied with Naskah Terakhir Laura Isabell.

So, my rate is...


Till then.
Wassalam.

Tuesday, August 15, 2017

706#Love Note ~ [Review Buku] Mesej


Mesej bukanlah buku pertama Anna Lee yang Hana baca. I read her Aku, Dia & Pinky Promise as a start tapi tak sempat tulis review lagi. Dari awal baca Aku, Dia & Pinky Promise lagi I was hooked right from the start. Anna Lee is one of the author known for her good writing, brilliant plot twists and ideas that are not cliche. Jadi kepada sesiapa yang belum pernah baca buku beliau, Hana menyeru anda semua untuk memulakannya hahaha sorry ayat skema sikit.

So, I want to review this book yang buat Hana tak duduk diam habiskan buku tebal ni. Let's get started. 


Tajuk: Mesej
Penulis: Anna Lee
Penerbit: Prolog Media
Muka surat: 536

Hidup Aria huru-hara apabila rumah yang disewanya berhantu. Tetapi, benarkah rumah itu berhantu? Pertemuan Aria dan Jason sangat pelik. Tak tercapai dek akal manusia normal. Namun pertemuan itu telah membawa keduanya menjelajah dunia cinta yang luar biasa. Ada rahsia di sebalik MESEJ untuk anda bongkar. Berani?


Aria gadis urban kota metropolitan Kuala Lumpur yang terpaksa tinggalkan kondominium berlatarkan menara KLCC untuk berpindah ke sebuah apartment baharu. Itu pun sebab kawan-kawan serumah pakat pindah ke rumah lain. From the start, dia dah fikir dia dikacau hantu. Hantu Perancis pula tu! And then she meets Jason, well, not technically, dan mereka mula berkawan baik. Lepas tu muncul pula bos garang bernama Nik.

So, betul ke rumah tu berhantu? And siapa Jason dan Nik?

Mesej bertemakan time travel. Aria di Kuala Lumpur boleh berkenalan dengan Jason yang tinggal di Paris. Masa mereka turut berbeza. So macam mana boleh jadi? What's the connecting portal between them? And who is Nik?

Banyak perkara yang tak dijangka-jangka berlaku dalam Mesej. Bila Hana fikir mungkin macam ni apa yang jadi nanti, rupa-rupanya cik penulis pusing ke arah lain. Banyak plot twists yang langsung tak membosankan. Makin teruja nak baca adalah. Walaupun Mesej ni tebal, percayalah susah anda anda semua nak letak buku ni dan mulakan kerja lain.

What Jason has been going through made me feel sad. Tapi Dia tak akan uji kita tanpa kemampuannya. Jason's turning point is there tapi susahnya hati mahu beristiqamah dan fikir positif bila perkara yang tak dijangka berlaku.

Mesej is so far the best book from Anna Lee. Anna Lee dah keluarkan buku baharu berjudul Jika Aku. Itu kisah pasal mind reader pula. Buku tu masih selamat kat rak, entahlah bila sempat nak mula baca. Kalau korang minat The Lake House lakonan Keanu Reeves dan Sandra Bullock tu, silalah baca buku ni. Jangan risau, ini bukan karya ciplak. Both The Lake House and Mesej are different in terms of plots, cuma tema time travel aje sama. 

Jika anda berani, Mesej adalah untuk anda.

So, my rate is...    

Till then.
Wassalam.

Thursday, August 10, 2017

703#Love Note ~ [Review Buku] Nadi


Dah lama tak review buku kat blog ni. Biasanya tulis review kat akaun Goodreads. Cepat dan mudah. But I want my blog to have book reviews too so hari ni nak share satu buku best daripada Prolog Media. I've read most of Prolog books tapi nak mula review buku ini dahulu ;)

Buku-buku terbitan Prolog Media memang best. Kalau nak cari yang rare, boleh cuba buku-buku mereka. Setakat ni Hana berpuas hati dengan yang Hana dah baca.



Tajuk: Nadi
Penulis: Pasha
Terbitan: Prolog Media
Muka surat: 288

Sinopsis:
~JIKA HARUS MEMILIH~
“Apa yang akan kau buat jika suatu hari ketika kau sedar dari tidur, segala yang normal selama ini bertukar menjadi sesuatu yang... luar biasa?”
Rutin hidup Jasmin tak ada bezanya dengan majoriti warga Kuala Lumpur yang lain. Bangun pagi-pergi kerja-balik kerja dan perkara yang sama diulang selagi Tuhan izinkan dia bernyawa. Namun, tanpa disangka perkenalan dia dengan seseorang telah mengubah rutinnya 180 darjah! Hidup yang selama ini biasa-biasa, tiba-tiba jadi luar biasa dan Jasmin suka!
Namun keseronokan itu tanpa sedar membawa dia ke dalam sebuah konflik yang melibatkan hidup dan matinya satu nyawa. Dan untuk kekal hidup, Jasmin harus memilih...
Nyawa dia... atau lelaki yang disayanginya
!


To be honest, Nadi adalah naskah yang ringan tetapi ada kelainan sendiri. Jasmin adalah seorang gadis yang bisu tetapi kekurangan diri tak menjadi penghalang dia untuk hidup dengan gembira. Adam pula seorang lelaki yang kasar pada luarannya tetapi baik hati. Both of them are involved in an incident dan koma. Tapi, sebaik sahaja sedar they realise that they are not where they thought they would be. Kenapa tiba-tiba KL yang sibuk hanya nampak beberapa orang sahaja? Ke mana orang lain pergi? Ada alien datang tiba-tiba ke?

It took me almost 10 hours to finish it. Perjalanan cerita smooth aje. Tak lambat sangat atau cepat sangat. Setiap tanda tanya dijawab dengan baik. Penulis pandai susun jalan cerita and I was not bored at all while reading Nadi.

Isu buku ni lebih menjurus kepada peluang kedua. Second chance in living and you either making it useful or not. And then weaknesses. It taught me that weaknesses can be used as our strength instead of letting them drag us down.

Good job Pasha. Menanti buku yang seterusnya. So my rate is...



Till then.
Wassalam.

Broaden News