Thursday, August 10, 2017

703#Love Note ~ [Review Buku] Nadi


Dah lama tak review buku kat blog ni. Biasanya tulis review kat akaun Goodreads. Cepat dan mudah. But I want my blog to have book reviews too so hari ni nak share satu buku best daripada Prolog Media. I've read most of Prolog books tapi nak mula review buku ini dahulu ;)

Buku-buku terbitan Prolog Media memang best. Kalau nak cari yang rare, boleh cuba buku-buku mereka. Setakat ni Hana berpuas hati dengan yang Hana dah baca.



Tajuk: Nadi
Penulis: Pasha
Terbitan: Prolog Media
Muka surat: 288

Sinopsis:
~JIKA HARUS MEMILIH~
“Apa yang akan kau buat jika suatu hari ketika kau sedar dari tidur, segala yang normal selama ini bertukar menjadi sesuatu yang... luar biasa?”
Rutin hidup Jasmin tak ada bezanya dengan majoriti warga Kuala Lumpur yang lain. Bangun pagi-pergi kerja-balik kerja dan perkara yang sama diulang selagi Tuhan izinkan dia bernyawa. Namun, tanpa disangka perkenalan dia dengan seseorang telah mengubah rutinnya 180 darjah! Hidup yang selama ini biasa-biasa, tiba-tiba jadi luar biasa dan Jasmin suka!
Namun keseronokan itu tanpa sedar membawa dia ke dalam sebuah konflik yang melibatkan hidup dan matinya satu nyawa. Dan untuk kekal hidup, Jasmin harus memilih...
Nyawa dia... atau lelaki yang disayanginya
!


To be honest, Nadi adalah naskah yang ringan tetapi ada kelainan sendiri. Jasmin adalah seorang gadis yang bisu tetapi kekurangan diri tak menjadi penghalang dia untuk hidup dengan gembira. Adam pula seorang lelaki yang kasar pada luarannya tetapi baik hati. Both of them are involved in an incident dan koma. Tapi, sebaik sahaja sedar they realise that they are not where they thought they would be. Kenapa tiba-tiba KL yang sibuk hanya nampak beberapa orang sahaja? Ke mana orang lain pergi? Ada alien datang tiba-tiba ke?

It took me almost 10 hours to finish it. Perjalanan cerita smooth aje. Tak lambat sangat atau cepat sangat. Setiap tanda tanya dijawab dengan baik. Penulis pandai susun jalan cerita and I was not bored at all while reading Nadi.

Isu buku ni lebih menjurus kepada peluang kedua. Second chance in living and you either making it useful or not. And then weaknesses. It taught me that weaknesses can be used as our strength instead of letting them drag us down.

Good job Pasha. Menanti buku yang seterusnya. So my rate is...



Till then.
Wassalam.

3 comments:

  1. Blog Kak Hana dah nampak lain sikit. Hehe. Dah lama jugak tak baca buku dan tak pernah baca buku2 macam ni, mungkin izz boleh cuba lepas ni.

    ReplyDelete
  2. Siqah dah beli novel ni. Sekali 6 novel Siqah beli dari Prolog Media. Tapi satu pun tak baca lagi. Hehe

    ReplyDelete
  3. Nadi nie akak hold dulu.. huhuhu.. Akak beli rooftop dengan Infinity sebab review dia best sangat..

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News