Thursday, September 14, 2017

720#Love Note ~ [Review Buku] Jika Aku



Hana baru aje review Hello, It's Me so sekarang nak share pasal Jika Aku pula. Like I've mentioned in my previous post, Jika Aku ni ada kaitan dengan Hello, It's Me. Duta akan muncul untuk selesaikan masalah dalam Hello, It's Me. But Duta is not the hero here. You'll meet Maliq ;)


Tajuk: Jika Aku
Penulis: Anna Lee
Terbitan: Prolog Media
Muka surat: 341
Jika aku mind reader, adakah ia satu keistimewaan atau ketulahan?”                                                                                                       
Teja, gadis mind reader yang terpaksa memecilkan diri kerana kelebihan itu membuatkan dia takut hendak mendengar setiap pemikiran orang lain yang ada saja menyakitkan hati. Sehinggalah hatinya terpikat pada seorang jejaka. Jejaka yang penuh misteri dan sering menimbulkan tanda tanya. Tetapi, demi untuk tidak mengecewakan diri sendiri, cukup dia meminati lelaki itu dari jauh. Namun, lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Demi menghalang sebuah jenayah berlaku, Teja terpaksa mendekati lelaki itu. Sudahnya, kehidupan Teja yang menjadi huru-hara. Semakin dia mengenali lelaki itu, dia semakin keliru. Ada rahsia disembunyikan. Ada rahsia perlu dirungkaikan. Antara realiti dan ilusi, yang manakah kebenarannya? Yang pasti, dia perlu cari kebenaran itu. Kerana... Hanya kebenaran jalan keluarnya.

Teja gadis yang tiada kawan kerana kebolehan mind reader miliknya. Hidupnya hanya pergi kerja dan balik kerja. Sampailah dia terjatuh hati dekat Maliq, a man she meets in the KTM. Sejak hari tu hidup Teja bahagia tapi dia takut nak dekati Maliq sebab dia tak berani. Sampailah dia fikir ada jenayah akan berlaku so dia kenalah bertindak sebab nak halang jenayah tu.

To be honest, Jika Aku is so much better than Hello, It's Me and Mesej, my top favourite books by Anna Lee. Jika Aku terbahagi kepada tiga bahagian dan bonus. Memang confuse bila dah sampai akhir Bahagian 1. Bila baca Bahagian 2, makin confuse jadinya. Hana asyik terfikir apa yang jadi tu ilusi ke? Sampailah Bahagian 3. Akhirnya terjawab juga semua persoalan.



Gaya bahasa, pace cerita, plot dan twists memang superb. Bila dah sampai akhir buat Hana teringat Detektif Conan pula hahaha serius best walaupun boleh mengelirukan. Bab psikologi pun banyak bila dah masuk Bahagian 2. I love the ending. It makes me smile and believe that everyone can change if they are being sincere towards their loved ones.

Maliq sama saja seperti Duta, tapi rasanya Maliq lebih sarkastik kot hahaha kesian Teja asyik terkena aje dengan Maliq ni. I love him for being protective when it involves Teja. Betullah kata Maliq, walaupun dia tak dapat mengubah dunia tapi sekurang-kurangnya dia boleh mengubah dunia Teja.

Apa yang akan mengelirukan:
  • Rahsia Teja sebagai seorang mind reader
  • Identiti sebenar Maliq dan Puan Lola
  • Apa yang sebenarnya berlaku di airport

Bacalah kalau nak tahu ;) Memang tak menghampakan.

One customer saw me reading this book lepas tu dia tanya best ke buku Anna Lee? Senyum aje Hana masa cerita pasal buku-buku Anna Lee. Katanya dia selalu nampak buku tulisan Anna Lee tapi tak berkesempatan nak beli lagi. I asked her to try one and hope it'd suit her. Harap sangat kakak tu baca. Katanya nak cari kelainan dalam bahan bacaan.

Tahniah, Kak Jue. Buku ni memang best. Words can't describe my feelings when I read this book. Menanti sekuel Mesej pula hehehe cepatlah terbit.

So, my rate is...



Till then.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News