Tuesday, September 12, 2017

719#Love Note ~ [Review Buku] Hello, It's Me


Sebelum ni Hana dah review tiga buku terbitan Prolog Media. Ada lagi buku yang Hana belum review macam Rooftop, Parut dan Magisial. I just finished reading Hello, It's Me written by Anna Lee. I'm a fan of Anna Lee since her books aren't the typical local books. Semua buku Anna Lee masih berfokuskan cinta dan keluarga tetapi biasanya elemen urban fantasy and suspense tetap diterapkan. Cumanya untuk Hello, It's Me ini daripada romantic comedy bertukar kepada action thriller. Dan dekat bab akhir ada urban fantasy sikit, itu pun as a prolog for Jika Aku, her next book.


Tajuk: Hello, It's Me
Penulis: Anna Lee
Terbitan: Prolog Media
Muka surat: 319
Apa yang anda sanggup lakukan jika 'nyawa' anda berada di tangan orang lain? Telefon adalah nyawanya, rahsianya, gambar, idea, manuskrip, nota, diari, password... Akaun sosial media, segalanya di telefon pintarnya. Tiya dan Duta tertukar telefon. Dalam sebesar dan seluas dunia macam mana telefon yang sama jenis, sama warna, sama casing, sama password dan sama wallpaper, boleh tertukar? Mustahil! Tetapi itulah yang terjadi pada Tiya. Mulai detik itu kehidupannya yang aman damai mula huru-hara. Tiya bukan saja terperangkap dalam masalah cinta dan jodoh Duta tetapi dia juga terperangkap dalam masalah lain yang lebih besar. Yang menyebabkan kehidupan Tiya berubah 360 darjah. Yang menyebabkan dia terpaksa melawan diri sendiri. Ada rahsia yang tersembunyi. Ada jiwa yang akan terseksa. Ada hati yang akan terluka. Masih wujudkah happily-ever-after dalam hidup Tiya?                                                                                              "Hello... it's me."

Macam tak masuk dek akal bila dua orang bertukar phone model yang sama, wallpaper, password, dan susunan apps yang sama. Bila dah dua hari barulah Tiya perasan, itu pun sebab Duta call. Rasa nak gelak guling guling baca buku ni sebab memang kelakar habis Tiya, Tiya. Dah dapat macam macam mesej daripada orang yang dia tak kenal takkan tak syak apa apa lagi? Dahlah tersilap balas mesej mama Duta hehe.

Awal awal Duta sarkastik dengan Tiya sebab salah faham. Memang kena sebijiklah dengan Tiya sebab it's Duta's fault. Padan muka Duta. Judging someone by something he doesn't hear properly.

And then, Duta and Tiya start to conversing frequently. Phone masih tertukar sebab Duta kat Holland. When Duta updates Tiya's Instagram with beautiful photos of Holland and sweet captions, I was melting hahaha Hana boleh bayangkan betapa cantiknya Water Village kat Holland tu. It only mentions Steenwijk but I believe the water village is Giethoorn which is located in Steenwijk.


Tiya has agoraphobia. What happens after the phone swapping lead her to embrace her fear without growing doubts. Bila Duta ajak Tiya ke Holland, I smiled from ear to ear. Duta encourages Tiya to face and befriend her fear, to make something better from her fear. Tapi apa yang jadi kat Holland memang agak mengejutkan. Kat situlah turning point from romantic comedy to action thriller.

Duta is a mysterious guy but he is kind. Memang hero-hero buku Kak Jue ni boleh kasi orang melting ke? :p

Plot twist memang best. Apatah lagi apa yang Duta rahsiakan ada kaitan dengan Jika Aku. There's a brief appearance of Jika Aku's main character and I believe Duta and Tiya will make appearances in Jika Aku too.


Dekat akhir memang ada sedih, tambah lagi bila Hana sangka Tiya teruskan rancangan dia. Memang mengalir air mata baca bab Duta ke rumah Tiya tu hahaha macam lawak aje bila fikir. Nasib baik ending best. Kalau tak best rasa nak baling aje buku ni kat dinding sebab dah main-mainkan perasaan Hana letih kot dok gelak gelak lepas tu sedih aje.

And, brace yourself for page 216. Hana rasa nak lempang lempang aje Tiya sebab decide something tanpa fikir panjang. Nasib baiklah Tiya ni memang tak wujud, kalau tak Hana tak taulah apa yang Hana akan buat :p Sebab tak tau nak lepas geram macam mana, Hana mesej FB Kak Jue hahaha kenalah lepas geram kat author kan kalau lepas geram kat social media nanti risau bagi spoiler kat orang lain pula. Nasib baik Kak Jue layan aje geram Hana ni :p Kalau tak nak Hana lepas geram macam ni lagi kena pos Cosy, Rebel dengan Qabu ke sini. Boleh peluk peluk diorang, reda sikit geram tu.

Buku ni sebenarnya misteri sejak awal lagi. Banyak sangat persoalan yang muncul bila dah mula baca.

Kenapa phone Duta dan Tiya tertukar?

Siapa Duta sebenarnya?

Apa yang Duta sorokkan daripada Tiya?

Macam mana Tiya atasi fobia dia?

Hana menyeru korang semua baca buku Hello, It's Me kalau teringin nak tahu apakah yang berlaku sebenarnya.. Kalau tak nak mula dengan buku ni pun, mulalah dengan mana mana buku terbitan Prolog Media. Insya-Allah, tak akan mengecewakan ;)

So, my rate is...



Till then.
Wassalam.

4 comments:

  1. lama xbaca novel tp review mcm menarik je..

    ReplyDelete
  2. Buku ni memang BEST!! Until now, Siqah crush on Duta. Haha. Suka sangat lah dengan watak dia.

    Disebabkan ini juga Siqah tahu pasal Holland. Maklumlah tak kaji sangat tempat luar negara ni. Hehe. Cantik. Impian pulak nak ke sana :)

    Siqah ada post review buku ni jugak. Long time ago. Hee.
    Feel free to visit :)

    http://www.siqahiqa.com/2016/11/day-5-book-review-hello-its-me-by-anna.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Holland tersangatlah cantik! memang teringin nak pergi sana :D dekat Bored Panda ada pasal Water Village ni, macam hidup dalam alam fantasi aje :)

      Delete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)