554#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Hanasaku Iroha
*scheduled post - ditaip pada 24/8/2013*
Nak review anime lagi :p He he.
Berjumlah 26 episod, Hanasaku Iroha lebih kepada slice of life, family and friendship. Oh ya, sedikit romance.
Matsumae Ohana yang asalnya tinggal di Tokyo terpaksa pergi ke kawasan luar bandar untuk tinggal dengan neneknya memandangkan ibunya, Matsumae Satsuki nak kahwin lari bersama-sama kekasihnya. Ohana tak pernah berjumpa dengan neneknya sebab hubungan antara ibu dan neneknya yang tak pernah baik.
Di Tokyo, Ohana ada seorang sahabat baik yang selalu menyokong dia kalau Ohana ada masalah; Tanemura Kouichi. Pada malam sebelum Ohana berpindah, Kouchi confesses his feelings kat Ohana tapi tak sempat Ohana nak reply, Kouchi terus lari sebab tak berani nak dengar jawapan Ohana.
Nenek Ohana pemilik sebuah rumah tumpangan, Kissuiso. Kalau Ohana nak tinggal di Kissuiso, Ohana terpaksa bekerja di bawah arahan neneknya. Anime ni banyak berkisar pasal hidup baru Ohana di Kissuiso dan macam mana dia nak mula adjust diri dia di tempat baru. Selain tu, Ohana pun mula fikir pasal confession Kouchi sebelum ni.
Selain Ohana, ada tiga lagi watak remaja perempuan yang sebaya dengannya selain daripada pekerja-pekerja Kissuiso yang lain. Tsurugi Minko, seorang apprentice chef di dapur Kissuiso; Oshimizu Nako yang bekerja sebagai waitress di Kissuiso sebab nak belajar cara bergaul dengan orang; dan Wakura Yuina, cucu kepada pemilik Fukuya Inn, rival kepada Kissuiso tapi Yuina bersahabat baik dengan mereka semua.
Mula-mula tengok anime ni, rasa geram sangat dengan perangai Minko. Suka hati dia aje nak suruh orang lain pergi mati. Kesian kat Ohana yang selalu jadi mangsa. Ohana ni pun jenis keras kepala juga. Dia cuba buktikan kepada nenek dan pekerja-pekerja di Kissuiso yang dia mampu buat yang terbaik.
Pelbagai events yang terjadi dan kita akan rasa excited tengok mereka semua. Hana suka sangat tengok ada satu episod pasal mereka terpaksa serve ramai sangat tetamu pada masa yang sama dan satu lagi episod masa mereka nak handle satu majlis perkahwinan di Kissuiso. Sepanjang cerita, progress hubungan antara Ohana, ibu dan neneknya juga ditunjuk. Begitu juga dengan hubungan antara Ohana dan Kouchi. Moral sepanjang anime ni pun bagus.
Kalau ikut Wiki, demographic anime ni untuk shounen, tapi bagi Hana sesuai aje untuk shoujo.
Till then.
Wassalam.
salam hana, lama kakak tak singgah sini, sorry dear... agar x berkesempatan gitewww... hurmm..macam menarik jer anime ni..occay... boleh try tengok ni...
ReplyDeletesalam jumaat hana.. bagus review.. :D
ReplyDelete