Sunday, March 31, 2013

375#Ai no Kotoba ~ [Review Buku] Kafe Damia


Dah lama sangat Hana baca novel ni. Once Moon post ke kolej dan sampai, Hana terus baca. Sebab memang dah lama sangat tunggu Bertemu Cintaku dalam versi novel ni. Bertemu Cintaku tu tajuk asal novel ni sebelum ditukar ke Kafe Damia.
Moon post sekali dengan love stick sebagai hadiah :) Thanks Moon! Hehe.

Judul : Kafe Damia
Penulis : Moon Leeya Zafrina
Terbitan : Jemari Seni
Harga : Sem. Malaysia -> RM 20, Sabah/Sarawak -> RM 23

Dari awal baca sampailah habis, memang senyum ke telinga aje. Kisah Mamat Perasan dan Minah Kecoh yang cukup comel dan mencuit hati. Kisah perasaan yang mula bercambah antara Zafran Adha dan Liyana Damia sejak alam persekolahan namun mereka langsung tak confess antara satu sama lain.
Paling boleh kata si Zafran ni lawak, ada ke dia aci taram aje pergi meminang si Liya tu? Terkejut Liya. Mana tidaknya, si Zafran ni dengan dia boleh kata rival lah jugak. Suka cari pasal. He he. Alih-alih, bahagia jadi suami isteri :D
Hana suka novel ni sebab jalan cerita sempoi dan tak banyak konflik yang memeningkan. Santai aje rasanya masa baca KD ni. Cerita cinta dan perasaan antara Mamat Perasan dan Minah Kecoh. Selamat juga diijabkabulkan. 
Dan, quote novel ni memang ada benarnya :)
Menyukai seseorang tak bermakna kita perlu menjadikannya kekasih,
kadangkala kita hanya perlu menjadi kawan.
Bagi Hana, kalau ada jodoh, insya-Allah akan berjumpa kembali walau sudah lama terpisah benua. Macam si Zafran ni. Lepas lapan tahun, dia pulang ke Malaysia dari UK, akhirnya bertemu kembali dengan Liya. \
Biasanya orang akan kata, " Alah, nama lagi novel. Bolehlah jumpa balik even dah berpuluh-puluh tahun tak jumpa."
Actually, apa yang berlaku dalam novel tu memang berlaku di dunia realiti. Cuma bukan semua orang yang merasainya. Hanya orang yang terpilih sahaja yang akan melalui situasi-situasi seperti ini.
Sekarang ni tak sabar tunggu Moon siapkan Lelaki Idaman Si Dia. Sebuah lagi novel dengan jalan cerita yang sweet. Hana doakan novel tu pun berjaya menempatkan diri di rak-rak kedai buku :) 
Amin.
Till then.
Wassalam.

5 comments:

  1. Huwaaaa! thanks Hana <3 Terharu :') Yup, memang betul ada yang berjumpa balik walaupun bertahun2 terpisah. That's what we called jodoh. Allah yang tetapkan segalanya :)

    ReplyDelete
  2. cam best jer...akak mood bc novel xdtg lg laa..masih ada novel belum buka plastik lg..

    ReplyDelete
  3. actually, akak dah agak jemu nak baca novel mcm lovey dovey ni.. but still accept novel yg akan buat akak boleh menangis byk kali, ayat2 gila yg boleh buat akak gelak, yang buat akak berfikir pasal kehidupan dan adventure.. kalau novel jenis "cotton candy" ni, kinda lame r.. so, kalau hana ada suggestion utk novel2 mcm tu, roger2 la akak :)

    ReplyDelete
  4. Cam best je cite ni. Btw, cover dye cantik lah =D

    ReplyDelete
  5. baca review hana, nampak macam best.. hehe..

    gonna buy it la ;)

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News